9 Sebab Anda Patut Gunakan Power Editor (Bukan Ads Manager Apatah Lagi Boost Post!)

Apa Kelebihan Power Editor?

Untuk orang yang biasa buat iklan di Facebook, saya pasti anda pernah dengar tentang ‘Power Editor‘.

Kalau tak pernah dengar sekalipun, mesti atleast anda pernah ternampak link ke ‘Power Editor' apabila membuka Campaign Manager.

Tak perasan?

Ini contoh screenshot dari Campaign Manager.

Power Editor boleh diakses dari dashboard Campaign Manager
Butang ‘Power Editor' Dalam Campaign Manager

Antara persoalan yang mungkin bermain di fikiran anda sekarang (atau since anda pernah nampak link ‘Power Editor'):

1. “Apa benda lah Power Editor ni?”

dan

2.  “Iklan aku OK jer. Buat apa nak guna Power Editor?”

InsyaAllah saya akan menjawab 2 persoalan di atas dalam entri kali ini.

Teruskan membaca sebab saya pasti anda akan sangat teruja untuk memcuba Power Editor selepas ini.

Apa Itu Power Editor?

Sebelum saya berkongsi sebab apa anda perlu menggunakan Power Editor, anda perlulah terlebih dulu faham apa benda lah Power Editor ni.

Ini adalah Dashboard Power Editor. Tak user friendly, tapi feature rich.
Interface Power Editor

Power Editor adalah sejenis ‘plugin' ataupun ‘extension' untuk browser Google Chrome yang disediakan oleh Facebook untuk membuat dan menguruskan iklan yang banyak.

Itu definisi yang saya petik daripada Facebook (rujuk “What is Power Editor“)

[alert-note]In real case, anda tak semestinya hanya menggunakan Power Editor apabila nak uruskan iklan yang banyak. Nanti anda akan tau sebab apa saya katakan begitu.[/alert-note]

Baca Juga –> Cara Dapatkan Kos Per Klik Yang Murah Untuk FB Ads

9 Sebab Kenapa Anda Patut Menggunakan Power Editor

Ini adalah antara 9 sebab yang saya sangat suka kan Power Editor.

Oh, sebelum tu, ada beberapa features Power Editor yang hanya boleh digunakan oleh mereka yang sudah mempunyai website ataupun blog.

Kalau anda belum ada website sendiri, seriously you should be thinking of having one 🙂

Boleh baca entri saya sebelum ini tentang kenapa saya selalu tekankan setiap bisnes online wajib ada blog.

Ok, sebelum meleret…

Ini adalah 9 sebab kenapa anda patut gunakan Power Editor dan lupakan Ads Manager (Boost Post apatah lagi…).

1. Boleh Schedule Iklan Keluar Pada Waktu Tertentu

Dengan menggunakan Power Editor, anda boleh schedule iklan anda untuk keluar pada waktu-waktu tertentu sahaja. Fungsi ini dinamakan Ads Scheduling.

Contohnya, anda mungkin nak iklan anda keluar dari…

  • Jam 7 pagi sampai 11 malam pada hari minggu
  • Jam 9 pagi sampai 11 malam pada hari hujung minggu

Atau, hanya keluar dari…

  • Jam 12 tengah hari sampai 3 petang
  • Jam 5 petang sampai 7 malam
  • Jam 9 malam sampai 11 malam
Fungsi Ads Scheduling yang hanya terdapat dalam Power Editor
Contoh Setting Ads Scheduling

Ads Manager confirm tak boleh buat macam nih (well, at least for the time being).

2. Boleh Gunakan Gambar Shutterstock Untuk Semua Jenis Iklan

Kalau menggunakan Ads Manager, anda hanya boleh menggunakan gambar Shutterstock dengan percuma untuk iklan Page Like.

Tapi kalau anda menggunakan Power Editor, anda boleh gunakan gambar Shutterstock untuk iklan Page Post Engagement dan juga iklan Clicks to Website 🙂

[alert-note]Shutterstock adalah antara penyedia servis gambar ‘stock' profesional yang popular. Harga untuk 1 gambar boleh mencecah USD 15 (lebih kurang RM45).[/alert-note]
Power Editor membolehkan anda mempunyai akses kepada gambar-gambar Shutterstock dengan percuma
Antara Koleksi Gambar Shutterstock ‘Percuma' Saya

Amacam, best ke best?

3. Boleh Create Post Yang Khas Untuk Iklan Sahaja (Tak Keluar di Page)

Apabila membuat iklan menggunakan Power Editor, anda mempunyai 2 option:

  • Iklankan post yang sedia ada di Page anda
  • Buat post baru yang khas untuk dijadikan iklan
Dengan Power Editor, anda boleh create post baru ataupun edit post yang telah anda iklankan menggunakan Power Editor
Fungsi Create Edit Post Dalam Power Editor

Kelebihan post baru yang dijadikan iklan ini ialah ianya tak akan keluar di Page (sampai bila-bila).

Ini bermaksud, anda boleh…

  • Split test beberapa ‘headline', gambar ataupun ‘call-to-action' tanpa menyemakkan Page anda
  • Kurangkan / elakkan post jenis ‘hard selling' di Page

Anda juga boleh melihat ‘Live Preview' iklan yang anda sedang tulis untuk melihat di mana link ‘See more…' akan keluar (dan adjust copy writing supaya point penting muncul sebelum itu).

4. Boleh Edit Post (Walaupun Masa Iklan Berjalan!)

Antara yang memeningkan ramai pengiklan sekarang adalah post yang diiklankan dah tak boleh nak edit.

Maksudnya, lepas jer anda submit iklan anda untuk approval, anda dah tak boleh nak adjust copy writing ataupun apa-apa ejaan yang tertypo.

Tambah stress kalau iklan anda disapproved. Terpaksa la anda buat lagi satu post baru di Page anda dan test tengok iklan tu approve ke tak.

Kalau anda ada hadapi masalah di atas, ini berita baik untuk anda 🙂

Dengan menggunakan Power Editor, anda boleh edit iklan anda berkali-kali.

  • Nak betulkan ejaan?
  • Nak update jumlah stok yang tinggal?
  • Nak fine tune copy writing?

Buatlah seberapa banyak kali sampai anda puas hati!

5. Boleh Pilih Additional Bidding Type

Adakah anda teringin nak guna bidding yang AutoOptimized CPM tapi takut duit anda jalan macam air?

Dalam Power Editor, anda mempunyai beberapa pilihan bidding option yang lebih advance.

Power Editor mempunyai plihan bidding type yang lebih advance
Pilihan Bidding Type Dalam Power Editor

Antaranya adalah bidding OptimizedCPM (takde ‘Auto' yer) tapi anda boleh set berapa maximum bid per action.

Salah Satu Pilihan Bidding Type Yang Hanya Ada Dalam Power Editor
Salah Satu Pilihan Bidding Type Yang Hanya Ada Dalam Power Editor
[alert-note]InsyaAllah saya akan ulas tentang bidding option Power Editor ini dalam entri yang lain.[/alert-note]

6. Boleh Split Test Dengan Mudah & Pantas

Bila buat iklan, kita kena selalu ‘split test' untuk kaji..

  • Apa ‘headline' & gambar  yang paling menangkap perhatian prospek
  • Apa ‘offer' yang paling convert
  • Apa ‘call to action' yang paling banyak orang guna
  • Apa bidding yang paling murah & berbaloi
  • Apa placement yang paling responsif
  • Dan lain-lain…

Kalau nak test semua benda di atas, guna Ads Manager confirm meletihkan dan memakan masa yang agak lama.

Dah la letih nak buat satu-satu, Page anda juga akan serabut dengan banyak post yang lebih kurang sama (dan akan menyebabkan fans anda menyampah!).

Di sinilah Power Editor sangat sangat membantu sebab anda boleh test seberapa banyak variety tanpa menyemakkan Page anda.

Dan semuanya boleh dilakukan dengan sangat mudah & pantas!

Hanya perlu klik ‘Duplicate' dan modify iklan anda ikut apa yang nak di split test.

Fungsi duplicate memudahkan proses untuk split test dengan pantas
Duplicate – Cara Mudah Untuk Split Test

7. Boleh Exclude Certain Custom Audience

Mungkin ramai yang tak biasa gunakan fungsi ‘Custom Audience'…

Tapi kalau nak cerita bab Custom Audience dalam entri ni, tak larat lak saya nak menaip 😛

Apapun, untuk yang dah familiar dengan Custom Audience, dalam Power Editor, anda boleh set untuk ‘Exclude' mana-mana audience yang anda tak nak nampak iklan kita.

Boleh jadi mereka sudah klik iklan anda ataupun sudah pun membeli produk anda.

Buat apa nak iklan berkali-kali roduk yang sama kepada mereka produk.

Boleh Exclude Mana-Mana Audience Yang Tak Diperlukan menggunakan Power Editor
Boleh Exclude Mana-Mana Audience Yang Tak Diperlukan

8. Boleh Customize Rupa Iklan ‘Clicks to Website'

Let say anda mempunyai website.

Anda nak buat iklan untuk tarik trafik ke website anda.

Masalah anda mungkin…

  1. Size gambar di website tak sama dengan size yang Facebook recommend. Bila share di Facebook, nampak pelik semacam jer. Tak menarik langsung!
  2. Tajuk yang anda guna di website pula sangat skema sebab nak SEO friendly. Kalau orang terbaca headline anda, langsung tak rasa teruja nak klik.

Dua kes di atas ni biasa sangat berlaku untuk website eCommerce ataupun blog yang menggunakan platform Blogspot (sebab tak boleh set gambar apa yang keluar bila share di Facebook).

Haaa…..

Di sinilah Power Editor memainkan peranan!

Dengan menggunakan Power Editor, anda boleh customize rupa link anda apabila dijadikan iklan.

Power Editor membolehkan anda customize rupa link iklan Click to Website
Antara Bahagian Yang Boleh di Customize

Anda boleh tukar info-info di bawah supaya iklan anda nampak lebih mengancam!

  1. Headline / Tajuk
  2. Image (boleh guna gambar Shutterstock lagi tu!)
  3. Link Description
  4. Display Link

9. Boleh Track Multiple Conversion Pixel

Lagi satu kelebihan untuk yang menggunakan Power Editor adalah anda boleh menggunakan lebih daripada satu Conversion Pixel.

‘Conversion Pixel' ni fungsinya untuk kita track conversion yang berlaku di website kita hasil daripada iklan yang kita buat.

Antara yang boleh di track:

  1. Checkouts
  2. Registration
  3. Leads
  4. Key Web Page View
  5. Adds to Cart
  6. Others
Jenis-Jenis Conversion Pixel yang boleh digunakan di Facebook
Jenis-Jenis Conversion Pixel di Facebook

Kalau guna Ads Manager, anda hanya boleh track satu conversion sahaja.

Dalam Power Editor, anda boleh track lebih daripada satu.

Boleh Track Lebih Dari 1 Conversion Pixel menggunakan Power Editor
Boleh Track Lebih Dari 1 Conversion Pixel

Contoh #1

Kalau saya iklankan post ini (yang anda sedang baca ni) di Facebook dan saya nak track berapa ramai yang…

  1. Klik link ke Kelas Facebook Marketing saya, dan…
  2. Daftar untuk join Kelas Facebook Marketing saya

Saya boleh gunakan Conversion Pixel ‘Key Web Page View' dan ‘Registration' atau ‘Checkouts'.

Contoh #2

Saya nak iklankan ‘event' ini dan nak track berapa ramai yang…

  1. Klik link yang diberikan di bahagian ‘Event Description'
  2. Daftar untuk kelas tersebut

Masih Nak Guna Ads Manager? Ke Dah Tak Sabar Nak Guna Power Editor?

Saya harap anda dah faham kenapa saya sangat sangat syorkan supaya anda menggunakan Power Editor untuk membuat iklan di Facebook.

Tapi, adakah anda mempunyai masalah di bawah?

“Saya Tak Pandai Guna Power Editor”

Ok. Saya faham. Ini mungkin masalah kebanyakan orang.

Teringin nak guna Power Editor, tapi tak reti.

Nak belajar, tapi tak tau dengan siapa.

Saya pernah berada di tempat anda 3 tahun lepas.

Izinkan Saya Membantu!

Alhamdulillah, saya telah berjaya menyediakan “Video Panduan Step By Step Cara Guna Power Editor“.

Klik butang “Download Now” di bawah untuk mendapatkan video tersebut sekarang.

Belajar cara buat iklan di facebook menggunakan Power Editor

Boleh Tolong Share?

Saya yakin anda belajar sesuatu daripada post kali ini. Harap anda sudi untuk klik butang ‘Share' di bawah supaya rakan-rakan anda juga mendapat manfaat.

Terima kasih 🙂

[Rujukan Tambahan]

  1. Get Started with Power Editor
  2. The 9 Ways the Pros Are Benefitting From Power Editor — AND YOU AREN’T!

Belajar sesuatu dari artikel di atas? Jika ya, boleh klik butang di bawah untuk share dengan rakan lain @ tinggalkan sebarang soalan @ cadangan di bawah apa yang anda belajar. 👇🏻

Leave a Reply to MNH Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

26 Comments