dropship kartel

Kenapa Bisnes Dalam Bahaya Kalau Hanya Bergantung Dengan Facebook

Sekarang dah jadi semacam satu trend di mana ramai yang buat bisnes online menjadikan Facebook sebagai ‘kedai' mereka dan bergantung sepenuhnya kepada Facebook sebagai tempat mendapatkan jualan.

Kalau Facebook tutup kedai, mereka pun terpaksa tutup kedai sekali bersama dengan Mark Zuckerberg yang dah kaya raya.

Anda wajib belajar cara buat blog dan gunakan blog untuk bisnes anda. Facebook tak sepatutnya dijadikan kedai online anda.

Adakah Anda Juga Salah Seorang Daripada ‘Mereka'?

Kalau jawapan anda untuk soalan di atas adalah…

“Ya!”

Maka anda perlu berubah dan bertindak sekarang.

Jangan biarkan masa depan bisnes online anda ditentukan nasibnya oleh Facebook.

Setiap kali Facebook tukar design, layout dan algorithm, adakah anda nak membiarkan sales anda merudum menantikan keadaan kembali stabil (yang mungkin memakan masa beberapa bulan)?

Saya pernah merasa bagaimana peritnya melalui ‘fasa peralihan' ini yang akhirnya memaksa saya untuk belajar buat blog dan menambah channel pemasaran ke Google (main SEO lak).

Memang stress.

Memang mencabar.

Kalau anda seorang full time Internet Marketer, bertambah lah mencabar sebab pendapatan anda bergantung kepada jualan yang berjaya anda buat setiap hari.

Baca Juga:  Kesilapan Yang Buatkan Bisnes Saya Jatuh Tersungkur...

Cubalah Belajar Buat Blog & Tambah Channel Pemasaran Anda

Ini nasihat ikhlas daripada saya.

Belajarlah macam mana untuk buat blog dan jadikan ianya sebagai ‘kedai online' anda yang sebenar.

Facebook sepatutnya hanyalah sebagai salah satu medium yang anda gunakan untuk mempromosikan blog anda; bukannya dijadikan sebagai sebuah ‘kedai'.

Walau apa pun yang berlaku kepada Facebook, website ataupun blog anda akan tetap setia beroperasi membuat jualan dan menerima pelanggan.

Jangan Salah Faham!

Bila saya cakap kena belajar berblog, tak bermaksud anda terus tinggalkan ilmu pemasaran di Facebook.

Sehingga hari ini, pemasaran di Facebook masih berkesan dan berbaloi. Ramai yang boleh mendapat hasil yang berganda-ganda daripada Facebook jika kena dengan gayanya.

10 Sebab Anda Perlu Gunakan Blog Sebagai Hub Bisnes Anda

Ada banyak sangat sebab untuk anda menggunakan blog ataupun website sebagai hub ataupun ‘kedai' anda di alam maya ini.

Infografik di bawah berkongsi 10 sebab menggunakan blog untuk bisnes lebih bagus daripada menggunakan Facebook.

Ada banyak sebab anda perlu mula belajar macam mana nak buat blog dan jadikan ia hub untuk bisnes online anda. Ini 10 sebab blog lebih sesuai berbanding Facebook.

Saya harap info ini bermanfaat untuk anda yang membaca.

Kalau anda berminat nak belajar macam mana nak mulakan bisnes anda menggunakan blog, anda boleh dapatkan Video Panduan Cara Bina Website Dengan Mudah saya.

Dalam video tersebut, saya  akan bimbing anda step by step, dari A to Z supaya anda boleh terus setup blog anda sendiri dalam masa tak sampai 24 jam.

Berminat? Sila klik link butang di bawah sekarang untuk info lanjut.

 

Apa Belajar Sesuatu?

Klik butang “Share” di bawah untuk manfaat rakan-rakan anda yang lain.

Nak Video Panduan Facebook Ads Terkini? Percuma Sahaja!

Hanya Masukkan Nama & Alamat Emel Anda Dan Klik Butang 'Download Sekarang!'

artikel berkaitan

18 thoughts on “Kenapa Bisnes Dalam Bahaya Kalau Hanya Bergantung Dengan Facebook”

  1. Alhamdulillah. Terima kasih tuan atas ilmunya. Saya baru nak mula buat blog balik. Untuk kelas tuan, fokus guna wordpress atau blogspot ya? Sebab dari apa yang saya tahu, kedua-dua website ini boleh menaikkan ranking yang tinggi dalam carian Google. Tapi masih lagi bergantung pada teknik dan cara yang betul. Benar tuan?

    1. Kelas 16 Ogos nanti fokus kepada Blogspot dan SEO.

      Kalau nak belajar WordPress, saya biasanya buat Group Coaching sebab nak kena go in detail sikit (domain, hosting, plugins, themes, maintenance, security, etc.)

      Both Blogspot & WordPress bagus dan boleh rank di Google dengan mudah kalau kena cara. Cuma saya prefer WordPress sebab ada lagi banyak features yang best 🙂

  2. Pingback: Cara Dapatkan Kos Per Klik Yang Murah | FirdausAzizi.my

  3. Pingback: Kelas Pemasaran Facebook & Cara Buat Blog | FirdausAzizi.my

  4. Pingback: Kelebihan Power Editor Untuk Buat Iklan di Facebook | FirdausAzizi.my

  5. Tips yang bagus, tuan nak tanya. Hosting paling murah kat Malaysia ni ada tak? Nak kembali semula main wordpress, sebab tersuka tanpa sengaja dengan kemudahan yang ada dalam wordpress berhosting sendiri. >_<

    Skrg ni baru nak main SEO ngan blogspot kembali.
    Baru kembali kedunia blogging setelah sekian lama pencen 4 tahun lebih 2011-2016.

    1. Salam Tuan,

      Hosting yang murah banyak, cuma tak pasti reliable ke tidak.

      Saya berani rekemen ServerFreak atau SKSA Technologies kalau dengan budget yang terhad.

      Kalau ada budget lebih, amik jer international punya hosting.

      Apapun, WordPress memang best!

  6. Killa masih baru lagi dalam dunia blog, jika ada suggestion group telegram/whatsapp / facebook boleh recommendkan Killa? Teringin nak belajar dari otai-otai.. Salam Perkenalan..

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Nak Video Pemasaran Facebook Percuma?

Nak Video Pemasaran Facebook Percuma?

Masukkan details anda di bawah untuk muat turun pakej video percuma daripada saya.

You have Successfully Subscribed!

Shares
Scroll to Top