Bisnes Online : Blog Ganti Kedai Fizikal?

Zaman sebelum internet diguna pakai oleh rakyat Malaysia, kalau nak berniaga, kena keluar rumah, kena keluar modal yang banyak, kena jumpa orang sama ada untuk meeting kumpulan atau untuk jual barang.

Yang paling kena buat adalah jual barang. Jual barang ni ada pelbagai kaedah, tapi paling famous dan mentor saya dulu pun buat –> ketuk rumah orang sebab nak jual barang.

Kira bernasib baik orang buka pintu, tapi biasanya orang tak nak buka pintu.
Kira bernasib baik orang buka pintu, tapi biasanya orang tak nak buka pintu.

Berniaga adalah perkara yang mulia sebab junjungan mulia kekasih Allah, Nabi Muhammad s.a.w pun memang berniaga, dan semua harta kekayaan dia disalurkan untuk bangunkan islam yang masih tahap ‘baby' masa tu.

Zaman sekarang, orang nak berniaga dah tak perlu keluar rumah ketuk pintu rumah orang.

Tapi yang peliknya, orang di Sabah boleh membeli dari orang yang duduk di Terengganu tanpa pernah bersua muka pun dengan si penjual, atau kenal secara rapat, apatah lagi langsung tiada hubungan kekeluargaan dengan si penjual.

Bagaimana ini berlaku?

Salah satu cara nya, adalah kerana si penjual menggunakan medium online bernama blog untuk sampaikan maklumat kepada satu Malaysia, bahkan boleh saja kepada satu dunia.

Blog adalah yang macam anda sedang baca ni, Blog Firdaus Azizi.

Ia adalah kompilasi artikel tetapi di baca secara online oleh orang yang tak kenal saya, tak pernah jumpa saya dan bukan duduk di sebelah rumah saya.

Asalnya blog digunakan orang untuk berkongsi pendapat, bertukar-tukar hobi, dan sebagai diari kehidupan. Mula-mula saja-saja tulis.

Tapi bila makin ramai pembaca, blog seringkas diari tersebut mampu jana pendapatan bila syarikat online minta blog tersebut buat review product, atau bila blog tersebut meletakkan beberapa banner iklan dari syarikat pengiklanan di blog.

Untuk pemasaran produk peribadi, blog memanipulasi peranan Google untuk tujuan menjual barang.

Sebagai contoh, biasanya sebelum beli barang, kita akan taip carian di Google.

Seperti contoh, kaum wanita mencari jubah untuk Hari Raya akan datang, maka mereka akan taip Jubah atau Abaya.

Taip jubah
Taip jubah

Maka akan keluar lah beberapa cadangan dari Google – nak apa?

Nak jubah dress? Atau jubahsouq?

Selepas kita click pilihan kita, maka akan keluar lah beberapa blog penjual jubah yang kita ingin kan.

Blog-blog yang menjual jubah ini umpama “kedai” online, tak perlukan tapak kedai, tapi masih berupaya menjual dan mendapatkan pelanggan.

Kita akan click kat blog yang beri ringkasan yang menarik di hati kita.

kelas pemasaran blog intro
Biasanya kita akan klik blog yang menarik hati kita, selepas baca ringkasan blog

 

Bahkan kita boleh buat survey design jubah dan harga jubah yang berbeza dari “kedai” yang berbeza, hanya di hujung jari!

Peranan Penjual Membina Blog (Kedai)

Zaman ini, majoriti pengguna menggunakan khidmat Google dan internet untuk belian, cari cara merawat sesuatu penyakit, cari nasihat, dan pelbagai lagi.

Adalah amat rugi jika kita sebagai peniaga mensia-siakan peluang untuk membina blog yang kos nya tak sampai ribuan ringgit.

Peluang Buat Duit Dari Rumah

Peranan blog juga telah membina ramai jutawan senyap, di kalangan surirumah yang duduk di rumah tanpa perlu keluar meeting lewat larut malam.

Antara blog yang jana pendapatan setiap bulan adalah blog Diary of Muhammadย yang menawarkan produk kesihatan dari Shaklee.

Ia dibina 3 tahun yang lepas, dan Alhamdulillah sehingga ke hari ini menjana jualan 4-5 angka sebulan.

Entry berikutnya saya akan kongsikan lebih lanjut tentang perbezaan antara jenis 2 blog popular; Blogspot dan WordPress.

Kenapa saya lebih gemarkan WordPress?

Terima kasih kerana membaca ๐Ÿ™‚

Tekan LIKE & Share jika anda rasa entry ini bermanfaat untuk anda.

Nota: Kelas WordPress 101 untuk beginner, boleh klik Kelas Mei 2015.

Belajar sesuatu dari artikel di atas? Jika ya, boleh klik butang di bawah untuk share dengan rakan lain @ tinggalkan sebarang soalan @ cadangan di bawah apa yang anda belajar. ๐Ÿ‘‡๐Ÿป

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *