3 Jenis Copywriting Yang Selamat Masa Musim Kena Flagged

Baru-baru ini, berita tentang akaun iklan kena flagged kembali lagi.

Ramai juga peniaga online yang terkena tempiasnya. Lebih menyeramkan, akaun iklan mereka di flagged (banned, blocked) tanpa notis. Dah la sales 90% dari Facebook.

Berdasarkan pemerhatian kami, kebanyakkan-nya disebabkan oleh copywriting yang langgar ‘Facebook Policy' ataupun ayat overclaim (janji bulan bintang)

Baca juga: 5 Kesilapan Peniaga Semasa Tulis Iklan & Apa Perlu Anda Fokus

Atas dasar itu, team fames mengambil inisiatif & tanggungjawab, memberikan beberapa penyelesaian, untuk meredakan kegelisahan peniaga online di Facebook.

Pada hari ini, saya akan kongsikan, beberapa jenis copywriting yang selamat, untuk anda gunakan, ketika Facebook buat ‘Spot Check Policy'.

“Sekurangnya, ada 3 jenis ayat iklan, yang biasa Team Fames gunakan, untuk klien servis kami, dalam situasi darurat ini” – Faris Osman, Copywriter.

1) Jenis Softsell.

Cadangan saya yang pertama, jangan buat hardsell.

Sebaliknya kena biasakan – Softsell. Dalam bahasa mudahnya. ‘Ayat menjual yang tak nampak seperti menjual'. Copywriting jenis ini sesuai digunakan, ketika Facebook buat spot-check gila-gila.

Bahkan sekarang, kami di team fames pun sering gunakan style ini untuk beberapa iklan klien. Sebab ia nampak lebih friendly & lebih sosial. Yela, kita kan beriklan di media sosial. Jadi iklan-iklan sebegini, Facebook suka.

Ada banyak teknik ‘softsell'. Cuma hari ini, saya hanya selitkan satu contoh agar anda mudah faham.

Contoh: Peniaga Produk Kesihatan Sakit Lutut.

Susunan ayat seperti: “Sakit lutut sembuh kurang 7 hari” <— Tidak digalakkan. Ia kelihatan seperti hardsell.

Antara cara untuk softsell, anda boleh mulakan dengan lafaz seperti;

“Alhamdulillah, hari ini saya dapat berita… bahawa Encik Ismail dah boleh berjalan … Saya jumpa dia dekat masjid tadi… kerusi lipat yg biasa dia guna tu, disandarkan di dinding … bla…bla..bla”

Kata kunci: Kongsikan kesyukuran kita dapat bantu orang lain. Ayat seperti ini sebenarnya tetap memberikan mesej menjual. Cuma pembaca perasan atau tidak sahaja.

2) Jenis FAQ Produk.

Cadangan saya yang kedua, guna copywriting ini. Ramai peniaga online belum amalkan.

Untuk pengetahuan anda, kami di team fames sekarang ini, sedang giat perbanyakkan kempen iklan sebegini. Selain daripada terselamat dari risiko diflagged. Ia juga dilihat lebih ‘friendly', responsif & disukai oleh pembaca.

FAQ – Frequently Asked Question (soalan yang biasa ditanya)

Dalam bank idea saya, terdapat banyak copywriting jenis ini untuk dilancarkan. Mari saya berikan satu contoh.

Contoh: Produk Kecantikan Kulit Muka.

Pada musim flagged, elakkan ayat seperti: “Muka anda kusam? Macam baru bangun tido!” <– Tak digalakkan.

Sebaliknya, gunakan soalan pelanggan sebagai bahan untuk kita berkongsi. Contohnya seperti;

“Apa cara yang selamat untuk muka tak nampak kusam?” <— contoh soalan prospek.

Kita hanya perlu jawab persoalan yang prospek sering tanya.

Kata kunci: Kita gunakan soalan yang biasa ditanya prospek, untuk dijadikan modal untuk kita berkongsi. Buat style ini 30 hari berturut-turut. Anda akan disukai & lebih dipercayai. Silap-silap ada orang panggil anda sifu. Hehehe 😉

3) Jenis Konten.

“More you tell, more you sell” – David Ogilvy, Lagenda Copywriter.

Ini antara jenis copywriting yang saya suka guna & ia selamat. Iklan jenis konten didapati begitu berpengaruh membangkitkan kesedaran manusia terhadap sesuatu perkara.

Antara benda yang anda boleh kongsikan adalah info yang prospek belum tahu tapi mereka patut tahu. Selain itu, penulisan konten yang bagus, ia dapat memberi penyelesaian kepada kerisauan & kebingungan prospek.

Contoh: Produk Pendidikan Kanak-kanak.

Bidang pendidikan ini skopnya luas. Walaupun kita ajar mengaji, tak salah kita kongsikan tip yang berkaitan kanak-kanak, kepada ibu bapa mereka. Contohnya seperti;

“Cara untuk kuatkan ingatan si kecil”.

Untuk permulaan, kongsikan 1-3 tip sahaja dalam satu konten. Bila prospek dah suka dekat kita, jual apa pun akan menjadi mudah.

Kata kunci: Gunakan konsep ‘Sharing before selling'. Kita share 3 tip, di bahagian bawah kita tawarkan penyelesaian bagi mereka yang berminat. Tarik minat prospek untuk suka, apa yang kita kongsikan.

Sekian dahulu daripada saya…

Saya harapkan artikel ini dapat bantu anda faham dengan jelas. Apakah apa yang anda perlu fokus.

Sebenarnya, jika anda baca berulang-kali artikel ini. Anda akan jumpa kunci-kunci rahsia yang saya gunakan untuk mentenkan jualan setiap bulan.

Bagi mereka yang nak belajar lebih lanjut & tersusun:

  • Bagaimana nak menulis iklan dengan betul?
  • Dah penat langgar dinding, buat iklan asyik tak jadi?
  • Nak belajar dari asas cara saya tulis iklan santai?

Boleh rujuk panduan video ini & belajar dari rumah. Setakat ini sudah ada 22 video yang boleh terus tonton dan anda akan dapat update percuma seumur hidup. >>> Klik sini untuk info lanjut

Belajar sesuatu dari artikel di atas? Jika ya, boleh klik butang di bawah untuk share dengan rakan lain @ tinggalkan sebarang soalan @ cadangan di bawah apa yang anda belajar. 👇🏻

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *