Pemasaran

Jangan Mulakan Iklan Anda Sebelum Faham 3 Komponen Pemasaran ini

Anda faham apa itu pemasaran?

Tidak kira walau apa jua perniagaan yang anda sedang lakukan ketika ini, pemasaran merupakan elemen yang sangat penting dalam menghidupkan sesuatu perniagaan. .Tanpa pemasaran sesuatu bisnes itu ibarat pokok tanpa buah.

Tetapi apakah definasi pemasaran sebenarnya?

Untuk memudahkan pemahaman, pemasaran ini bermaksud memberi makluman kepada umum bahawa anda mempunyai sesuatu nilai (Servis/produk) yang ingin diberikan (dijual) kepada mereka.Semakin ramai orang yang tahu, semakin tinggi kebarangkalian jualan akan berlaku.

Secara mudahnya pemasaran ini terbahagi kepada tiga komponen asas iaitu Market, Media dan Message. Mari kita lihat apakah yang dimaksudkan oleh ketiga-tiga komponen asas tersebut.

Kelas Facebook dan Online Terkini 2019 By Firdaus Azizi

1) Market (Pasaran)

Sebelum kita memilih sesuatu produk atau servis, perkara pertama yang perlu dikenalpasti adalah Pasaran.Ia merupakan komponen yang paling utama untuk kita kuasai. Pasaran ini bermaksud siapakah yang bakal pelanggan yang akan membeli produk kita.Ia juga popular dikenali sebagai Customer Avatar.

Ada dua sudut yang kita boleh lihat untuk mengetahui  Customer Avatar. Dua sudut tersebut adalah dari segi Demografik dan juga Psikografik.Untuk demografik kita boleh lihat dari segi jantina,status,umur,lokasi dan juga pekerjaan bakal pelanggan kita. Manakala untuk psikografik pula kita boleh lihat dari segi masalah yang dihadapi,impian,dan juga ketakutan.

Semakin kita mengenali pasaran, semakin mudah untuk kita membuat kempen iklan kepada pasaran yang telah dikenalpasti tersebut. Ayat iklan akan lebih berkesan dan targeted kerana kita cuba untuk  menyelesaikan masalah spesifik yang dihadapi oleh pelanggan tersebut.

market-segmentation

2.Media (Saluran)

Selepas kita mengenali pasaran sasaran sesuai, langkah kedua adalah dengan memilih saluran (media) yang mana perlu digunakan untuk mengiklankan produk/servis kita. Berbalik kepada langkah pertama, semakin mendalam kita mengenali pelanggan,maka secara tidak langsung kita juga dapat tahu dimana mereka kerap “Lepak” di alam maya.

Ada banyak media pengiklanan yang boleh digunakan ketika ini contohnya media sosial seperti Facebook, Google, dan juga Instagram. Media Utama (mainstream) juga boleh digunakan seperti pengiklanan melalui Televisyen dan Radio.Tidak dilupakan juga media secara Offline seperti penggunaan banner,Flyers dan juga bunting.

Bagaimana nak ketahui media yang mana sesuai untuk bisnes anda?

Mudah sahaja, pertama anda perlu pastikan ramai prospek yang berada di dalam media tersebut. Kedua pastikan anda mampu dan boleh capai kesemua prospek yang berada di dalam media tersebut. Contoh paling mudah ialah dengan menggunakan media social popular ketika ini iaitu Facebook. Dengan menggunakan Facebook anda boleh capai prospek anda dengan menggunakan FB Ads pada kos yang anda mampu.

hnck2284

3. Message (Copywriting)

Selepas mengenalpasti Market dan juga Media, sekarang ini tibalah masa untuk menulis ayat iklan yang sesuai kepada sasaran pasaran. Jangan risau, apabila anda telah mengenali pelanggan pertama dengan sangat spesifik,menulis ayat iklan ini KACANG sahaja.

Baca Juga:  3 Platform Iklan yang Anda Mungkin Belum Tahu Selain FBads

Kebiasaannya kempen pengiklanan ini mempunyai banyak ayat iklan yang berbeza. Tujuannya adalah untuk membuat SPLIT TEST dan juga TARGET prospek yang berlainan. Katakan produk anda dapat menyelesaikan 5 masalah prospek, maka anda perlu bina 5 ayat iklan supaya ianya memfokuskan kepada 5 segmen prospek yang berbeza.

copywriting

Kesimpulannya anda tidak boleh mulakan sebarang kempen pemasaran sebelum anda kenalpasti 3 komponen asas  di atas.Kejayaan atau kegagalan sesebuah kempen pemasaran bergantung kepada kadar bagaimana anda pastikan ketiga-tiga komponen tersebut. Jadi pastikan anda rancang kempen pemasaran anda terlebih dahulu sebelum mula membuat iklan.

Semoga Bermanfaat.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Nak Join Kelas Terdekat Saya?Klik Sini!
+ +
Nak Video Pemasaran Facebook Percuma?

Nak Video Pemasaran Facebook Percuma?

Masukkan details anda di bawah untuk muat turun pakej video percuma daripada saya.

You have Successfully Subscribed!

Shares