Facebook MarketingFBads

Inilah Strategi FB Ads yang Berjaya Hasilkan 5-6 Angka Sebulan!

(Nota: Artikel ni asal dari blog penulis, danialarif.com.my dan telah diubah suai oleh penulis sendiri)

AlhamduLillah, baru-baru ni salah satu klien yang saya uruskan berjaya dapat jualan lebih dari RM69,986 dalam masa 3 minggu.

Klien yang saya uruskan ni adalah sebuah syarikat travel yang berpangkalan di Kelantan.

(Nama syarikat tersebut saya tak boleh dedahkan sebab saya tertakluk pada perjanjian privasi dengan klien. Saya tak diizinkan untuk dedahkan nama syarikat tersebut kepada public.)

Sumber pendapatan utama mereka datang dari pakej umrah.

Seminar Pemasaran Online Terkini 2018 By Firdaus Azizi

Maknanya, harga servis adalah lebih dari RM4000.00

Platform iklan yang digunakan hanya FB Ads.

Ini membuktikan, FB Ads masih relevan walaupun produk/ servis kita harganya PREMIUM.

Kita cuma perlukan strategi yang betul dan target market yang betul je.

Oh ya! Sebelum tu, saya nak maklumkan.

Artikel kali ni agak panjang, sebab saya nak bukan hanya share strategi… Tapi, saya juga akan share setting FB ads yang digunakan.

Jadi, kalau sekarang anda masih belum betul-betul ada masa lapang, share je dulu artikel ni.

Supaya nanti bila ada kelapangan masa, anda boleh baca semula artikel ni.

Kenapa saya kongsikan artikel ni?

Matlamat saya adalah, saya nak bantu anda dapatkan ROI yang positif dengan platform FB Ads.

Saya betul-betul harap anda yang baca artikel ni, terus praktikkan strategi yang saya kongsikan ni.

Siapa yang baca dan praktikkan strategi ni, saya doakan jualan dia digandakan bulan ni juga!

Amin~ InsyaAllah…

Okay, sebelum kita teruskan, saya nak maklumkan sikit tentang mindset iklan.

Keberkesanan iklan diukur berdasarkan pulangan (BACA: Jualan) yang kita terima.

Kita bukan kejar kos iklan murah, bukan tengok CPC, CPE dan segala mak nenek metrik yang ada dalam ads manager tu.

Selagi mana kita dapat ROI yang memberangsangkan, kita abaikan je cost per click, cost per engagement semua tu.

Jelaskan? =)

Baiklah, sebelum tu, saya nak share laporan kempen syarikat travel tersebut.

Disclosure:
Kos iklan yang dipaparkan diatas adalah kos iklan untuk tempoh seminggu. Jumlah iklan untuk tempoh 3 minggu adalah RM1,728.51.

ads report

Kempen iklan berjaya menarik lebih dari 100 prospek dalam masa seminggu.  Jualan berjaya dikunci pada minggu ketiga dan seramai 14 orang menjadi pelanggan.

Saya tak pasti berapa jumlah jualan sebenar mereka.

Tapi, jom kita buat kira-kira sikit.

Saya anggap semua 14 orang pelanggan ni pilih pakej Umrah yang paling murah, iaitu RM4999

JUMLAH ANGGARAN JUALAN = RM4999 x 14 orang
JUMLAH ANGGARAN JUALAN = RM69,986

Berapa kali ganda ROI tu?

ROI = (Jualan – Kos Iklan) / Kos Iklan X 100% = 3948.9%

Maksudnya, pulangan yang klien saya terima adalah 3948.92%

Belanja iklan RM1,728.51, sales RM69,986…

                “Alaaa… tu jualan. Belum tentu untung lagi.”

Ya, betul la tu.

Macam saya cakap pada awal ariktel ni, keberkesanan iklan diukur berdasarkan pulangan. Bukan tengok CPC, CPE atau jumlah like dan komen.

Jadi, jom cuba kira keuntungan pula.

Margin untung bisnes Umrah ni adalah 15%-20%.

Kita anggap je margin untung klien saya ni 15%

Untung kasar = RM69986 x 15%
Untung kasar = RM10,497

Berapa pula untung lepas tolak kos ads?

Untung kasar lepas bayar duit iklan = RM10,497 – RM1,728.51
Untung kasar lepas bayar duit iklan 
= RM8,769.39

Masih lagi menguntungkan… kan?

Jadi, apa strategi yang kami gunakan?

Baiklah, kita masuk kepada bab strategi pula.

Langkah #1 – Buat Iklan Menjual Guna Video

Ini maklumat ringkas tentang ads yang kami buat:

  • Objektif : Messages
  • Bajet Ads : RM100-RM1k sehari
  • Umur : 40-65
  • Interest: Dr Maza, Haron Din, Hadi Awang, Bank Islam, Ikim FM
  • Potential Audience :300k

Kami gunakan objektif Messages sebab nak bawa prospek masuk dalam inbox messenger terus.

“Kenapa guna objektif Messages? Kenapa tak guna objektif Traffic dan set Messenger sebagai destination? Ada beza ke?”

Ya, ada beza. 😉

Bila guna objektif Messages, FB akan hantar iklan kita kepada audience yang ada potensi untuk masej kita.

Kalau guna objektif Traffic pula, FB akan hantar iklan pada audience ada potensi untuk klik je.

Tapi, tak semestinya mereka akan masej.

Ada kekurangan tak guna objektif Messenger?

Ada, setakat ni, saya nampak reach iklan Messenger tak laju macam objetif Post Engagement.

Dari segi saiz audience pula, saya sarankan dalam lingkungan 300k-500k je kalau bajet iklan anda kecil.

(Bajet iklan kurang dari RM200/hari dikira sebagai kecil)

Supaya, iklan anda hanya capai audience yang betul-betul targeted.

Ini pula maklumat tentang kreatif Iklan:

  • Ayat Iklan yang digunakan pendek dan ‘straight to the point' je.
  • Copywriting fokuskan USP, Offer dan kelebihan.
  • Visual: Iklan ni kami gunakan video dengan durasi 30 saat – 1 minit.

TIPS TAMBAHAN: Gunakan video  jenis petak (1:1) dengan resolusi 800×800. Letakkan headline pada video. Rujuk gambar dibawah sebagai contoh.

Kenapa guna video petak 1:1?

Sebab, bila masuk dalam newsfeed FB, video tu ambil ruang separuh dari skrin phone.

Jadi, ianya lebih menarik perhatian.

Selain dari format 1:1, headline yang kita masukkan pada video juga akan buatkan audience berhenti dan tonton video iklan kita.

Alang-alang, letak CTA sekali dekat bawah video.

Kalau kurang faham, anda boleh rujuk screenshot video dibawah ni:

Dari segi konten pula, dalam video kita  guna konten yang sama macam ayat iklan juga.

->Fokus pada USP, kelebihan dan offer.

Saya rekemen gunakan video sebab audience lebih mudah hadamkan point dalam video berbanding ayat iklan.

Orang mungkin malas nak baca ayat iklan, tapi biasanya mereka akan tonton video.

Sebab tu juga, durasi video cukup hanya 30-60 saat je.

Video yang terlalu panjang akan buatkan audience rasa malas untuk tengok.

Langkah #2 – Buat Retargeting

Buat anda yang belum tau apa tu retargeting, ianya adalah iklan yang kita target semula audience yang pernah engage dengan iklan kita.

Contoh, kita dah buat iklan video, kita boleh buat iklan kedua dan hanya target audience yang dah pernah tengok video iklan yang pertama.

Iklan retargeting ni juga dikenali sebagai iklan SAKA.

Sebab, ianya akan sentiasa menghantui newsfeed audience kita.

Kenapa kena buat retargeting?

Ini 4 sebab utama:

  1. Berdasarkan kajian FB, 7 dari 10 pengguna scroll FB masa mereka tak berapa lapang (contoh: tunggu traffic light hijau, tunggu order makanan sampai, masa tengha take 5 di ofis).
  2. Hanya 3 dari 10 pengguna je yang scroll FB masa mereka tengah betul-betul free.
  3. Hanya 2 dari 10 orang prospek je akan terus hubungi kita lepas nampak iklan.
  4. Baki lagi 3-5 orang prospek akan hubungi kita lepas beberapa kali nampak iklan kita.

Ada prospek yang berminat dengan produk kita, tapi mereka lupa nak pm/whatsapp sebab lupa.

Sebab tu, kita buat RETARGETING.  

Sistem retargeting ni ibarat anda ada robot yang tolong follow-up remind prospek yang berminat.

Supaya, audience yang dah engage dengan iklan kita ‘keep’ nampak iklan kita berulang kali.

Jadi, mereka takde alasan untuk lupa lagi dah.

Selain tu, kalau ada prospek yang asyik 50-50, mereka mungkin akan whatsapp/pm kita juga setelah berkali-kali nampak iklan kita.

Untuk buat retargeting, anda boleh follow 3 langkah ni:

  1. Buat custom audience
  2. Buat iklan target custom audience, tak perlu setting umur atau interest.
  3. Letakkan bajet 15%-20% je dari bajet iklan utama. (Contoh, bajet iklan utama RM100, iklan retargeting boleh letak RM15-RM20 je sehari)

Berdasarkan kajian dari FB juga, retargeting dapat naikkan JUALAN SEHINGGA 70%,

Katakan kalau sebelum ni tak buat retargeting jualan anda adalah RM10,000 sebulan.

Dengan retargeting, anda boleh naikkan jualan sehingga RM17,00 sebulan dengan hanya tambah bajet iklan 15% je.

Best kan?

Langkah #3: Strategi BONUS

Untuk naikkan jualan lagi, anda boleh pasang chatbot pada page anda.

Baca Juga:  3 Jenis Copywriting Yang Selamat Masa Musim Flagged

Sebab tu, saya sarankan untuk buat iklan jenis Messenger.

Selain follow-up dengan iklan retargeting, kita juga dapat follow-up prospek dalam inbox secara AUTOMATIK dengan menggunakan chatbot.

Selain tu, chatbot juga boleh digunakan untuk broadcast iklan ketika musim gaji.

Cumanya, chatbot ni ada 1 KEKURANGAN.

Ianya agak rumit untuk anda belajar secara sendiri dan explore sendiri..

Nak kena explore tu ambil masa yang lama.

Sebagai business owner, saya tak rekemen anda untuk explore dan langgar dinding, sebab ianya buang masa.

Saya sarankan anda dapatkan video panduan Messenger Leads Pro dan follow je terus panduan ni langkah demi langkah.

Tak perlu buang masa kaji, testing dan langgar dinding berulang kali.

Selain tu, lepas anda dapatkan panduan ni, anda akan diberikan support melalui group FB.

Kalau anda kurang faham dan ada soalan, boleh tanya terus dalam group.

Klik sini untuk dapatkan panduan ni -> Panduan Messenger Leads Pro

Kesimpulan

Untuk buatkan iklan yang boleh beri anda pulangan 6-7 angka sebulan, saya tak rekemen anda untuk ‘maintain’ dengan iklan jenis post engagement dah.

Sebab iklan jenis ni makin tepu akibat ianya telah digunakan oleh ribuan usahawan sejak dari tahun 2012 lagi.

Saya sarankan anda untuk:

  1. Buat iklan Messages dan gunakan video format 1:1 sebagai “Ads Creative”
  2. Buat custom audience video view 75%.
  3. Buat iklan retargeting pada audience video view 75%
  4. Gunakan chatbot untuk naikkan lagi conversion rate jualan.

Anda kehilangan dan rugi dari segi angka jualan sehingga 70% kalau tak buat retargeting.

Nota:

Bulan 12 ni ada workshop Facebook Marketing Revolution Finale.

Buat anda yang nak belajar strategi dan teknik yang saya kongsikan ni secara praktikal dan dengan lebih detail, sertailah bengkel ni.

Datfar sementara masih ada diskaun RM500! Diskaun tinggal 4 seat je lagi!

Klik sini untuk daftar (ada diskaun RM500 untuk 15 peserta terawal) —> www.firdausazizi.my/fmr-finale

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Nak Join Workshop Terdekat Saya?Klik Sini!
+ +
Shares