Iklan Tiba-tiba Ke Laut Lepas Naikkan Bajet? Ini Punca dan Solusinya

Saya nak tanya satu soalan pada anda yang pernah buat FB Ads.

Pernah tak hadapi situasi ni:

“Iklan tengah perform, kita pun naikkan bajet iklan. Tapi lepas naikkan bajet, iklan tiba-tiba ke laut.”

Pernah rasa pengalaman macam ni?

Kalau pernah, mesti rasa pelikkan?

Biasanya, isu ni akan terjadi bila anda naikkan bajet iklan secara mendadak.

(Contoh: Dari RM30/day kepada RM300/day)

Baik, dalam artikel ni, saya akan kongsikan apa puncanya dan macam mana nak selesaikan.

Oh ya! Sebelum tu, saya nak cerita sikit apa maksudnya iklan ke laut tu.

Biasanya, kita akan anggap iklan tu tak ‘perform’ bila cost per leads naik dengan mendadak dan jumlah leads yang masuk pula jatuh menjunam.

Saja la nak huraikan sikit, incase anda tak tau macam mana nak define maksud iklan tak berkesan tu.

Jadi, apa puncanya?

Ketua Copywriter Team Fames, Tuan Faris Osman, beliau pernah tanya soalan ni pada pihak FB.

Malangnya, pihak FB sendiri tak bagi jawapan yang jelas pada soalan ni.

Jadi, tak ada siapa tau jawapan yang tepat.

Mungkin anda boleh cuba PM Tuan Mark Zuckerberg dan tanya dia terus. :p

Tapi, berdasarkan pengalaman saya dan ilmu programming yang ada pada saya, saya berpendapat saya, masalah ni mungkin berpunca dari “Kecelaruan Algoritma” FB Ads.

Kenapa saya cakap macam ni?

Sebab, masalah ni hanya terjadi bila kita naikkan bajet dengan mendadak.

Tapi, kalau kita naikkan bajet sikit demi sikit, masalah ni tak terjadi.

Dalam bahasa yang mudah, masalah ni berpunca dari FB sendiri.

Bukan salah anda dan ianya diluar dari kawalan anda.

Jadi, chill okay? =)

Jadi, apa solusinya?

Ada 3 solusi yang saya boleh cadangkan pada anda. Saya dah test ketiga-tiga solusi ni dan dah berkali-kali terbukti berkesan.

Performance iklan maintain steady!

Leads yang masuk bertambah banyak!

Jumlah sales pun meningkat!

Anda boleh pilih salah satu dari 3 cara dibawah ni.

(NOTA: Nak buat tiga-tiga cara ni serentak pun boleh sebenarnya. Dengan syarat anda boleh manage dan ada kapasiti untuk melayan semua leads yang masuk)

Cara 1:

Anda boleh naikkan bajet iklan sikit demi sikit.

Naikkan bajet 20%-30% dari bajet semasa.

Contohnya, kalau bajet iklan semasa adalah RM30/day, untuk scale up anda boleh naikkan bajet jadi RM36-RM39/day.

Lepas dah naikkan bajet, pantau dulu iklan selama 2-3 hari.

Adakah jumlah leads meningkat?

Adakah kos iklan meningkat?

Kalau jumlah leads meningkat tapi kos iklan maintain, maksudnya anda boleh scale up lagi 20%-30%.

Anda boleh ulang langkah diatas untuk naikkan bajet megikut kemampuan kantung bisnes anda. Hehe…

Macam mana kalau lepas scale up, kos iklan meningkat tapi leads tetap sama?

Maksudnya, anda perlu scale down semula bajet sama seperti sebelum ni.

Bila berlaku situasi macam ni, anda kena scale up guna cara yang kedua ni.

Cara 2:

Selain dari tingkatkan bajet iklan, anda juga boleh scale up dengan cara run retargeting.

“Tapi tuan, saya takde website la. Nak buat video pun tak berapa mahir. Macam mana nak buat iklan retargeting?”

Jangan risau, anda boleh buat retargeting pada prospek yang dah klik link whatsapp anda.

Sebelum tu, anda kena daftar akaun system “kliksini.my” dulu.

(NOTA: Boleh daftar disini > https://kliksini.my/ )

Dalam system klik sini, anda boleh masukkan tracking pixel.

Lepas dah masukkan pixel, anda terus boleh bina “Custom Audience” dan buat kempen retargeting.

Berdasarkan pengalaman saya, kempen retargeting dapat naikkan jualan anda sehingga 70%.

Kalau anda masih blur, tak tau macam mana nak tanam pixel code, anda boleh rujuk tutorial percuma dari link ni >> https://fames.my/cara-tanam-pixel-dalam-website/

Kalau tak tau macam mana nak bina custom audience, anda boleh tengok video tutorial dibawah ni.

Cara 3:

Selain dari 2 cara diatas, anda juga boleh scale up dengan fungsi “Lookalike”.

Anda boleh create custom audience berdasarkan database pelanggan anda dan kemudian buat lookalike audience.

Cuma, untuk bina lookalike, saiz custom audience paling sikit perlu ada 100 orang.

Tapi, saya sarankan anda untuk guna lookalike jika custom audience anda ada 1000 orang.

Supaya Lookalike audience anda lebih berkualiti.

Kalau anda masih blur-blur, jangan risau.

Tonton video dibawah ni, dalam video ni, saya share tentang apa itu Lookalike audience dan macam mana nak bina lookalike audience.

Kesimpulan

Kalau iklan yang anda tengah run prestasinya sangat bagus, leads masuk cantik, closing rate pun okay, tiba masanya untuk anda scale up iklan anda.

Cuma, pastikan jangan scale up dengan cara menaikkan bajet iklan secara drastik.

Naikkan bajet iklan 20%-30% je dulu dan pantau hasilnya selama 2-3 hari.

Selain tu, anda juga boleh buat kempen retargeting dan buat iklan target pada lookalike audience.

Nota:

Just incase kalau anda dah baca artikel ni dan tengok video yang saya share, tapi masih juga tak faham.

Saya sarankan baca dan tengok videonya 3-4 kali lagi.

Apa yang saya share ni mungkin agak advance bagi anda.

Kalau dah cuba hadamkan, tapi masih juga tak faham, saya sarankan join sesi 1-1 Personal Coaching bersama kami.

Dalam sesi personal coaching ni, kami akan layan anda secara personal.

Anda boleh tanya apa saja soalan dan belajar sampai betul-betul faham.

Bukan tu je, kami juga akan share strategi iklan yang boleh bantu naikkan jualan anda. InsyaAllah.

Klik sini untuk join sesi personal coaching -> www.fames.my/coaching

Belajar sesuatu dari artikel di atas? Jika ya, boleh klik butang di bawah untuk share dengan rakan lain @ tinggalkan sebarang soalan @ cadangan di bawah apa yang anda belajar. 👇🏻

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

One Comment