Berapa Kerap Prospek Akan Nampak Iklan Anda & Kenapa Ianya Penting

Pernahkah anda tertanya-tanya…

Berapa kerap iklan anda akan keluar dekat prospek?

Mesti pernah kan?

Sebab selalu juga saya terima soalan yang lebih kurang serupa dalam kelas dan juga Facebook Group saya.

InsyaAllah dalam artikel ini, saya akan kongsikan kepada anda tentang:

  • Berapa kerap iklan boleh keluar di Facebook dan Instagram
  • Kenapa ianya penting untuk anda tahu
  • Macam mana untuk anda kawal kekerapan tersebut
Kekerapan iklan keluar ini dipanggil “Frequency Capping” dalam bahasa Facebook.

Berapa Kerap Iklan Boleh Keluar Pada Orang Yang Sama?

Facebook sentiasa mengubah algoritma dan polisi mereka berdasarkan pola pengguna mereka.

Sejak tahun 2012 hingga 2014…

Facebook hanya membenarkan iklan dari satu Page keluar sekali (1) sahaja sehari pada prospek yang belum Like Page tersebut.

Tapi kalau prospek dah Like Page tersebut, mereka boleh nampak iklan dari Page yang sama sebanyak empat (4) kali sehari.

Bermula Ogos 2014 hingga November 2018…

Pada bulan Ogos 2014, Facebook mula ‘melonggarkan' polisi “Frequency Capping” ini dengan membenarkan iklan daripada Page yang belum di-Like untuk keluar sebanyak dua (2) kali sehari.

Untuk Page Likers, mereka masih boleh nampak iklan dari Page yang sama sebanyak empat (4) kali sehari.

Bermula November 2018…

Yang terbaru, polisi “Frequency Capping” telah dirombak dengan agak drastik di mana Page Like sudah tidak diberi keutamaan.

Ini saya copy paste terus dari Facebook (link asal di sini):

  • In Facebook News Feed, a person won't see ads from a single Page or app more than once every two hours
  • In Instagram feed, a person won't see an ad from the same advertiser (whether the ad was initially seen in Instagram feed or Stories) more than once every three hours
  • In Instagram Stories, a person won't see an ad from the same advertiser (whether the ad was initially seen in Instagram feed or Stories) more than once every six hours

Kenapa Facebook Tukar Polisi “Frequency Capping”

Secara jujurnya, saya tak pasti apa sebab yang mendorong Facebook untuk melonggarkan kawalan terhadap “Frequency Capping” ini.

Cuma ada 2 benda yang menarik pandangan saya.

1# Page Like

Facebook sekarang sudah tidak memberi layanan istimewa pada Page Likers seperti dulu.

Benda ini agak merugikan untuk Page yang ada banyak Likers.

Tapi perubahan ini macam menguntungkan pengiklan yang banyak menggunakan Custom Audience dan Retargeting.

Eh, ada lagi ke orang dok buat iklan Page Like?

Saya sendiri hanya akan mencadangkan iklan Page Like untuk Page dalam kategori atau niche fesyen.

Selain daripada fesyen, tak perlu gatal tangan bazir duit buat iklan Page Like.

Rugi!

2# Reach Objective

Facebook juga seperti ingin mengalakkan penggunaan objektif “Reach” yang rasanya masih ramai tak guna (ini memang antara solusi yang Facebook rekemen dalam link di atas tu).

Antara kelebihan objektif Reach adalah anda boleh kawal “Frequency Capping” supaya iklan anda tak keluar terlalu kerap pada orang yang sama.

Ini screenshot tetapan “Frequency Capping” di bahagian Ad Set untuk kempen yang menggunakan objektif “Reach”.

Setting Frequency Capping dalam Reach Objective

Anda boleh baca lebih lanjut tentang jenis-jenis objektif untuk kempen Facebook Ads dalam artikel yang saya pernah tulis sebelum ini.

Apa Kesan Frekuensi Terlalu Tinggi?

Dengan perubahan polisi terbaru ini, ada kemungkinan iklan anda dipaparkan terlalu kerap pada orang yang sama.

Ini boleh berlaku terutamanya kalau anda jenis yang biasa spend besar dan target audience yang kecil (contohnya iklan Retargeting).

Bila frekuensi terlalu tinggi, kos iklan akan meningkat dan kadar respon juga akan menurun.

Ada juga kemungkinan iklan akan lebih cepat “tepu” atau bahasa teknikalnya, Fatigue.

Apa Yang Patut Anda Buat?

Ini adalah apa yang saya rekemen anda buat (bergantung pada cara anda menggunakan Facebook Ads):

  1. Kalau anda buat iklan guna video, anda boleh exclude orang yang dah tengok video anda dalam 3 ke 7 hari yang lepas (ikut kesesuaian)
  2. Kalau anda buat iklan ke website, anda boleh exclude orang yang dah klik dan masuk ke halaman yang diiklankan tersebut
  3. Anda juga boleh cuba guna objektif Reach dan limitkan “Frequency Cap”
Kalau tak reti nak buat Custom Audience dan excludesaya syorkan anda untuk mendapatkan Panduan ViPER Reloaded saya ini, .

Berapa Frequency Cap Yang Sesuai?

Ini pun soalan yang menarik dan selalu dibahaskan.

Mengikut kajian yang dilakukan oleh pihak Facebook, kadar Frequency yang sesuai untuk iklan jenis Branding adalah 1 kali seminggu untuk membuatkan prospek sentiasa ingat brand anda.

Tapi kalau anda buat iklan jenis menjual dan nak prospek bertindak, kadar Frequency yang dicadangkan adalah dalam 2 kali sahaja seminggu (bukan setiap hari).

Frequency Cap & Brand Lift Impact
Sumber: Facebook IQ (Effective Frequency: Reaching Full Campaign Potential)

Yang menariknya, kalau iklan keluar lebih dari 2 kali seminggu, impak iklan tersebut lebih kurang sama jer dengan iklan yang dipaparkan 2 kali.

Jadi kalau ikut kajian tersebut, agak membazir kalau iklan anda keluar pada prospek lebih daripada 2-3 kali seminggu.

Apapun, sebagai marketer, anda perlulah uji dan lihat sendiri bagaimana kesan Frequency pada iklan anda sebab biasanya setiap niche, iklan dan bisnes akan memberikan hasil yang berbeza.

Anda boleh juga rujuk artikel ini untuk memahami lebih lanjut tentang kaitan Frequency dengan respon terhadap iklan di Facebook.

Nota Kaki;

  • Kalau anda nak iklan anda keluar lebih kerap, boleh cuba rujuk artikel saya tentang Facebook Total Value dan juga cara hasilkan iklan yang ultra-targeted.
  • Ada juga waktu-waktu tertentu di mana frekuensi yang tinggi sangat membantu, contohnya kalau ada flash sale atau promosi. Dalam kes seperti ini, iklan Retargeting boleh dianggap sebagai follow-up secara tak langsung.

Ada Belajar Sesuatu?

Kalau anda rasa artikel ini bermanfaat, jemput klik butang Share di bawah dan kongsikan bersama rakan-rakan usahawan anda yang lain.

Belajar sesuatu dari artikel di atas? Jika ya, boleh klik butang di bawah untuk share dengan rakan lain @ tinggalkan sebarang soalan @ cadangan di bawah apa yang anda belajar. 👇🏻

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *