Internet Marketing

Facebook Ads vs Google Adwords: Mana yang Terbaik untuk Bisnes Anda?

Bagi anda yang dah biasa dengan Facebook Ads (FB ads) dan belum pernah memasarkan bisnes anda di Google Adwords, pasti soalan begini berlegar di minda anda;

“OK ke kalau aku buat Adwords?”

Begitu juga sekiranya anda yang dah biasa buat Adwords, tapi belum merasa penangan FB Ads. Sudah pasti mempunyai persoalan yang serupa.

Tapi jika anda belum kenal apa itu Google Adwords, sila baca dulu artikel ini. Ia cukup untuk anda kata “Ohhh… Ini Google Adwords” lepas baca nanti.

Yang pasti, apa pun bisnes anda, sesuai untuk dipasarkan sama ada di FB Ads atau Google Adwords.

Kelas Facebook Advance Marketing Terkini Ogos 2018 By Firdaus Azizi

Cuma kalau nak pilih platform mana yang lebih baik dan yang paling sesuai untuk memaksimakan ROI anda, ia haruslah dibandingkan dengan beberapa kriteria.

Ayuh bandingkan!

(Nota: Perbandingan Google Adwords disini hanyalah untuk Google Search Network (SN) sahaja)

#1 Targeting audiens yang tepat

Dengan FB Ads, kita boleh target audiens yang sangat spesifik dengan bisnes kita. Umur, lokasi, pekerjaan, status perkahwinan dan banyak lagi!

Tapi di Google SN, targeting hanya menggunakan keyword tanpa kita tahu siapa yang klik.

Jadi disini: FB Ads menang.

Apa yang best jika kita mempunyai kebolehan untuk target iklan pada audiens yang tepat?

Banyak! Antaranya kita boleh bina kesedaran (awareness) pada prospek yang memang dalam lingkungan pelanggan ideal kita (customer avatar), buat survey untuk market research, banyak lagi lah.

#2 Kesediaan untuk membeli (buying intent)

Di Google SN, prospek yang mencari menggunakan keyword bisnes kita sentiasa bersedia membeli apa yang mereka hajatkan pada masa itu juga.

Dengan perkataan lain, mereka terdesak untuk mendapatkan servis/produk kita.

Berbeza di FB, tujuan mereka scroll ‘news feed’ adalah untuk bersosial, bukan untuk membeli.

Jadi kita perlu pupuk (atau istilah jawanya ‘nurture’) mereka dengan pelbagai ads sampailah mereka membeli.

Jadi disini: Google SN menang.

Memang inilah kelebihan iklan carian berbayar (Paid Search Ads). Ia adalah lubuk kepada desperate market.

#3 Bisnes setempat (local business)

Anda berada dirumah, tiba-tiba teringin nak makan western. Anda nak cuba sesuatu yang berlainan dari kedai yang biasa anda pergi. Tapi tak tahu nak pergi mana. Apa anda akan buat?

Search di Google. Kan?

Search di FB? Jarang lah. Kalau ada pun 1 dalam 10. 9 lagi akan Google.

Sekali lagi disini: Google SN menang dengan mudah.

Apatah lagi kalau bisnes anda jenis servis. Sudah pasti penduduk sekitar yang baru berpindah tercari-cari servis pasang rail langsir, pasang aircond, paip dan sebagainya.

#4 Interaksi (Engagement)

Klik adalah satu-satunya engagement yang boleh prospek lakukan pada kempen Google SN.

Baca Juga:  Servis Design Logo Kompeni & Bisnes Ala Korporat Daripada Logofusion

Tapi di FB, kita boleh buat survey, menjawab persoalan-persoalan prospek, buat FB Live, buat contest. Apa saja!

Sememangnya semua setuju ‘engagement’ berterusan dengan pelanggan akan meningkatkan ‘Lifetime Value’ dan kesetiaan kepada jenama bisnes kita.

Jadi disni: FB Ads menang.

“Saya tak buat engagement sangat, tapi Alhamdulillah, sales maintain 6 angka setiap bulan”

Kalau tuan buat engagement, mungkin dah lama merasa 7 angka 😎

#5 Kualiti Iklan

Di Facebook, hampir kesemua jenis placement boleh dibuat iklan. Dari Page Post sehinggalah iklan berbentuk video. Di Instagram Story pun boleh selit ads.

Tapi di Google SN, iklan hanya berbentuk teks (ada juga Shopping Ads berbentuk gambar, baru dilancarkan pada hujung 2017). Kalau nak ‘bold’kan tulisan pun kena dapatkan keyword yang betul-betul sama dengan query yang diisi prospek pada ruangan search.

Jelas disini: FB Ads menang.

Variasi jenis iklan adalah penting untuk meningkatkan ‘brand recall’ prospek kepada bisnes kita. Jenis iklan yang interaktif juga akan membuatkan prospek “suka” untuk nampak iklan kita.

Jadi, apa jawapannya?

Jawapan sebenar adalah bergantung kepada bisnes anda. Apa yang dijual dan juga jenis audiens anda.

Jika anda menawarkan sesuatu yang memerlukan visual atau anda tahu siapa target audiens anda yang sebenar, FB Ads adalah tempat yang paling sesuai.

Jika bisnes anda bersifat tempatan (seperti servis, kedai makan) dan anda ingin cepat mendapat perhatian bagi prospek yang mencari, Google SN adalah pilihan terbaik.

Untuk membina brand, memang Facebooklah platform paling sesuai.

Untuk mendapat leads yang memang bersedia nak membeli dengan segera, Google search ads lah lubuknya.

“Saya memang nak dapat jualan yang segera, tapi dalam masa yang sama saya nak bina brand saya untuk jangka masa panjang. Macam mana tu?”

Gunalah dua-dua 😎

Rujukan: http://www.adweek.com/digital/sherry-gray-guest-post-facebook-ads-vs-google-adwords/


Nak Belajar Google Adwords Step By Step Dalam Bahasa Melayu?

Saya saya, Tuan Aulis Uwais ada hasilkan video panduan Google Adword yang menarik dan mudah difahami, siap dengan Support Group lagi.

Anda boleh dapatkan info lanjut tentang panduan tersebut dengan menekan butang di bawah.

 

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Nak Join Workshop Saya Hujung Minggu Ini?Klik Sini!
+ +
Nak Video Pemasaran Facebook Percuma?

Nak Video Pemasaran Facebook Percuma?

Masukkan details anda di bawah untuk muat turun pakej video percuma daripada saya.

You have Successfully Subscribed!

Shares