Maaf, Tiada Lagi Promosi Percuma di Facebook!

Adakah anda mempunyai fanpage dan menggunakannya untuk mempromosikan event, produk atau servis anda kepada fans anda?

Jika ya, anda mungkin kurang bernasib baik sebab Facebook bakal mengenakan ‘sekatan' baru ke atas fanpage anda.

Update terbaru algorithm Facebook akan menyekat post jenis promosi dari fanpage untuk keluar di news feed

Mengikut info terbaru daripada Facebook (bertarikh 14 November 2014), post-post dari fanpage yang berbentuk promosi akan dikurangkan daripada keluar di News Feed bermula Januari 2015.

Ini bermaksud, reach untuk fanpage akan semakin rendah sekiranya anda menggunakan fanpage untuk mewar-warkan aktiviti atau promo terkini bisnes anda.

Contoh Post Berbentuk ‘Promosi'

Ini adalah 3 jenis post yang berbentuk promosi yang akan dikurangkan daripada masuk ke newsfeed adalah:

1. Post Yang Menjual Produk / Aplikasi

Ayat Facebook – Posts that solely push people to buy a product or install an application.

Contoh post jenis #1 ini…

 

Salah satu post jenis promosi produk yang akan disekat daripada keluar di news feed
Contoh Post Yang Mempromosi Produk

Dan ini…

Salah satu contoh daripada Facebook untuk post jenis promote aplikasi yang akan dikurangkan daripada keluar di news feed.
Contoh Post Yang Mempromosi Aplikasi

2. Post Yang Memberitahu Tentang Promosi @ Pertandingan

Ayat Facebook – Posts that push people to enter promotions and sweepstakes with no real context.

Untuk post #2, Facebook tak memberikan sebarang contoh.

Tapi berdasarkan pembacaan saya, post #2 adalah tentang:

  • Post yang memberitahu fans tentang promosi yang sedang berlangsung
  • Post untuk contest seperti Like / Share & Win

3. Post Yang Duplicate Sebijik Iklan

Ayat Facebook – Posts that reuse the exact same content from ads.

Facebook juga akan mengurangkan ‘Organic Reach' (reach yang tak berbayar) untuk post yang content nya sama sebijik dengan post yang dibuat iklan.

[alert-success]Mungkinkah Power Editor boleh digunakan untuk memastikan post yang dijadikan iklan tak sama dengan mana-mana post di fanpage?[/alert-success]

Kalau anda biasa menggunakan post-post macam di atas, anda mungkin terpaksa melabur sikit duit untuk membuat iklan berbayar kepada fan anda.

[alert-note]Update terbaru ini hanya melibatkan ‘Organic Post'. Post berbayar (iklan) akan tetap berjalan seperti biasa (nama pun berbayar…).[/alert-note]

Apa Persediaan Yang Anda Perlu Buat?

Dalam masa 1-2 bulan sebelum update terbaru ini berkuatkuasa, ini adalah 3 persediaan yang anda boleh lakukan.

1. Database Database Database

Kalau sebelum ini anda hanya bergantung harap kepada fans di Facebook, sudah sampai masanya untuk anda mula mengumpul database prospek & customer.

Database anda boleh jadi dalam bentuk emel ataupun nombor telefon.

Yang penting, ada cara untuk anda berhubung dengan mereka tanpa bergantung kepada pihak ketiga.

Untuk yang nak belajar cara menjadikan emel anda sebagai ‘mesin duit', boleh join Seminar Mesin Duit yang dibuat oleh Tuan Faisal Abdullah & Tuan Bukhari Ramli.

2. Buat Blog (… Dan Dapatkan Follower)

“Apa? Buat Blog?”

Yups, buatlah blog sebagai medium untuk anda berkongsi info & update terbaru dengan peminat anda (sambil promote produk atau servis anda).

Kalau anda kerap berkongsi info-info bermanfaat, insya-Allah peminat akan selalu singgah di Blog anda (contohnya macam blog Firdaus Azizi :P)

Itu belum masuk lagi dengan orang yang ‘terjumpa' Blog anda di Google (kalau anda ada ilmu SEO).

Baca Juga –> Buat Bisnes Online Tapi Belum Ada Blog? Anda Dalam Bahaya!

3. Belajar Teknik Content Marketing

Zaman asyik menjual di fanpage bakal berakhir.

Anda perlu belajar bagaimana menggunakan teknik ‘Content Marketing‘ untuk membina kredibiliti dan reputasi.

Saya suka sarankan anda belajar teknik ini daripada Tuan Aqif Azizan & tim Write to Wealth beliau.

Apapun… Iklan Tetap Kena Buat (Sekali Sekala)

Memang seronok kalau semua promosi kita boleh dibuat dengan percuma.

Tapi realiti bisnes, mana boleh nak harapkan semua benda percuma. Memang kita kena allocate siap-siap duit untuk tujuan promosi.

Dah dapat menumpang ‘rumah orang' percuma, takkanlah nak harapkan promosi pun semuanya percuma.

Betul betul?

Baca Juga –> Cara Dapatkan Cost Per Click Yang Murah & Berbaloi-Baloi

Apa Pendapat & Persediaan Anda?

Dah tak lama dah sebelum algorithm baru ini bakal dikuatkuasakan.

Apa pendapat anda tentang update terbaru ini dan apa persediaan yang akan anda lakukan?

Jemput kongsikan di ruangan komen untuk manfaat kita bersama 🙂

Bacaan Lanjut:

  1. No More Promotional Posts: Facebook Will Penalize More Brand Content
  2. NO PROMO: Facebook to Begin Cutting Back on Promotional Posts from Pages in News Feed
  3. Facebook is cracking down on ‘overly promotional' posts from brands

Belajar sesuatu dari artikel di atas? Jika ya, boleh klik butang di bawah untuk share dengan rakan lain @ tinggalkan sebarang soalan @ cadangan di bawah apa yang anda belajar. 👇🏻

Leave a Reply to Wan Zawawi Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

36 Comments