Facebook Marketing

Cara Dapatkan CTR Yang Tinggi Untuk FB Ads


Cara untuk dapatkan kos iklan murah di Facebook

Antara cara paling mudah untuk mendapatkan kos iklan yang rendah adalah dengan memastikan iklan anda mempunyai Clicks Thru Rate (CTR) & Relevance Score (RS) yang tinggi.

Macam Mana Nak Dapatkan CTR & RS Yang Tinggi?

Sebelum kita masuk kepada cara nak dapatkan CTR & RS yang tinggi, kita kena faham dulu…

  • Apa itu Click Thru Rate
  • Berapa CTR Yang Bagus
  • Apa itu Relevance Score

Apa Itu Click Thru Rate @ CTR?

Formula untuk kira CTR adalah:

CTR = Clicks / Impression %

Dalam bahasa panjang, CTR ada percentage klik dibahagi dengan berapa kali iklan kita keluar (impression).

Kalau iklan kita menarik & membuatkan orang teruja nak klik, CTR untuk iklan tersebut akan menjadi tinggi.

CTR yang tinggi boleh membantu sedikit sebanyak untuk kita mendapatkan kos iklan yang rendah.

Nak Lagi Bagus?

Gabungkan CTR yang tinggi & Engagement (Like, Comment, Share) yang tinggi.

Cara paling mudah untuk dapatkan Engagement yang tinggi adalah dengan menggunakan Call-to-Action' seperti…

  • Berminat? Komen “Saya Nak!”
  • Nak dapatkan kod diskaun? Komen “Nak Diskaun!” & Whatsapp ke 011 1948 1730
  • Whatsapp kod “XYZ50” ke 011 1948 1730 dan komen “Dah Whatsapp”

Berapa CTR Yang Bagus

Indikator iklan yang bagus adalah CTR lebih daripada 1%.

Jadi, kalau iklan anda mempunyai CTR kurang 1%, adalah lebih baik untuk anda buat iklan yang baru.

Bila CTR rendah, maksudnya iklan anda tak menarik. Ini juga akan menyebabkan kos iklan anda meningkat.

Apa Itu Relevance Score @ RS?

Apa Itu Relevance Score Untuk Facebook Ads

Relevance Score adalah skor yang diberikan oleh Facebook berdasarkan prestasi iklan kita.

Antara indicator yang digunakan adalah:

  • Engagement Rate
  • Clicks / Action
  • Feedback (positive @ negative)
  • Frequency

Kalau jumlah engagement, klik dan feedback positif tinggi, Facebook akan membuat kesimpulan bahawa iklan kita berkualiti dan disasarkan pada audience yang tepat.

Facebook juga menyediakan guideline ringkas tentang cara untuk memperbaiki RS iklan.

Tak Tau Macam Mana Nak Tengok CTR & Relevance Score?

Boleh tonton & download video yang saya pernah sebelum ini tentang Cara Menggunakan Ads Manager Terbaru Facebook.

Video tersebut saya kongsikan dengan PERCUMA. Kalau malas jugak nak tengok, berat sungguh…

Cara Paling Mudah Untuk Dapatkan CTR & RS Tinggi

Disebabkan kedua-dua CTR & RS dipengaruhi oleh jumlah klik, penggunaan gambar iklan yang cantik & menarik sangatlah penting.

Salah satu cara untuk mendapatkan gambar sebegitu adalah dengan menggunakan gambar profesional atau juga dipanggil ‘Stock Photos'.

Antara website yang menjual stock photos adalah:

Harga untuk gambar-gambar profesional ini biasanya sekitar 1 USD hingga 15 USD.

Boleh tahan mahal kan?

Jangan Risau!

Dalam entri ini, saya ingin kongsikan dengan anda bagaimana anda boleh mendapat akses percume kepada gambar-gambar cantik Shutterstock menggunakan Ads Manager.

Disclaimer Penting!

Saya tak suruh kejar CTR yang tinggi supaya boleh dapat kos iklan murah.

Anda kena pandai seimbangkan antara kos iklan yang murah atau sales yang tinggi.

Kalau anda pandai tulis ayat jualan yang power, insyaAllah anda boleh dapat dua-dua.

Berminat?

Silakan menonton video selama 3 minit 22 saat di LINK INI.

Facebook & Shutterstock mempunyai perjanjian kerjasama khas yang dimeterai sejak bulan Ogos 2013. Sebab tu kita boleh dapat akses percuma 🙂

Terima kasih Mark Zuckerberg!

Internet Tak Stabil?

Anda boleh download video tersebut dari salah satu link di bawah:

Semoga membantu 🙂

Dah Habis Baca?

Terima kasih sebab meluangkan masa anda untuk baca sampai habis.

Saya doakan anda berjaya menghasilkan iklan-iklan yang lebih menarik menggunakan gambar daripada Shutterstock ini.

Semoga dengan iklan yang lebih menarik, kos iklan anda akan semakin murah & jualan semakin bertambah.

Sudilah kiranya anda tolong klik butang Share di bawah untuk manfaat rakan-rakan anda yang lain 🙂

8 Comments

Leave a Comment

Nak Video Pemasaran Facebook Percuma?

Nak Video Pemasaran Facebook Percuma?

Masukkan details anda di bawah untuk muat turun pakej video percuma daripada saya.

You have Successfully Subscribed!

Shares