dropship kartel

CPC Vs oCPM – Jenis Bid Yang Mana Satu Patut Anda Guna?

Antara soalan yang paling popular dalam setiap sesi kelas Facebook saya adalah tentang jenis bidding yang paling bagus; CPC ke oCPM?

Ramai yang tanya sebab bab jenis bidding ni ada banyak sangat mazhab.

Sifu ‘A' kata CPC paling selamat…

Sifu ‘B' kata oCPM paling murah…

Sifu ‘C' lak kata ikut musim…

Parah bak hang!!!

Pilihan jenis bidding yang sesuai untuk iklan di Facebook; CPC atau oCPM

Patut la setiap kali kelas, mesti ada orang tanya mana satu yang mereka patut pakai.

Yelah, semua orang nak kos iklan yang murah.

Takde yang nak buat iklan untuk kayakan Mark Zuckerberg sorang. Kan?

Jenis-Jenis Bidding Untuk Iklan di Facebook

Sebelum nak cerita panjang lebar tentang mana satu yang anda patut gunakan, elok saya share sikit apakah jenis bidding yang anda boleh pilih setiap kali nak buat iklan di Facebook.

1. AutoOptimized CPM @ oCPM @ Optimize For “_______”

Ini adalah default setting untuk semua iklan, baik yang dibuat menggunakan fungsi Boost Post, Ads Manager mahupun Power Editor.

Bila menggunakan bid jenis oCPM, anda akan dicas untuk setiap 1,000 kali iklan anda keluar di Facebook (impression).

Anda tak boleh set berapa kos maksima yang anda sanggup bayar untuk 1,000 impression, tapi anda hanya boleh set berapa yang anda sanggup laburkan setiap hari (daily budget).

Facebook akan menggunakan budi bicara (baca – sistem) mereka untuk menentukan berapakah bayaran untuk setiap impression dan berusaha sehabis baik untuk menghabiskan budget harian anda.

[alert-note]Kalau guna oCPM, insyaAllah daily budget anda pasti habis![/alert-note]

Walaupun bunyi macam menakutkan, bidding jenis oCPM ini mempunyai satu kelebihan luar biasa yang tak ramai orang tau.

Apabila menggunakan oCPM, iklan anda akan di'optimize' untuk objectif kempen yang anda pilih (rujuk gambar di bawah).

Cara untuk buat iklan di Facebook; step pertama adalah pilih objektif
Pilihan Objektif / Jenis Iklan di Facebook

Contoh #1:

Untuk iklan ‘Send people to your website' (dulu dikenali sebagai ‘Clicks to Website') yang menggunakan oCPM, Facebook akan berusaha menayangkan iklan kepada targeted audience yang biasa klik link ke website-website dari dalam Facebook.

Contoh #2:

Iklan ‘Get video views' akan ditayangkan kepada targeted audience yang biasa menonton video dalam Facebook (bukan semua orang suka tengok video dalam phone atau Facebook, kan?).

[alert-announce][Nota Kaki] Pemerhatian saya awal Desember 2014, iklan oCPM nampak lebih ‘optimized' berbanding sebelum ini.[/alert-announce]

2. Cost Per Click @ CPC

CPC adalah jenis bidding yang famous sejak dulu di mana anda hanya akan dicas bila ada audience yang klik iklan anda.

Kiranya, kalau orang hanya baca iklan anda tapi tak klik, anda dapat free promotion lah…

Macam best jer bunyi kan?

Tapi, yang ramai orang tak tau adalah…

Setiap satu klik pada iklan anda adalah berbayar. Tak kiralah orang tu klik…

  • Like
  • Comment
  • Share
  • Nama fanpage
  • Gambar
  • ‘See more'
  • Profile picture
Baca Juga:  6 Jenis Objektif Facebook Ads Yang Ramai Orang Keliru
Setiap klik pada iklan yang menggunakan CPC adalah berbayar
Setiap kik pada iklan ini adalah berbayar (kalau guna CPC)

Haaa…. Terkejut?

Apapun, anda tak perlu risau sebab yang biasanya akan klik iklan anda adalah orang yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang iklan anda.

Dan, anda juga boleh set berapa maksimum kos per klik yang anda sanggup bayar 🙂

Iklan jenis CPC ni, Facebook tak tolong optimize mengikut objektif iklan anda (macam oCPM), tapi ianya di'optimize' untuk ditayangkan kepada orang yang suka klik-mengklik.

Jadi, ada 2 beza utama antara oCPM dengan CPC:

  1. Cara anda dicas. oCPM ikut impression, CPC ikut klik.
  2. Cara iklan anda di ‘Optimize'. oCPM ikut objektif iklan. CPC ikut siapa suka klik.

3. CPM @ Cost Per Impression

Bidding yang ke-3 ini jarang sangat digunakan oleh ramai orang walaupun ia mirip kepada oCPM.

Sebabnya?

Walaupun anda boleh set berapa maksimum kos yang anda sanggup bayar untuk setiap 1,000 impression (bila guna CPM), tapi iklan anda tak di optimize oleh Facebook untuk apa-apa ataupun kepada siapa.

CPM ini biasanya hanya sesuai untuk 2 tujuan:

  1. Brand awareness
  2. Kalau CTR anda sangat tinggi, dalam 5% ke atas (tapi biasanya kalau guna oCPM lebih ‘power'!)

4. Daily Unique Reach @ DUR

Ada lagi bidding selain oCPM, CPC & CPM ke?

Yups!

Ini adalah jenis bidding yang hanya terdapat dalam Power Editor.

Bidding jenis Daily Unique Reach jarang sangat didengar apatah lagi digunakan

Bila menggunakan bidding jenis DUR, iklan anda akan dihadkan supaya keluar hanya sekali sehari kepada targeted audience.

Honestly, saya tak pernah terfikir untuk menggunakan DUR sebab belum nampak kegunaan yang sesuai.

[alert-announce]Baca lebih lanjut tentang DUR di blog Jon Loomer (Daily Unique Reach: Limit Frequency of Facebook Ads to Once Per Day).[/alert-announce]

Mana Satu Bidding Yang Anda Patut Guna?

Berbalik kepada soalan cepu emas yang diutarakan di awal entri ini,

CPC Vs oCPM; Mana satu yang lebih bagus?

Jawapan mudah saya,

“It depends…”

Macam tak jawab soalan lak kan?

Jangan marah.

Memang dalam setiap kelas saya, saya akan akan suruh student saya test sendiri untuk kenal pasti mana satu bidding yang lebih bagus dan berbaloi.

Proses itu dinamakan “Split Test”.

Berdasarkan pengalaman saya yang tak seberapa, kadang-kadang iklan CPC lebih berbaloi berbanding oCPM.

Kadang-kadang sebaliknya pula.

So, kena test sendiri untuk tau.

Cara Split Test Untuk Pilih CPC Atau oCPM

Ini adalah cara yang saya guna untuk tentukan mana satu lebih berbaloi & bagus.

1. Buat Dua Ads Set

  • Satu Ads Set menggunakan CPC, satu lagi menggunakan oCPM.
  • Pastikan targeting, placement dan daily budget adalah sama.

2. Biarkan Iklan Berjalan

  • Biarkan iklan berjalan dalam 6 ke 12 jam. Paling lama 24 jam.

3. Monitor & Buat Analisa

  • Selepas 6 ke 12 jam, tengok iklan mana yang lebih berbaloi dari segi CONVERSION (kos per klik murah & sales banyak)
Baca Juga:  3 Rahsia Terlarang untuk Tukarkan Ayat Iklan Anda Jadi Magnet Pelanggan!

4. Pause / Stop Ads Set Yang Kureng

  • Berdasarkan analisa di step #3, pause Ads Set yang kurang memberangsangkan.

5. Siap

  • Split Test dah selesai
  • Fokus dan teruskan monitor conversion untuk Ads Set yang berjalan
  • Naikkan daily budget kalau sales masyuk 🙂

Senang jer kan nak split test antara CPC dan oCPM? Anda hanya perlu bersabar selama 6 ke 12 jam. Paling lama pun 24 jam.

Tips Tambahan Untuk Split Testing & oCPM

Ini beberapa tips tambahan yang saya.

  1. Gunakan budget yang sederhana untuk split test. RM15 ke RM30 untuk satu Ads Set biasanya memadai. Tak perlu lenjan sampai RM100.
  2. Gunakan ‘Order Code' atau ‘Conversion Pixel' yang berbeza supaya anda boleh track sales datang dari iklan yang mana satu.
  3. Kalau oCPM adalah bid yang thorbaik untuk anda, mulakan dengan daily budget yang sederhana (bawah RM100). Kalau lepas 24 jam nampak masih cun, boleh cuba naikkan budget.
  4. Bila guna oCPM, pastikan anda monitor prestasi iklan anda setiap hari. Lagi bagus, setiap 4-6 jam. Takut sistem Facebook tiba-tiba weng, duit kena telan tapi iklan jalan  slow.
  5. Kalau audience tak sampai 10K (biasanya untuk ‘retargeting'), CPC adalah lebih menjimatkan.

Cara Lebih Mudah Untuk Split Test

Proses split test ni kalau nak buat guna Boost Post atau Ads Manager sangat mencabar dan akan memakan masa yang lama.

Sebab tu saya biasa akan rekemen kepada sesiapa yang betul-betul nak optimize prestasi iklan, belajar buat split test guna Power Editor.

Bila guna Power Editor, proses split test akan jadi tersangat mudah.

Apa Itu Split Test FB Ads & Cara Buat Dengan Mudah

Apa Itu Split Test FB Ads & Cara Buat Dengan Mudah

Apa Itu Split Test FB Ads & Cara Buat Dengan Mudah

Kalau rasa macam tak reti nak guna, tak berani nak guna, saya cadangkan anda dapatkan Pakej Video Power Editor.

Ianya di reka khas untuk anda yang baru nak kenal Power Editor.

Tak tahu apa itu Power Editor? Anda boleh baca entry ini –> Apa Itu Power Editor

Boleh Tolong Share?

Sekian saja perkongsian kali ini. Mohon jasa baik anda untuk sama-sama kongsikan entri ini kalau anda rasakan ianya bermanfaat 🙂

Nak Video Panduan Facebook Ads Terkini? Percuma Sahaja!

Hanya Masukkan Nama & Alamat Emel Anda Dan Klik Butang 'Download Sekarang!'

artikel berkaitan

9 thoughts on “CPC Vs oCPM – Jenis Bid Yang Mana Satu Patut Anda Guna?”

  1. setakat ni mmg ocpm senang nak dapat kos per klik murah dan ads pun cepat approve tapi kenapa bila naik kan budget je kos per klik pun naik.

  2. Terima kasih info…pernah sekali boost post, dah stop dan memang dipost tersebut ‘nampak’ stop rupa-rupanya masih berjalan apabila lihat di akaun advertising. Parah, hari tu terbang RM260. Serik!! Facebook bukan kira silap tak silap, janji akaun potong!!!

Leave a Reply to Muaz Cancel Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Nak Video Pemasaran Facebook Percuma?

Nak Video Pemasaran Facebook Percuma?

Masukkan details anda di bawah untuk muat turun pakej video percuma daripada saya.

You have Successfully Subscribed!

Shares
Scroll to Top