4 Tips Khas Buat Lelaki Yang Ingin Subur

Assalamualaikum dan Salam Ukhuwwah,

Entri kali ini menyentuh topik yang agak panas dan menarik – Tips Untuk Meningkatkan Kesuburan,Khas Untuk Lelaki. Tips-tips yang akan saya kongsikan ini sesuai untuk…

  • Suami isteri yang dah lama menantikan kehadiran cahaya mata
  • Suami isteri yang teringin nak tambah lagi anak
  • Pasangan baru kahwin yang dah tak sabar menimang baby
  • Pasangan yang akan kahwin dan ingin memastikan diri subur ala-ala bunting pelamin
Ketahui 4 cara untuk meningkatkan kesuburan bagi lelaki
Setiap Ayah Inginkan Anak…

Jadi, jom kita mulakan!

Cara #1 – Elakkan Perkara Yang Boleh Mengurangkan Kesuburan

Biasa dengar tak pepatah di bawah?

Mencegah lebih baik daripada mengubati…

Haa, samalah kesnya dengan kesuburan. Elakkan perkara-perkara yang boleh menganggu kesuburan anda. Antaranya:

1. Jangan Pakai Seluar Yang Ketat

Ini termasuklah seluar dalam yang ketat dan juga seluar jeans. Pastikan ada pengudaraan di kawasan ‘tersebut. Ada juga kajian yang mengatakan pemakaian boxer adalah lebih baik untuk kesuburan berbanding seluar dalam.

Pakaian yang longgar lebih elok untuk kesuburan kerana ia memberi pengudaraan kepada alat sulit
Pakai Boxer Lagi Bagus Dari Spender?

Nak lagi bagus, pakailah kain pelikat selalu. Dijamin pengudaraan terbaik punya!

2. Kurangkan Pendedahan Kepada Bahan Kimia dan Radiasi

Sinaran-X dan juga bahan-bahan kimia seperti racun serangga dikenalpasti boleh menganggu penghasilan sperma dan menyebabkan anda tidak subur.

Radiasi seperti sinaran-x boleh mematikan sperma dan menurunkan tahap kesuburan
Radiasi Sentiasa Berbahaya

3. Elakkan Suhu Yang Terlalu Panas

Sauna atau mandian air panas yang terlalu lama tidak elok untuk kesuburan kerana ia boleh menyebabkan kilang telur anda kepanasan sekaligus mematikan sperma yang sangat berharga.

Menggunakan laptop di atas riba juga dikatakan boleh menganggu kesuburan kerana haba yang dihasilkan akan terhala ke bahagian sulit lelaki. Seboleh mungkin, letak alas yang boleh menghalang haba tersebut membunuh sperma anda.

Penggunaan laptop di atas riba ada berbahaya dan mematikan sperma-sperma sekaligus menjadikan diri tidak subur
Jangan Gunakan Laptop Seperti Ini. Sayangi Sperma Anda!

Cara #2 – Amalkan Pemakanan Yang Sihat

Pemakanan yang sihat sangat penting untuk memastikan kesuburan anda terjaga. Berikut adalah 3 tips pemakanan yang boleh anda amalkan:

1. Dapatkan Banyak Antioksida

Kajian demi kajian menunjukkan antioksida boleh membantu meningkatkan kandungan sperma lelaki. Kandungan sperma yang tinggi (atau juga disebut sperm count) penting untuk kesuburan.

Dapatkan makanan yang kaya dengan Vitamin C, Vitamin E dan Coenzyme Q10 yang terbukti mampu meningkatkan kesuburan. Contoh makanan adalah seperti buah-buahan, sayuran-sayuran, bijiran, protin dari daging putih (ayam, ikan dan makanan laut) serta produk tenusu.

2. Amalkan Pengambilan Suplemen

Dapatkan suplemen yang kaya dengan Vitamin C, Vitamin E, Coenzyme Q10, selenium, zinc dan juga asid folik. Vitamin-vitamin ini terbukti boleh meningkatkan kualiti dan kuantiti sperma untuk lelaki.

Info: Anda berminat untuk mencuba suplemen semulajadi Shaklee untuk membantu kesuburan suami dan isteri? Boleh hubungi saya di 019 457 3457 atau isteri saya, Khadeejah di 019 409 3457 😉

3. Elakkan Makanan Yang Membunuh Sperma

Minuman beralkohol dan daging merah dikaitkan dengan sebagai pemakanan yang menganggu kesuburan. Sebagai orang Islam, memang sah-sah lah anda tak boleh minum minuman beralkohol.

Daging merah tidak boleh dimakan terlalu kerap kerana ia tidak elok untuk kesuburan
Terlalu Kerap Makan Daging Tak Elok

Cara #3 – Amalkan Gaya Hidup Yang Sihat

Gaya hidup yang sihat adalah antara cara yang paling mudah tapi selalu dipandang remeh.

1. Berhenti Merokok & Jauhi Perokok

Kalau anda seorang perokok dan inginkan anak, sila berhenti merokok sekarang. Rokok dan asap rokok boleh menganggu kesuburan suami dan juga isteri.

Merokok dan berdamping dengan perokok adalah berbahaya untuk kesuburan
Sila Berhenti Merokok

Selain itu, memang tiada manfaat yang diperolehi daripada merokok selain daripada merosakkan badan yang dipinjamkan oleh Allah kepada kita. Asap rokok juga sangat berbahaya kepada orang sekeliling.

2. Kurangkan Stres

Stres yang terlampau tinggi boleh menganggu penghasilan dan keseimbangan hormon di dalam badan. Ini termasuklah hormon-hormon yang membantu penghasilan sperma.

Stres yang keterlaluan menganggu hormon yang menghasilkan sperma
Stres Yang Keterlaluan Merugikan Anda

Cuba cari cara untuk mengurangkan stres seperti bersukan, melakukan aktiviti yang disukai dan pergi bercuti. Jangan terkejut kalau ada orang yang terus mengandung selepas bertukar kerja.

3. Dapatkan Berat Badan Yang Ideal

Orang yang terlalu kurus atau terlalu berisi dan obes adalah berkemungkinan tinggi untuk mempunyai kandungan sperma yang rendah serta menghasilkan sperma yang ‘cacat'. Kalau sperma cacat, macam mana dia nak tembus ovum?

Berat badan juga memainkan peranan dalam proses kesuburan
Kegemukan Boleh Mengundang Ketidak-Suburan

4. Jangan Ketagih Dadah

Penyalahgunaan dadah boleh menyebabkan sperma mati. Ada juga dadah yang boleh mengecutkan ‘kilang sperma' sekaligus menghilangkan kelelakian seorang lelaki.

Cara #4 – Dapatkan Khidmat Pakar

Jika anda dah cuba semua cara, silalah berjumpa dengan pakar untuk memeriksa punca anda tidak subur
Dapatkan Konsultasi Pakar

Kadang-kadang anda dah cuba semua cara di atas tetapi masih gagal untuk mendapatkan cahaya mata. Sebelum anda pasrah dan menyerahkan kepada ‘soal rezeki' semata-mata, silalah bertanya pada yang pakar. Ada kemungkinan masalah anda berpunya daripada penyakit-penyakit tertentu yang perlu diubati terlebih dahulu.

Adakah tips-tips di atas berguna untuk anda? Jika ianya berguna untuk anda, pasti ianya berguna untuk rakan-rakan anda. Jemputlah share entri ini di Facebook dan Google+ supaya mereka juga boleh beroleh manfaat.

P.s. – Insya-Allah nanti saya akan kongsikan senarai vitamin-vitamin yang boleh meningkatkan kelelakian anda… Tunggu!

Sumber rujukan – How to Increase Fertility in Men

Belajar sesuatu dari artikel di atas? Jika ya, boleh klik butang di bawah untuk share dengan rakan lain @ tinggalkan sebarang soalan @ cadangan di bawah apa yang anda belajar. 👇🏻

Leave a Reply to AUC Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

32 Comments

  1. Assalamualaikum, saya nak tanya.. saya kerap beronani sebelum ni, tapi tidak selalu.. mksd nye mungkin dalam 2 minggu sekali.. tetapi dalam percubaan untuk berhenti. Dan sekarang, sudah 1 tahun tidak buat.. so, soalan saya nak tahu, mcm mana nak kenalpasti sperm kita tu subur atau sihat ke tidak untuk ingin mendapat cahaya mata.? Melihat warna nye ke? Kalau air mani tidak putih pekat dan warna nya hanya putih kelabu air, apa tanda nye tu? Hope balas