Cara Bayar FB Ads Dengan Mudah & Selamat

Cara Mudah & Selamat Bayar FB Ads

Sejak Facebook melayan hampir semua kad debit sebagai ‘Manual Payment', ramai yang mula pening kepala mencari cara yang paling selamat & mudah untuk buat FB Ads.

Bukan nak kata ‘Manual Payment' tak bagus, cuma risikonya agak tinggi sebab:

  1. Kena topup @ bayar dulu, baru iklan kita boleh jalan (ala… macam guna prepaid dalam phone).
  2. Baki dalam akaun iklan tak boleh dikeluarkan & akan ‘burn' kalau akaun tiba-tiba kena flagged.
  3. Bila dah guna ‘Manual Payment', tak boleh nak tukar ke ‘Automatic Payment' @ tukar kad lain.

Tak Faham Beza Manual Payment Dengan Automatic Payment?

Kalau anda tak faham tentang dua jenis cara pembayaran ini, boleh baca perkongsian saya sebelum ini di Page Firdaus Azizi (boleh Like page saya kalau anda masih belum Like).

Ini post tersebut…

Dan juga post yang ini…

Dulu Saya Biasa Rekemen Guna AirAsia Ezpay

Dulu, biasanya saya akan rekemen orang untuk guna AirAsia Ezpay (seperti dalam post di atas tu).

Tapi bulan lepas saya dapat berita yang agak mengejutkan iaitu AirAsia Ezpay sudah menutup permohonan baru bermula 1 Julai 2016.

Alamak! Nak Buat Macam Mana Ni?

Alhamdulillah, walaupun AirAsia Ezpay sudah ditutup untuk permohonan baru, anda masih ada alternatif lain yang boleh digunakan dengan mudah & selamat.

Memperkenalkan…

AirAsia BIG Prepaid Virtual Card

Haa…

Walaupun dah tak boleh nak apply untuk kad Ezpay, AirAsia telah menyediakan alternatif dengan memperkenalkan kad BIG Prepaid versi virtual.

Anda boleh apply kad debit ini secara online melalui website BIG Prepaid.

Proses untuk apply kad ini sangat mudah dan boleh siap dalam masa tak sampai 10 minit.

Video Cara Apply BIG Prepaid Virtual Card

Masih tak faham cara nak apply kad BIG Prepaid ini?

Anda boleh tonton video percuma selama 10 minit yang saya rakam khas untuk anda.

Boleh Tolong Share?

Saya pasti artikel ini sangat bermanfaat untuk anda dan juga usahawan lain di luar sana.

Harap anda boleh tolong Share artikel ini supaya lebih ramai yang dapat belajar ilmu yang bermanfaat ini.

Belajar sesuatu dari artikel di atas? Jika ya, boleh klik butang di bawah untuk share dengan rakan lain @ tinggalkan sebarang soalan @ cadangan di bawah apa yang anda belajar. 👇🏻

Leave a Reply to Mus Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

One Comment