dropship kartel

3 Strategi Scale Up Bajet Iklan Guna Target Audience Berbeza

“Iklan Facebook dah perform. Macam mana nak scale up bajet supaya dapat lebih banyak sales?”

Mesti ada yang tertanya-tanya kan apa langkah seterusnya yang kita boleh buat.

Nampak macam mudah untuk scale up bajet iklan tapi…

Rasa cuak juga sebab risau nanti dah letak bajet tinggi, tiba-tiba kos iklan mula kelaut dan jadi lagi mahal.

Asalnya, iklan dah okay.

Takut bila scale up bajet, jadi sebaliknya pula. Nak buat iklan yang menjadi ni bukannya senang.

Di satu sisi pula jika kita tak scale up, bagaimana bisnes nak berkembang dan dapat capai target yang besar?

Aduh…

Macam mana nak buat keputusan yang tepat ni?

Jadi, kali ini saya nak kongsikan 3 strategi yang saya guna bila nak scale up bajet dari 3 angka sehari kepada 4 angka sehari untuk klien, menggunakan audience-audience berbeza.

Disclaimer: Apa yang saya akan kongsikan adalah cara sendiri yang sesuai untuk scale up bajet klien dalam niche NGO di bawah jagaan saya. Anda boleh customize ikut niche bisnes sendiri.

#1 Buat Iklan Kepada 3 Jenis Market

3 jenis market tersebut adalah Hot Market, Warm Market dan Cold Market.

Okay, apakah yang dimaksudkan dengan 3 jenis market ni?

1. Hot Market

Hot Market biasanya terdiri daripada mereka yang sudah menjadi pelanggan kita. Yang mempercayai kita.

Mereka adalah orang yang sangat-sangat kita perlu jaga.

Jika ada informasi atau promosi terbaru, mereka inilah orang pertama yang kita harus maklumkan.

Kita boleh buat iklan yang menjual terus (hard sell) kepada mereka.

Kerana mereka pernah membeli dan menyerahkan duit untuk dapatkan produk atau servis daripada kita.

2. Warm Market

Mereka ini pula lebih kepada kategori prospek iaitu orang yang mengenali apa brand kita, tahu kita ini siapa dan buat bisnes apa.

Namun, mereka masih belum membeli produk atau servis kita.

Misalnya:

1. Likers

Ini adalah orang yang dah Like Page kita. Mereka dah kenal dan follow page bisnes kita.

2. Website Visitor

Mereka merupakan yang pernah masuk website kita yang di track oleh FB pixel yang kita dah ‘tanam’ atau letak dalam website.

Tak perlu guna website yang macam FirdausAzizi.my ini pun takpe.

Shorby Smart Pages, KlikSini.my atau OnPay.my pun boleh jadi seakan-akan website.

Di bawah ini adalah contoh Shorby Smart Page yang ala-ala simple website.

Contoh Shorby Smart Pages

Yang penting, bila kita guna platform-platform di atas, kita boleh letak Facebook Pixel untuk kumpul Website Custom Audience bagi tujuan Retargeting.

3. Video Viewers

Video viewers ini bermaksud orang yang pernah tengok video di Page kita. Cumanya ketika kita buat iklan custom audience (CA) video viewers nanti, kita kena select semua video yang sudah diupload di page kita.

4. Page Engagement

Kategori ini pula adalah lebih kepada orang yang pernah engage seperti like, komen dan share dengan page kita.

Jadinya, untuk kategori “warm market” ini, kita kena buat iklan retargetting bagi 4 kategori audience di atas.

Ini supaya mereka sentiasa ingat semula brand, produk atau servis kita sehingga mereka membeli dengan kita.

Antara iklan yang sesuai dibuat adalah iklan jenis testimoni dan juga perkongsikan content-content yang bermanfaat untuk buatkan mereka semakin percaya.

Manusia perlukan pengulangan agar mereka sentiasa ingat brand, produk atau servis kita.

Sebab itu kebanyakan syarikat besar masih membuat iklan di media massa dan sosial media sehingga sekarang walaupun dah ramai yang mengenali mereka.

3. Cold Market

Cold market pula lebih kepada orang yang tidak pernah tahu atau kenal tentang brand, bisnes dan produk kita.

Biasanya, mereka ini terdiri daripada orang yang belum like page kita, tidak pernah nampak lagi iklan kita dan bukan orang yang kita pernah target sebelum ini.

Untuk mereka ini, sekurang-kurangnya kita kena kenalkan dulu siapa kita (know) sebelum masuk ke fasa “Like” dan “Trust”.

Contoh Funnel Know Like Trust
Contoh “Know – Like – Trust” Funnel (Sumber: https://stitchcraftmarketing.com/)

Kita boleh buat 2 jenis Lookalike Audience untuk digunakan dalam “Cold Market”.

Satu Lookalike Audience guna data dari “Hot Market”, dan satu lagi Lookalike Audience guna data dari “Warm Audience”.

Lookalike Audience tu maksudnya kita nak create bakal customer baru yang lebih kurang sama dengan pattern hot dan warm market.

Anda boleh baca lebih lanjut tentang Lookalike Audience dari link ini.

Baca Juga:  Sales Funnel Dan Kepentingannya Dalam Bisnes Online

#2 Split Age

Lepas dah buat iklan mengikut market di atas (Hot, Warm, Cold), anda boleh juga cuba buat iklan dan mengikut range umur prospek.

Contoh pecahan range umur yang kita boleh buat adalah seperti:

  1. 18 – 24 tahun
  2. 25 – 34 tahun
  3. 35 – 44 tahun
  4. 45 – 54 tahun

Nak split audience mengikut range umur ni pun sangat mudah.

Ini 3 langkah yang perlu dibuat.

1. Tick kempen yang kita nak split age audience nya > pergi ke tab Adset.

2. Tick 1 audience yang kita nak split age > tekan duplicate button di atas (ada butang hijau Create > Duplicate. Klik di situ). Ada arrow > kita akan jumpa “Split Audiences”. Klik situ.

3. Tekan “Add an adset” dan adjust age yang kita nak split. Bila dah selesai > klik “Create Ad Sets”

Dengan ikuti cara di atas, kita dapat buat auto split age berbanding dengan kita kena setup satu demi satu iklan untuk pecahkan age ikut audience.

Jimat dah masa di situ.

Selesai kita set up satu kategori audience, kita boleh buat untuk audience lain pula.

Baca Juga:  3 Cara Untuk Naikkan Bajet Iklan Di Facebook Dengan Selamat

#3 Split Others

Selain daripada pecahkan audience mengikut umur, kita juga boleh pecahkan audience mengikut jantina.

Boleh juga cuba yang masih single atau dah berkahwin.

Tambah lagi, split boleh dibuat mengikut location.

Terutama yang ada kedai sendiri.

Boleh target dalam sekitar radius 15km hingga 30km daripada lokasi kedai anda.

Bagi yang tiada kedai, kita target ikut bandar-bandar utama dalam suatu negeri. Seperti Kuala Lumpur, Cheras, Bangi, Putrajaya dan Shah Alam untuk negeri Selangor.

Target buat iklan untuk satu-satu negeri pun boleh. Misalnya, Negeri Sembilan saja, Johor saja dan Melaka saja.

Kat situ, kita dapat tahu mana satu yang okay untuk niche bisnes kita dan bawa pulangan sales yang lebih tinggi.

Sebenarnya bila dah split audience kepada beberapa bahagian, kita akan ada banyak audience dalam satu kempen.

Kat situ, boleh la kita besarkan bajet maksimum RM30 per adset atau guna Campaign Budget Optimization (CBO).

Jelas setakat ini?

Harap artikel ini dapat bantu anda.

Jika bermanfaat, silakan klik butang share di bawah supaya lebih ramai dapat manfaat.

Mahu Team FAMES bantu Anda buat iklan Facebook Ads?

Team FAMES akan luangkan masa bersama anda selama 180 minit untuk :

  • Analisis iklan anda.
  • Kenalpasti apa puncanya.
  • Beritahu strategi yang anda boleh guna untuk selesaikan masalah iklan Facebook.

Best ke best?

Jika nak tahu lebih lanjut, anda boleh tekan button di bawah.

Nak Video Panduan Facebook Ads Terkini? Percuma Sahaja!

Hanya Masukkan Nama & Alamat Emel Anda Dan Klik Butang 'Download Sekarang!'

artikel berkaitan

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Nak Video Pemasaran Facebook Percuma?

Nak Video Pemasaran Facebook Percuma?

Masukkan details anda di bawah untuk muat turun pakej video percuma daripada saya.

You have Successfully Subscribed!

Shares
Scroll to Top