Cara “Optimize” Iklan Facebook Ads Gaya Pro

“Optimize” iklan merupakan  satu proses yang rumit & sering kali saya menerima keluhan daripada peniaga yang beriklan menggunakan Facebook Ads.

Antara keluhan tersebut adalah:

“Macam mana nak buat ya? Duit dah banyak habis tapi “lead” satu pun tak masuk..”

“Kenapa tiba-tiba kos per lead jadi mahal ya? Minggu lepas ok je..”

“Aku dah cuba macam-macam cara tapi kenapa asyik tak ok iklan aku ni! Stress..”

Kadang kala kita rasa masalah pada A tapi sebenarnya pada B.

Begitu juga sebaliknya.

Kadang kala kita sangka penyelesaian untuk masalah A ini B, walhal boleh jadi C, D, E dan sebagainya.

Berdasarkan pengalaman team FAMES menguruskan iklan klien, kami berjaya untuk menemukan satu cara paling mudah dan berkesan untuk optimize iklan dengan baik.

Baca sampai habis untuk tahu “rahsia” yang saya nak bongkarkan.

Namun begitu, sebelum saya kongsikan tentang cara itu, ketahui dulu apa yang dimaksudkan dengan “Ads Optimization”.

Menurut Know Online Advertising, “Ads Optimization” adalah mencari jalan atau cara lain yang lebih menjimatkan kos dan memberi pulangan yang tinggi (positif). 

Ianya boleh dicapai dengan mengubah beberapa faktor yang kemungkinan menjadi sebab utama iklan itu berkesan atau gagal. 

Mungkin anda pernah dengar perkara ini suatu ketika dulu…

#Cara Analisis Iklan Sebelum Tahun 2017

  1. Jika LEADS KURANG, tapi komen dan share tinggi, maka masalah pada OFFER.
  2. Jika LEADS BANYAK, tapi susah nak tukar prospek jadi pembeli, maka masalah pada CLOSE SALE.
  3. Jika LIKE banyak, tapi komen dan leads rendah, maka masalah pada HEADLINE atau GAMBAR.

Cara ini bukan sudah tidak berkesan, tetapi pada saya ianya agak kurang tepat untuk kita gunakan tanpa berdasarkan fakta yang jauh lebih jelas.

#Cara Analisis Iklan Semasa Tahun 2017

  1. Jika LEADS KURANG, kemungkinan masalah pada KUALITI AUDIENCE, HEADLINE, GAMBAR dan sebagainya.
  2. Jika CONVERSION RATE KURANG, kemungkinan masalah pada CLOSE SALE, TARGET AUDIENCE dan sebagainya.

Sukar untuk kita ketahui mana satu yang memberi satu punca yang jelas dan tepat untuk kita ubah supaya kita dapat memaksimakan pulangan dari pelaburan iklan yang kita jalankan.

Kami dalam team FAMES berpengalaman menguruskan lebih daripada 15 klien berbagai niche dan sehingga ke saat ini, kami tidak menemukan satu solusi jelas untuk semua masalah secara spesifik.

Tapi! Seperti yang saya sebutkan di atas, kami berjaya menemui satu “cara” paling berkesan buat masa ini untuk menguji apa yang memberi faktor iklan tersebut berjaya atau gagal.

Disclaimer: Proses ini nampak rumit dan mungkin ada yang kurang bersetuju, saya hormati pandangan anda, tetapi ini yang telah terbukti berjaya dalam kempen iklan yang saya dan team jalankan. 

Berikut merupakan kronologi bagaimana saya dan team menguji dan mencari jalan untuk optimize iklan klien dengan lebih baik.

#Cara Optimize Iklan Gaya PRO

  1. Jalankan minima 2 iklan pada satu-satu masa.
  2. Pastikan hanya semua komponen lain dimalarkan dan hanya 1 komponen yang diuji pada satu-satu masa.
  3. Jalankan iklan tersebut selama minima 3 hari dengan bajet RM30/hari.
  4. Bezakan keyword pada “Call-to-action” untuk kenalpasti lead datang dari iklan yang mana.

Untuk mudah faham, di sini saya beri contoh “casestudy buatan” untuk rujukan.

Faris menjalankan perniagaan produk kecantikan bernama FARISCOMEY SKINCARE. Beliau sudah mula berniaga pada Julai 2017 dan hanya pandai beriklan menggunakan Facebook Ads.

Sejak mula beriklan, beliau tidak pernah mengalami iklan mahal mendadak.

Kalau iklan tak ok sedikit, kebiasaannya beliau akan tutup iklan tersebut dan terus buat iklan baru tanpa optimize iklan sedia ada yang berkemungkinan masih baik jika dibaiki.

Menurut data, iklan beliau berada pada tahap yang memberansangkan iaitu dengan kos per lead secara purata dalam seminggu serendah RM10 sahaja (Kpi beliau RM15/lead).

Namun malang tidak berbau, bermula awal bulan ini, iaitu November 2017, iklan beliau seolah-olah tidak menjadi.

Buat iklan baru tidak menjadi, cuba optimize iklan cara lama(seperti yang saya sebut di atas) tak jadi, pergi kelas Facebook Ads pun tak menjadi.

Beliau seolah hilang punca. Kemudian beliau bertemu salah seorang konsultan fames dan mengambil sesi 1 HOUR KONSULTASI 1-1 FAMES untuk ketahui punca dan cara atasi masalah iklan yang sedang beliau alami.

Selepas 30 minit sesi konsultasi, beliau dapat kenalpasti kemungkinan masalah iklan beliau pada:

  • Targetting tidak betul
  • Gambar tidak menarik
  • Headline tidak spesifik

30 minit seterusnya konsultan FAMES syorkan cara untuk ketahui yang mana satu punca masalah sebenar.

Cadangan Fasa Pertama – Uji Headline Mana Paling Berkesan

  1. Beliau jalankan 2 iklan pada satu masa dengan perbezaan pada mereka hanya pada HEADLINE.
  2. Beliau menetapkan SETTING YANG SAMA untuk kedua-dua iklan pada bahagian audience (Ad Set) dan juga pada gambar.
  3. Beliau jalan iklan Rm15/iklan/hari (Jumlah bajet Rm30/hari).
  4. Iklan headline A menggunakan keyword Whatsapp “Nak Cantik” manakala iklan headline B menggunakan keyword Whatsapp “Nak Comey”.
  5. Selepas 3 hari, beliau analisa keyword mana yang paling banyak masuk.
  6. Iklan yang dapat keyword tertinggi akan kekal , dan iklan yang keyword rendah akan ditutup.

Cadangan Fasa Kedua – Uji Gambar Mana Paling Berkesan

  1. Beliau jalankan 2 iklan pada satu masa dengan perbezaan pada iklan hanya pada GAMBAR sahaja.
  2. Beliau menetapkan SETTING YANG SAMA untuk kedua-dua iklan pada bahagian audience (AD Set) dan juga headline. (Headline yang digunakan adalah headline yang berjaya pada fasa pertama tadi)
  3. Beliau jalankan iklan RM15/iklan/hari (Jumlah bajet RM30/hari)
  4. Iklan gambar A menggunakan keyword Whatsapp “Nak Gebu” manakala iklan gambar B menggunakan keyword Whatsapp “Nak Gebas”.
  5. Selepas 3 hari, beliau analisa keyword mana yang paling banyak masuk.
  6. Iklan yang dapat keyword tertinggi akan kekal , dan iklan yang keyword rendah akan ditutup.

Cadangan Fasa Ketiga – Uji Targetting Mana Paling Berkesan

  1. Beliau jalankan 2 iklan pada satu masa dengan perbezaan pada mereka hanya pada setting audience (Ad Set).
  2. Beliau menetapkan SETTING YANG SAMA untuk kedua-dua iklan pada bahagian gambar dan juga pada headline.
  3. Beliau jalan iklan Rm15/iklan/hari (Jumlah bajet Rm30/hari).
  4. Iklan setting A menggunakan keyword Whatsapp “Nak Tahu” manakala iklan setting B menggunakan keyword Whatsapp “Nak Detail”.
  5. Selepas 3 hari, beliau analisa keyword mana yang paling banyak masuk.
  6. Iklan yang dapat keyword tertinggi akan kekal , dan iklan yang keyword rendah akan ditutup.

Selepas 3 fasa ini, beliau tahu:

  • Headline mana paling berkesan
  • Gambar mana paling berkesan
  • Targetting mana paling berkesan

Paling best anda boleh buat iklan baru tanpa perlu berteka teki dengan hanya menggunakan data yang anda sudah uji dan kaji.

“Ala lambatlah kalau asyik nak kena buat split test. Bila nak dapat pulangannya..”

Nak cepat?

  • Naikkan bajet split test dan kurangkan masa split test anda dari 3 hari ke 2 hari ataupun..
  • Jalankan ketiga-tiga fasa iklan di atas serentak (Ada 6 iklan jalan serentak)-> Kurang disyorkan untuk mereka yang kurang bajet iklan. Sesuai untuk mereka yang ada bajet besar dan tidak mahu tunggu lama.
  • Jika ingin buat juga, boleh tapi di atas risiko sendiri.

Jemput kongsikan artikel ini untuk kebaikan dan manfaat rakan-rakan lain juga ya.

Semoga bermanfaat!

Belajar sesuatu dari artikel di atas? Jika ya, boleh klik butang di bawah untuk share dengan rakan lain @ tinggalkan sebarang soalan @ cadangan di bawah apa yang anda belajar. 👇🏻

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *