“Tuan, boleh ke  saya nak naikkan sales dekat website saya guna FB Ads?”

Jawapannya mudah;

Mestilah boleh sangat, kalau kena caranya!

Pembelian melalui websites bukan satu benda yang asing bagi pengguna sekarang.

Walaupun teknik close sales melalui Whatsapp masih diguna pakai, tapi prospek sudah mula suka membeli melalui website.

Kehadiran marketplace seperti Lazada dan Shopee, secara tidak langsung telah memberi kesedaran kepada pembeli, betapa mudahnya membeli melalui website.

Klik itu, klik ini, bayar, done!

Tinggal tunggu barang sampai je.

Kalau dulu memang susah.

Sebelum nak tekan butang “Check Out”, customer fikir 10 sekali dulu.

“Boleh percaya ke tak ni?”

“Nanti barang sampai bila?”

“Kalau tak puas hati macam mana?”

Sekarang, Alhamdulillah dah lebih mudah dan meyakinkan.

Dan di antara kelebihan bila guna website ni, kita tak perlu close sales dengan customer guna WhatsApp.

Semua proses tu berlaku secara automatik dalam website kita, 24 jam sehari, 7 hari seminggu.

Tapi…

Ianya tak semudah dan seindah yang disangka!

Bila ada website sendiri, tak semestinya sales boleh terus “masyuk” dan menderu.

Kalau ada website yang cantik dan canggih, tapi takde orang masuk, susah juga nak buat sale.

Kita kenalah berusaha untuk tarik trafik masuk ke website kita, barulah tinggi peluang dan kemungkinan untuk mendapat jualan.

Ada banyak cara yang boleh digunakan untuk tarik trafik masuk ke website. Antaranya:

  • Facebook Ads
  • Google Ads
  • Search Engine Optimization
  • Guest Post
  • Social Sharing
  • Dan banyak lagi!

Dalam artikel kali ini, saya akan kongsikan dengan 3 cara yang untuk gunakan gabungan Facebook Ads dan “Facebook Pixel” bagi menarik trafik yang berkualiti.

Bila trafik yang masuk berkualiti, insyaAllah jualan lebih mudah berlaku.

Apa itu Facebook Pixel


Sebelum kita teruskan, kita kenalah tau dulu apa kebendalah Pixel ni kan?

Facebook Pixel adalah beberapa baris kod jenis Javascript yang  dipasang di dalam website dengan fungsi untuk merekod dan mengumpul data serta aktiviti pengunjung yang masuk ke website kita.

Pixel akan “trigger' setiap kali pelawat masuk ke website kita, tanpa mengira sumber trafik tersebut (tak semestinya dari Facebook sahaja).

Maksudnya…

Kalau ada pelawat masuk ke website kita dari Google pun Pixel boleh detect dan capture.

Kalau yang datang dari WhatsApp, emel atau SMS pun Pixel boleh detect dan capture juga.

Anda boleh lihat klik dan baca artikel di bawah untuk tau macam mana cara nak pasang Facebook Pixel dalam website anda.

Tapi kalau anda belum ada website, anda boleh juga baca artikel ini untuk cara masukkan Pixel dalam link ke WhatsApp.

Nak lagi bagus, belajarlah buat website sendiri.

Kos untuk setup website sendiri tak mahal mana pun.

Dan anda boleh belajar dengan mudah melalui Panduan Asas WordPress saya di sini.

3 Cara Untuk Tarik Trafik Berkualiti Guna Facebook Ads & Pixel

Bila dah pasang Pixel, ada 3 cara untuk kita gunakan Pixel tersebut.

  1. Website Custom Audience
  2. Conversion
  3. Retargeting

Dah ready nak naikkan sales website, jom kita start!

#1 Website Custom Audience

Salah satu tujuan utama kita pasang Pixel di website ini supaya kita boleh buat “Website Custom Audience” daripada orang yang masuk ke website kita.

Antara “Website Custom Audience” yang boleh dibuat dan sangat membantu adalah:

  • People Visited Your Website
  • People Add to Cart
  • People Initiate Checkout  
  • People Who Have Purchased

Pastikan anda pasang Pixel dengan betul, sekali dengan semua “Standard Event” yang Facebook support supaya anda boleh buat kesemua jenis Website Custom Audience di atas.

Untuk yang menggunakan platform WordPress, anda boleh guna plugin seperti Pixel Caffeine ataupun PixelYourSite.

At least, nanti bila anda nak run iklan, anda dah ada 4 jenis audience tambahan untuk retargeting.

Daripada anda asyik penat cari audience baru, kenapa tidak anda gunakan data orang yang pernah ke website anda, betul tak?

Sekurang-kurangnya mereka dah kenal brand anda, malah mungkin ada follower tegar yang sentiasa tunggu promosi terkini dari anda.

Next saya akan explain, objektif iklan apa yang sesuai untuk anda gunakan untuk bawak audien Facebook ke website.

2# Naikkan Jualan Guna Objektif Conversion

Anda dah pasang Facebook Pixel di dalam website, tetapi semuanya akan jadi sia-sia kalau takda orang pun nak singgah “jenguk” ke dalam website anda.

Untuk iklan, anda sendiri kena jelas apakah matlamat yang anda nak iklan capai.

  • Kalau nak customer engage, guna objektif engagement.
  • Kalau nak customer klik link, guna objektif trafik.
  • Tapi hari ni kita nak tahu macam mana nak naikkan sales, so gunalah objektif conversion.

Bila kita guna objektif ini, ia ada satu setting yang mana Facebook boleh optimizekan atau cari pattern orang yang suka membeli di website.

Secara tak langsung, iklan anda akan disasarkan kepada mereka yang ada behavior yang anda mahukan, iaitu membuat pembelian di website anda.

Daripada pengalaman, kami pernah test buat iklan menjual bawa ke website menggunakan objektif iklan messenger, conversion dan traffic.

Hasil result yang kami peroleh, kos untuk mendapatkan 1 jualan daripada iklan objektif conversion, jauh lebih murah daripada objektif yang lain.

So, nanti lepas baca post ni, anda dah boleh cuba run iklan ke website menggunakan objektif conversion untk tarik lebih ramai audience membeli di website anda.

Next, saya akan explain bagaimana nak gunakan data custom audience dari Pixel anda untuk buat iklan retargeting.

3# Buat Iklan Retargeting


Anda mungkin tertanya-tanya…

“Kalau saya dah ada database daripada Pixel, saya run iklan macam biasa atau ada tips yang lebih efektif untuk target mereka?”

Untuk buat iklan bagi mereka yang pernah ke website anda, adalah lebih baik anda jalankan iklan khas untuk sasar kepada mereka.

Namun saya suggest anda fokus kepada :

  • Mereka yang add to chart
  • Dah masuk ke page pembelian 
  • Mereka yang pernah membeli di website

Jadi, kita boleh buat 3 layer retargeting untuk funnel iklan.

Setiap funnel susun strategi berbeza, kerana setiap audience ada behaviour yang berbeza.

Namun, yang paling penting kita tahu, data yang ada ni adalah orang yang dah kenal kita.

Saya suka menggunakan konsep seperti iklan Mc Donalds, dan KFC.

Walaupun brand mereka dah kuat, tapi mereka tak pernah stop buat iklan untuk “ingatkan” pelanggan mereka.

Perlu ke kerap buat iklan?

Mestilah, takkan anda tak nak orang kenal brand anda, betul?

Lagi kerap customer jumpa iklan kita, lagi mereka ingat dan percaya kepada brand kita.

Disebabkan saya suka konsep iklan Mc Donalds, saya menggunakan objektif iklan “Reach” untuk retarget audience-audience yang dah kenal brand client.

Anda boleh jugak guna objektif lain, tetapi nasihat saya, ikut apa matlamat iklan anda.

Kesimpulannya, manfaatkanlah tool-tools power yang percuma macam Facebook Pixel ni.

Sayangnya kalau kita dah spend kos iklan , trafik website dah ramai, tapi data-data trafik tu tak direkod dalam pixel.

So jika anda ada website tapi masih takda Facebook Pixel ni, rajin-rajinlah masukkan Facebook Pixel dalam website tu.

InsyaAllah dengan adanya data-data yang dicapture oleh pixel, anda boleh kejar lebih ramai trafik untuk jadi customer anda.

Perlukan bantuan kami berkenaan Facebook Pixel?

Jika anda perlukan bantuan untuk kami guide bagaimana gunakan data dari Pixel dengan lebih details, anda boleh sertai Bootcamp Unboxing Funnel Master 5x.

Klik butang di bawah untuk info lanjut tentang Bootcamp.