Blog Firdaus Azizi

Cara Mulakan Bisnes Online Anda Sendiri Dengan 3 Langkah Mudah!

Cara Mulakan Bisnes Online Dengan Mudah

Sejak kos sara hidup semakin meningkat, ramai yang mula mencari cara untuk mulakan perniagaan sambilan tanpa kos ataupun dengan modal yang minima.

Alhamduluillah, beberapa minggu lepas saya ada terima emel daripada Tuan Irfan Khairi yang berkongsi satu formula mudah untuk anda yang nak mulakan bisnes secara part time di Internet.

Formula tersebut diberi nama Langkah 3P.

Baru nak belajar buat bisnes di Facebook? Dapatkan video panduan percuma dari link ini.

Formula Mulakan Perniagaan Internet Dengan Mudah

Ini adalah 3P yang terkandung dalam Langkah 3P.

P – Produk

P yang pertama semestinya adalah produk atau perkhidmatan yang kita nak jual.

Kalau takde produk, macam mana nak buat bisnes kan?

Untuk perniagaan sambilan, Irfan Khairi galakkan cari satu produk berdasarkan minat ataupun hobi kita.

Bila kita jual sesuatu yang kita minat, yang kita ada passion, biasanya kita akan lebih bersemangat and seronok.

Jangan terlalu mudah terikut-ikut dengan bisnes yang orang lain buat.

Contoh:

Kita nampak orang jual simkad macam best jer.

Macam senang jer dia dapat ratus-ratus atau ribu-ribu sebulan.

Itu dia…

Kita belum tentu.

Lagi satu cabaran kalau jual produk yang kita tak minat dan kadang-kadang tak pernah cuba pun adalah kita akan mudah putus asa bila gagal dapatkan jualan.

Saya sendiri pernah hadapi masalah yang sama dulu (2 bisnes tutup kedai tak sampai 3 bulan).

Baca Juga:  Nak Power Menjual, Kena Kahwin Dulu. Betul Ke?

P – Platform

Bila anda dah tentukan apa produk atau perkhidmatan yang anda nak jual, tibalah masa untuk anda pilih apa platform yang anda nak guna.

Contoh platform (ataupun bahasa lain – channel pemasaran) adalah:

  1. Facebook
  2. Instagram
  3. Twitter
  4. Blog
  5. Email
  6. Minisite
  7. Dan banyak lagi…

Irfan Khairi nasihatkan supaya kita mula dengan platform yang kita dah biasa guna.

Contohnya kalau kita dah memang familiar dengan Facebook & Instagram, guna jelah 2 platform tersebut dulu.

Tak perlu bazir masa nak cuba buat website, blog, shopping segala bagai yang kita memang tak pernah cuba pun sebelum ini.

Bila dah maju dan nak berkembang, barulah kita explore platform-platform lain yang dirasakan sesuai untuk bisnes kita.

P – Pemasaran

Produk dah ada…

Platform pun kita dah pilih.

Sekarang masanya untuk kita mula mempromosikan produk kita.

Setiap platform ada teknik promosi yang tersendiri.

Cara promosi di Facebook, tak sama dengan cara di Instagram.

Kalau guna Blog, lagilah berbeza berbanding dengan media sosial.

Jadi pastikan anda belajar cara promosi yang betul untuk setiap platform supaya anda tidak membazir masa mencuba macam-macam teknik secara semberono.

Baca Juga:  Cara Bayar FB Ads Dengan Mudah & Selamat

Ada Belajar Sesuatu?

Terima kasih sebab berjaya luangkan masa untuk baca sampai habis artikel ini. Saya harap ianya berbaloi!

Kalau anda rasa artikel ini bermanfaat untuk anda, saya harap anda boleh klik butang Share dan kongsikan dengan rakan-rakan anda yang lain.

Nak Belajar Cara Buat Bisnes di Facebook?

Anda boleh belajar cara untuk mulakan bisnes online anda sendiri di Facebook terus dari rumah anda dengan mendapatkan Pakej Video Facebook Ads 101 di bawah.

Cara Mulakan Bisnes di Facebook Dengan Mudah

Ini adalah pakej video yang anda boleh download dan tonton di rumah berkali-kali sampai faham dan hadam.

Bukan setakat itu, anda juga boleh bertanya sebarang soalan pada bila-bila dalam Support Group yang disediakan.

Berminat? Klik butang di bawah untuk membuat tempahan.

Sumber Rujukan – Langkah 3P untuk pendapatan tambahan online

Nak Video Panduan Facebook Ads Terkini? Percuma Sahaja!

Hanya Masukkan Nama & Alamat Emel Anda Dan Klik Butang 'Download Sekarang!'

artikel berkaitan

10 thoughts on “Cara Mulakan Bisnes Online Anda Sendiri Dengan 3 Langkah Mudah!”

  1. Trima kasih tuan sifu..byk sungguh ilmu baru yg saya dpt. Maklumlah..baru nk brjinak dgn biz online ni.. skali lagi..thanks sifu ?

  2. Sungguh banyak tips bermanfaat.. taktahu nak tambah apa lagi hehe.. terbaik kepada mereka di luar sana yang ingin menceburi dunia business online.. nasihat saya cuma satu.. perlu fokus satu-satu terlebih dahulu sebelum pergi ke fasa lain… contoh.. jika anda nak try teknik facebook.. cuba dulu yang tu sampai nampak hasil.. kalau semua teknik nak try akhirnya ke laut semua.. blogging nak buat, SEO nak buat, Adwords nak buat.. akhirnya semua ke laut.. sekadar beritau pengalaman diri sendiri

  3. Assalamu’alaikum wr.wb Sahabat firdaus… tulisan yang anda sajikan mengenai bisnes online sangatlah menarik. Hal lain yang penting dikerjakan adalah dengan merencanakan SEO secara konsisten dan memperluas jangkaun produk ke daerah lain dengan penambahan layanan.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Nak Video Pemasaran Facebook Percuma?

Nak Video Pemasaran Facebook Percuma?

Masukkan details anda di bawah untuk muat turun pakej video percuma daripada saya.

You have Successfully Subscribed!

Shares
Scroll to Top