3 Cara Mulakan Bisnes Online Dengan Mudah Tanpa Modal

Cara Mulakan Bisnes Online Dengan Mudah Dan Tanpa Modal

Dalam keadaan ekonomi negara yang semakin mencabar ini, ramai yang mula nak buat bisnes secara part time sebagai sumber pendapatan tambahan.

Dan sudah pasti ramai yang memilih untuk bermula secara online kerana kos ataupun modal yang diperlukan sangat rendah.

Paling penting, bisnes online ini boleh dibuat secara sambilan tanpa menjejaskan kerja utama.

Dalam artikel kali ini saya akan kongsikan 3 cara untuk anda mulakan bisnes online dengan mudah tanpa modal yang besar.

Berminat nak tau?

Pastikan anda baca artikel ini sampai habis.

3 Cara Mulakan Bisnes Online Dengan Mudah Tanpa Modal.

1# Buat Affiliate

Saya pilih affiliate sebagai cara yang pertama sebab bagi saya, ini cara paling mudah untuk buat bisnes tanpa perlu keluar satu sen pun.

Konsep affiliate adalah kita jual produk orang lain dengan hanya perlu promosi / war-warkan link yang diberikan khas untuk kita.

Bila orang buat belian menggunakan link tersebut, kita akan dapat komisen mengikut peratusan yang telah ditetapkan.

Ada banyak platform yang menyediakan peluang affiliate.

Ini antaranya:

  • Lazada (sesuai kalau anda kaki shopping online)
  • Agoda (sesuai kalau anda jenis suka travel)
  • Amazon (sesuai kalau anda suka beli barang dari oversea)

Pembeli biasanya tak akan tau yang mereka telah membeli menggunakan link affiliate anda sebab tempahan dan bayaran semuanya dibuat terus di website penyedia platform affiliate yang kita gunakan.

Maksudnya begini…

Kalau anda promosikan link affiliate Lazada, pembeli akan buat tempahan dan bayaran di website Lazada, bukan pada anda.

Jadi kerja anda sangat mudah; hanya tarik trafik masuk ke link tersebut.

Ada banyak cara yang anda boleh guna untuk tarik trafik masuk ke link affiliate anda. Antaranya:

  1. Selit link dalam artikel di Blog (atau buat artikel khas tentang produk tersebut, contohnya review produk)
  2. Share link di Facebook (boleh juga buat FB Ads)
  3. Blast emel / Whatsapp
  4. Letak link di bahagian description untuk video di YouTube

Komisen

Komisen untuk affiliate biasanya dibayar pada akhir bulan, ataupun bila jumlah komisen mencecah jumlah minima yang ditetapkan (bergantung pada platform).

Jadi kalau anda nak duit cepat, affiliate mungkin bukan pilihan yang tepat (pastikan anda baca segala Terms and Condition untuk tau bila anda akan terima bayaran).

Dari segi jumlah komisen pula, untuk affiliate produk fizikal biasanya dalam 5% ke 10%.

Kalau nak komisen yang lebih besar, boleh promosikan produk digital sebab biasanya komisen dalam 30% ke 50% (ada juga yang tawarkan komisen sehingga 90%).

(Klik sini kalau anda nak join sebagai agen affiliate untuk video-video panduan saya dengan komisen setinggi RM200)

2# Jadi Dropshipper

Selain daripada menjadi agen affiliate, anda juga boleh buat bisnes secara online dengan modal yang rendah kalau anda menjadi Dropshiper.

Konsep Dropship sedikit berbeza dengan Affiliate sebab bila jadi Dropshipper, pembeli akan beli & bayar pada anda.

Bila anda dah dapat bayaran daripada pembeli, anda perlu buat tempahan pula dengan pembekal dan pembekal tersebut yang akan hantarkan produk pada pelanggan anda.

Pembeli hanya akan berurusan dengan anda, dan biasanya tak akan tau siapa pembekal anda.

Kalau pembekal buat hal sekalipun (contohnya hantar barang lambat), pembeli tetap akan cari anda.

Pendek kata, semua urusan dengan pembeli adalah menjadi tanggungjawab anda.

Nampak lebih mencabar berbanding buat affiliate, kan?

Memang dropship lebih mencabar, tapi komisen juga biasanya lebih besar.

Dan paling best adalah sebab anda akan dapat ‘komisen' atau untung bersih sebaik sahaja pelanggan buat bayaran (sebab anda bayar pembekal harga agen yang lebih murah berbanding harga pasaran).

Nak try buat bisnes dropshop? Boleh lihat komen-komen daripada penyedia peluang dropship di post saya ini (di Facebook).

3# Kongsi Ilmu

Selain daripada buat affiliate dan jadi dropshipper, anda juga boleh buat bisnes dengan berkongsi ilmu yang melibatkan kepakaran anda.

Contoh bisnes yang melibatkan perkongsian ilmu adalah seperti:

  • Jual eBook / video panduan
  • Buat kelas / seminar / kursus
  • Khidmat konsultasi

Untuk mulakan bisnes seperti ini, anda tak perlu gunakan modal yang besar sebab semuanya boleh disediakan dengan kos yang rendah.

Anda hanya perlu kenalpasti apa kepakaran anda yang orang akan sanggup bayar untuk belajar.

Selepas itu anda perlulah cari dan yakinkan mereka untuk membeli panduan yang anda dah sediakan itu.

Nampak mudah dan untung besar kan?

Memang bisnes seperti ini menguntungkan, tapi proses untuk mencari prospek dan meyakinkan mereka untuk beli eBook anda atau join seminar anda bukanlah sesuatu yang mudah.

Boleh cuba kalau nak tau senang ke susah.

Macam Mana Nak Bermula?

Sekarang anda dah tau 3 cara untuk mulakan bisnes dengan mudah tanpa perlu keluar duit yang banyak.

Jadi pastikan anda mula bertindak sebab duit tidak akan datang bergolek begitu saja.

Kalau masih blur macam mana nak buat promosi yang berkesan, saya ada 2 panduan yang saya berani rekemen untuk anda (boleh klik kedua-dua link di bawah untuk info lanjut):

  1. Pakej Video Facebook Ads 101
  2. Pakej Video Cara Bina Website Dengan Mudah

Saya berani rekemen kedua-dua panduan di atas sebab saya hasilkan berdasarkan pengalaman saya sendiri dalam dunia Online Business sejak tahun 2011.

Ada Belajar Sesuatu?

Kalau anda ada belajar sesuatu yang bermanfaat daripada artikel ini, janganlah ‘makan sorang-sorang‘ jer!

Tolonglah klik butang ‘Share' untuk manfaat lebih ramai orang yang sedang mencari peluang buat bisnes tanpa modal!

Belajar sesuatu dari artikel di atas? Jika ya, boleh klik butang di bawah untuk share dengan rakan lain @ tinggalkan sebarang soalan @ cadangan di bawah apa yang anda belajar. 👇🏻

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

7 Comments

  1. Saya berminat dgn bisnes online yg ke3 iaitu berkongsi ilmu. Saya penulis byk bahan yg disimpan dlm computer. Tapi tak tau mcamana nak mula/target. Bagi masa 2/3 minggu utk Saya fikirkan, topiknya.