5 Cara Meyakinkan Pelanggan Dengan Baik

Keyakinan dan kepercayaan pelanggan kepada kita adalah sesuatu yang tidak ternilai harganya. Dari keyakinanlah, membuatkan seorang peniaga itu diiktiraf berkredebiliti.

Kredebiliti sebenarnya kunci untuk mudahkan segala transaksi duit berlaku di dunia. Jika seseorang itu mempunyai kredebiliti, segala percakapannya seakan menjadi dalil. Apa yang dia cakap, orang mudah nak percaya.

Pernah tak anda terfikir:

“Cara untuk yakinkan prospek tanpa guna testimoni tapi orang masih membeli dari kita?”

Jika anda pernah, saya pun pernah. Ternyata YA, memang ada caranya. Jadilah peniaga yang berkredebiliti tinggi. Anda jual mahal dari pesaing pun orang beli. Bahkan kalau anda tak jual orang akan marah.

Bestkan jadi peniaga yang berkredebiliti ini. Pelanggan yang cari dan perlukan anda. Bukan anda terhegeh-hegeh cari pelanggan.

Jadi dalam artikel kali ini saya akan kongsikan beberapa faktor yang boleh tingkatkan status anda menjadi seorang peniaga yang berkredebiliti tinggi.

1) Recommendation

Jika anda mahu orang percaya anda dengan cepat, cuba minta minta pendapat pihak ketiga tentang siapa anda dan apa yang anda boleh tawarkan.

Kalau boleh minta rekemen daripada mereka yang pernah berurusan dengan anda dan berpuas hati.

Minta mereka rekemen nama dan bisnes anda dekat kenalan rapat mereka. Biasanya, bila rakan mereka hubungi anda. Isu untuk anda buatkan mereka percaya jadi lebih mudah.

2) Endorsement

Jika sebelum ini anda minta pelanggan yang tolong rekemen. Endorsement pula adalah anda minta seorang yang pakar dalam bidang anda rekemen nama dan bisnes anda.

Anda berada dalam bidang kesihatan. Jika produk anda pernah digunakan oleh seseorang yang berpengaruh. Cuba minta jasa baik mereka untuk rekemen anda as a trusted seller.

Dengan cara ini, orang akan lebih mudah untuk percaya anda. Sebab, manusia akan percaya dengan apa yang disyorkan oleh orang yang mereka percaya.

3) Pengalaman

Sudah berapa lama anda menceburkan diri dalam bidang ini? Anda jual produk kesihatan. Anda pernah jadi trainer untuk bidang kesihatan. Sebutkan pengalaman itu dalam ayat iklan.

Contoh sekarang anda jadi ejen jual kek. Sebelum ini anda pernah jadi cikgu masak dekat kampung. Sebutnya pengalaman itu. Nampak remeh tapi powerful.

Bila anda sebut, ia serta merta akan naikkan kredebiliti anda sebagai penjual yang dipercayai.

4) Pengetahuan

Apa yang anda tahu menentukan status anda dimata masyarakat. Semakin banyak anda berkongsi ilmu, semakin naik kredebiliti anda sebagai peniaga yang dipercayai.

Kata kuncinya adalah educate. Sebab kita telah dilatih daripada kecik supaya percaya kepada siapa sahaja yang bagi ilmu bermanfaat dekat kita.

Kita telah dilatih untuk hormat guru. Jadi, bila seorang itu bagi kita ilmu. Kita akan anggap dia sebagai guru. Secara tak langsung tanpa kita sedar. Apa sahaja yang guru itu cakap, biasanya kita akan percaya.

5) Buktikan Kemampuan

Anda pernah jual produk kepada seseorang dan berjaya bantu mereka menjadi lebih baik? Alangkah elok jika anda rakam dan rekod setiap proses perubahan tersebut.

Sebab, manusia akan lebih mudah percaya kepada seseorang yang dah ada track rekod yang baik.

Jika anda anda track rekod mereka, minta izin untuk anda jadikan iklan menarik prospek baru. Manusia bila pertama kali berurusan dengan kita. Soalan yang biasa ditanya: “Kenapa aku kena dengar cakap kau?”

Dengan track rekod yang bagus, ia memudahkan anda dinobatkan sebagai peniaga yang berkredebiliti.

Kesimpulan

Apa pun faktor yang anda ada untuk tingkatkan kredebiliti. Jadilah peniaga yang jujur. Kerana dengan konsisten kita dengan kejujuran, lama kelamaan orang akan percaya kita.

Teruskan menimba ilmu, supaya boleh kongsikan ilmu. Dari berkongsi orang akan suka kita. Daripada suka orang akan percaya.

Jika anda mahu tahu lebih lanjut strategi beriklan supaya orang percaya anda, boleh lihat sini untuk hadir sesi konsultasi online selama 30 minit. Kadang-kala kita bukan tak tahu nak buat tapi tak yakin.

Sesi ini akan bantu anda faham apa yang perlu buat, apa yang tak perlu buat beserta pelan tindakan.

Belajar sesuatu dari artikel di atas? Jika ya, boleh klik butang di bawah untuk share dengan rakan lain @ tinggalkan sebarang soalan @ cadangan di bawah apa yang anda belajar. 👇🏻

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *