Cara Meriahkan Facebook Fanpage

Anda sekarang ini pasti mempunyai Facebook Page dan mempunyai Fan yang agak ramai.

Jumlah bilangan fan yang ramai tidak akan menjanjikan apa-apa kelebihan jika mereka hanya diam membisu kan?

Menjadi tanggungjawab anda sebagai pemilik fanpage untuk memastikan Fans anda take action dan berkomunikasi dengan anda.

Dalam artikel ini saya kongsikan 13 cara yang anda boleh guna untuk meningkatkan Engagement dengan fan @ Likers anda.

13 Cara Untuk Tingkatkan Engagement Dengan Fan di Page Anda

1# Tanya Soalan

Nampak macam simple sahaja..tetapi ianya memberikan kesan yang sangat besar.

Anda boleh akhiri setiap pos anda dengan bertanyakan soalan kepada Fans anda :

Contohnya :

“AGAK-AGAK MASIH ADA TAK ORANG MACAM NI DALAM ZAMAN KITA NI..TRY KOMEN SIKIT”

“MANA LAGI BEST PHONE ANDROID KE ATAU IPHONE”

“APA AKTIVITI U’OLLS HUJUNG MINGGU INI..KONGSILAH SEDIKIT..MANA TAU MUMMY BOLEH JOIN SEKALI”

Soalan-soalan sebegini akan menggalakkan Fans anda untuk komen dan seterusnya berinteraksi dengan anda. Barulah Fanpage anda tak senyap.

2# Gunakan Lenggok Bahasa Fans Anda

Jangan asyik post berkaitan diri sendiri..sekali sekala bercerita dengan menggunakan bahasa mereka..kebiasaanya kita nampak perkataan-perkataan ini digunakan dalam niche-niche yang tertentu.

Contoh Niche Sado :

“WHATSUPP BRO..DAH TRY “UBAT” YANG POWER NI KE?”

Niche Islamic :

“ANA INGIN MENJUAL PRODUK INI KHAS UNTUK ANTUM-ANTUM SEMUA”

Niche Fesyen :

“HARINI SIS NAK TUNJUKKAN DEKAT U’OLLZ PRODUK TERBARU DARIPADA BUTIK XYZ”

Niche keibuan :

“MOMMY JANGAN RISAU,PRODUCT INI SANGAT SESUAI DENGAN SI COMEL ANDA”

3# Updates Post yang pendek

Anda boleh update status anda dengan cara yang simple dan pendek sahaja, tak perlu nak panjang-panjang.

Sekarang  facebook ada featured post yang ada latar belakang yang berwarna-warni untuk mengalakkan orang ramai menggunakannya.

Untuk update yang panjang adalah lebih baik jika anda menggunakan blog post.

4# Post pada masa yang sesuai

Ini adalah kerana waktu-waktu ini dikenalpasti sebagai waktu puncak penggunaan Facebook.

  • Kebiasaanya waktu rehat di antara pukul 12.30 – 2.00 petang
  • Waktu balik kerja 4.30-5.00 petang
  • Waktu malam di antara jam 8.30 – 9.00 malam

Nak post pada waktu-waktu yang lain pun boleh, cuma tiga waktu di atas ini adalah yang digalakkan post.

5# Respond Secepat Mungkin

Pastikan anda respond dan jawab segala persoalan yang dikemukakan oleh Fans anda secepat mungkin.

Jika anda rasa tidak sempat untuk menjawab soalan-soalan ini, mungkin anda boleh jawab soalan-soalan tersebut dengan membuat sesi LIVE khas bagi menjawap soalan.

Seboleh-bolehnya jangan biarkan soalan mereka tidak terjawab.

6# Jawap dengan NAMA mereka

Bila hendak menjawab soalan tersebut, pastikan anda TAG nama mereka.

Ramai yang suka nama mereka disebut-sebut, lagi-lagi jika anda seorang influencer bagi mereka.

Secara tak langsung ini dapat meningkatkan hubungan dua hala anda dan fans anda.

7# Komen sendiri pada post

Sekali-sekala anda mencelah di antara komen-komen daripada Fans anda.

Ini untuk memastikan komen tersebut sentiasa keep on rolling.

Walaubagaimanapun, jangan komen di awal-awal komen tersebut. Komen apabila anda nampak bilangan orang yang komen semakin kurang.

8# Berikan Ucapan terima Kasih

Ucapkan terima kasih kepada Fans yang telah komen pada post anda.

Ini akan buatkan mereka rasa dihargai dan nak komen lagi di Page dan post anda.

9# Berikan Surprise kepada Fans Anda

Jangan asyik bercakap mengenai produk dan servis anda semata-mata.

Sekali-sekala mungkin anda boleh “Off-Topic” sedikit.

Contohnya…

Anda boleh masukkan kata-kata motivasi, Inspiratinal Quote daripada orang terkenal, ataupun mungkin kata-kata pujangga dari anda sendiri.

10# Gunakan TAG

Anda mungkin boleh tag fanpage atau individu yang anda rasa  berbaloi untuk diikuti bersama Fans anda.

Penggunaan Tag ini secara tak langsung membolehkan post anda dilihat pada wall orang lain.

Ini adalah satu teknik yang halus yang jarang diketahui orang ramai.

11# Beri Peluang Fans anda Berkongsi

Anda mungkin boleh memberi peluang kepada Fans anda untuk berkongsi bisnes yang mereka tengah lakukan ketika ini.

Cara ini paling berkesan untuk menggalakkan Fans anda untuk komen dan mempromosikan bisnes mereka.

12# Update Post lama

Ramai yang tak tahu yang anda boleh sahaja gunakan Content/Sharing yang pernah anda lakukan 5 tahun lepas dan update semula kepada Fans anda.

Teknik ini dipanggil ‘Content Re-Purposing' dan boleh digunakan jika anda dah tak ada idea bagaimana nak update post anda.

13# Monitor Prestasi Post Anda

Jika anda seorang yang perfectionist dan ingin melihat setiap engagement post anda, anda boleh menggunakan fungsi Page Insight di Page.

Facebook ada algorithm tersendiri untuk mengira peratus bilangan Fans anda yang Engaged dengan setiap post anda.

Setelah melihat post mana yang mendapat banyak engaged, anda boleh memperbanyakkan post sebegitu.

Belajar Sesuatu dalam artikel ini?

Jangan lupa untuk kongsikan artikel ini dengan rakan-rakan anda yang lain juga

Belajar sesuatu dari artikel di atas? Jika ya, boleh klik butang di bawah untuk share dengan rakan lain @ tinggalkan sebarang soalan @ cadangan di bawah apa yang anda belajar. 👇🏻

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *