dropship kartel

ROAS – Cara Kira Untung Rugi Bila Buat Iklan ke Website

Untung betul siapa yang dah ada website dan guna untuk buat jualan.

Pertamanya untung sebab senang nak close sale dengan prospek; tak perlu layan WhatsApp tak henti-henti.

Bila tak perlu layan WhatsApp, takdelah pening sangat nak hadap kerenah prospek yang kadang-kadang ada macam ragam kan?

Untung juga sebab website akan sentiasa beroperasi tanpa cuti; kiranya jualan boleh masuk 24 jam sehari, 7 hari seminggu, 365 setahun!

Dan yang paling penting…

Bila ada website, anda dapat simpan rekod database dan juga track performance jualan dengan mudah dan tersusun.

Yelah, semua rekod disimpan secara automatik di website.

Tak perlu nak susah payah catit setiap hari.

Nampak best kan bila ada website ni?

Tapi…

Macam mana sebenarnya cara nak pastikan iklan yang buat ke website betul-betul berkesan dan menguntungkan?

Salah satu caranya adalah dengan monitor ROAS.

Pernah nampak tak metrik ROAS ni?

Data ROAS ini hanya akan kelihatan kalau anda ada pasang Pixel di website anda dan set sekali untuk Conversion Tracking.

Untuk siapa yang takde website atau tak setup Pixel dengan tracking event, anda terpaksa kita ROAS secara manual.

ROAS = Return / Ads Spending

Siapa yang pernah godek-godek customize column Ads Manager mesti akan nampak ROAS seperti gambar di bawah.

Apa sebenarnya ROAS ni?


ROAS merupakan singkatan kepada “Return On Ads Spend”.

Sesetengah orang panggil “Revenue Over Ads Spend”.

Secara asasnya, ROAS ini merujuk kepada berapa kali ganda pulangan yang anda dapat berbanding dengan belanja iklan.

Ia digunakan sebagai salah satu metrik pemasaran untuk ukur keberkesanan kempen iklan yang anda buat di Facebook. 

Baca Juga:  Kenapa Kos Iklan Berubah Bila Naikkan Bajet FB Ads? Ini Sebabnya!

Faham dah pasal ROAS. Cuma, apa beza ROAS dengan ROI?


ROI adalah singkatan daripada Return On Investment.

ROI diukur berdasarkan keseluruhan besar  kewangan sesuatu bisnes seperti kos, jualan dan keuntungan. 

Sementara ROAS pulak diukur berdasarkan performance iklan di Facebook. 

Jadi, macam mana nak kira ROAS?


Katakan anda belanja RM1,000 untuk Facebook Ads dan anda dapat sales sebanyak RM20,000.

Maknanya, ROAS anda adalah 20 kali ganda.

Dalam bahasa yang lebih mudah, setiap RM1 yang anda laburkan pada Ads, pulangannya adalah RM20.

Formula ROAS = sales yang dapat dari iklan tersebut / kos belanja iklan

Soalnya, kalau dapat ROAS 20 kali ganda ni, untung ke? 

Okay ke tak? Tengok macam okay je. 

Ehm, belum tentu lagi.

Sehinggalah anda tolak dengan kos produk dan sebagainya, barulah anda dapat tahu berapa untung sebenar.

Penting ke kira ROAS ni?


Penting untuk anda tahu pasal ROAS sebab ia bertindak sebagai indicator awal.

Sama ada iklan yang dijalankan perlu diteruskan atau tak.

Kalau untung, boleh teruskan iklan. Kalau rugi, cepat-cepat off.

Umumnya…

Lebih tinggi ROAS, itu lebih bagus.

Cuma, anda kena kira berapa minimum ROAS yang perlu anda dapatkan.

Lagi best bila anda dapat tahu breakeven ROAS. 

Breakeven ROAS ni adalah takat mana anda boleh belanja kos iklan hingga kos yang dikeluarkan tu sama dengan jualan yang jualan dapat.

Ini dia cara kira breakeven ROAS


Formulanya mudah je.

Breakeven ROAS = Harga jual bahagi / profit margin.

Sebagai contoh…

Anda jual baju T-shirt pada harga RM25.

Profit margin yang dapat setelah tolak semua kos adalah RM15.

Breakeven ROAS : 25/15 = 1.67

Apa maksud angka ni?

Maksudnya, anda kena dapatkan sales lebih dari RM167 dengan belanja iklan RM100.

Kalau belanja iklan RM100 tapi sales tak sampai RM167, memang sah la iklan tu merugikan.

Tak perlu diteruskan.

Off-kan saja. 

Melalui angka inilah, anda boleh tetapkan KPI (Key Performance Index) iklan yang nak dicapai. 

Misalnya :

  • Bila ROAS naik jadi 2, Alhamdulillah. Jalankan seperti biasa atau scale up.
  • Bila ROAS 1.7 nak hampir turun kepada breakeven, off iklan. 

Yalah…

Kadang-kadang, ada yang buat iklan tu tak tahu iklan tersebut buat untung atau tak.

Main jalan saja…

Bila dah tau kiraan ini, anda tahu apa langkah yang boleh dibuat.

Andai kata iklan anda nak hampir kepada breakeven, stop iklan dan anda boleh fokus kepada tinggikan rate close sale.

Jadi, jelas dah dengan konsep ROAS ni?

Jika jelas, silakan share supaya lebih ramai orang dapat manfaat.

Moga ia dapat bantu tingkatkan performance iklan yang dibuat. 

Baca Juga:  1 Teknik NLP yang Boleh Buatkan Copywriting Anda Memukau

Perlukan Team FAMES bimbing anda buat iklan FB Ads?


Jika anda rasa iklan yang dijalankan sekarang…

  • Selalu tak capai ROAS yang diinginkan
  • Perlukan monitoring yang lebih advance dan berkesan

Saya cadangkan anda untuk dapatkan khidmat mentoring bersama kami.

Insya-Allah, kami akan bantu anda untuk rangka kempen iklan yang lebih padu dan efektif berdasarkan pengalaman kami urus beratus-ratus kempen iklan setiap bulan.

Boleh saja klik button di bawah jika mahu sertai.

Nak Video Panduan Facebook Ads Terkini? Percuma Sahaja!

Hanya Masukkan Nama & Alamat Emel Anda Dan Klik Butang 'Download Sekarang!'

artikel berkaitan

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Nak Video Pemasaran Facebook Percuma?

Nak Video Pemasaran Facebook Percuma?

Masukkan details anda di bawah untuk muat turun pakej video percuma daripada saya.

You have Successfully Subscribed!

Shares
Scroll to Top