Facebook Marketing

Cara ‘Kecilkan’ Size Audiens Supaya FB Ads Anda Lebih Targeted

Bila buat iklan di Facebook, ‘Audience Targeting' merupakan antara topik penting yang tidak boleh diabaikan.

Kalau salah target audiens, iklan anda akan keluar kepada prospek yang tak berminat dengan produk anda.

Salah Target Audience Untuk Buat Iklan di Facebook

Ini akan menyebabkan kos iklan anda menjadi mahal dan terbazir begitu saja.

Selain daripada ‘Audience Targeting', anda juga perlu tau cara menulis ayat iklan yang berkesan supaya prospek yang membaca terus bertindak.

Kesilapan Yang Paling Kerap Dibuat

Berdasarkan pengalaman saya dengan FB Ads sejak tahun 2011, kesilapan yang paling kerap dibuat adalah mensasarkan iklan pada audiens yang terlalu besar.

Kalau boleh, dia nak satu Malaysia nampak iklan dia. Betul ke?

Janganlah Tamak Sangat!

Memanglah bila buat FB Ads, anda boleh target berjuta-juta manusia supaya nampak iklan anda.

Tapi adakah berjuta-juta manusia itu berminat dengan produk anda?

Adakah ia satu keperluan untuk mereka?

Kalau iya pun, adakah mereka semua mampu untuk mendapatkan produk yang anda tawarkan?

Biar Sikit Tapi Masyuk

Dalam kelas-kelas saya, saya selalu tekankan supaya size target audiens sekitar 100,000 hingga 300,000 sahaja.

Kalau nak lagi kecik dari tu pun takde masalah.

Sebabnya Mudah…

300,000 prospek yang berkualiti (minat, perlu & mampu) semestinya lebih bagus daripada berjuta prospek yang umum (main tangkap muat ikut sedap hati).

Bila size audiens anda targeted, bukan saja kos iklan akan menjadi lebih berbaloi malah masa & tenaga anda tak terbazir melayan ‘prospek' yang sekadar nak main tanya harga.

Macam Mana Nak Dapat Audiens Yang Kecil & Targeted

Cara Sasarkan Iklan FB Pada Target Audience Yang Tepat 2

Bila saya sarankan supaya kecilkan size audiens, ada student saya yang tanya…

“Size audiens saya dalam 800,000. Dah tak tau macam mana nak kecilkan.”

Ini tips yang saya kongsikan dengan beliau dalam Support Group kami.

1. Pecahkan Audiens Kepada Beberapa Segmen

Target Audience Yang Tepat Untuk FB Ads

Analogi Konsep Segmentation

Cara paling mudah nak kecilkan audiens adalah dengan pecahkan audiens kepada beberapa segmen.

Anda boleh pecahkan mengikut salah satu daripada pilihan di bawah:

  1. Umur
  2. Jantina
  3. Lokasi
  4. Bahasa
  5. Interest
Pecahkan supaya setiap segmen mempunyai size audience dalam 100,000 orang sahaja.

2. Monitor Prestasi Setiap Segmen Audiens

Bila anda dah segmenkan audiens, anda sebenarnya secara tak langsung sedang membuat split test.

Anda sekarang perlu memantau pretasi iklan untuk mengenalpasti:

1. Segmen Mana Yang Paling Banyak Sales

Ini adalah segmen audiens yang paling tepat untuk iklan.

Biasanya anda boleh naikkan budget iklan untuk segmen ini untuk mendapat sales yang lebih masyuk,

2. Segmen Mana Yang Paling ‘Lemau'

Bila iklan dalam jalan lama (reach dah beberapa ribu), anda dah boleh kenalpasti segmen audiens mana yang kurang responsif dengan iklan anda.

Anda boleh lihat dari segi…

  1. Click Through Rate (CTR)
  2. Relevance Score
  3. Cost Per Post Engagement / Website Clicks
Baca Juga:  Rezeki Terpilih Join Facebook Product Feedback

Untuk segmen ini, anda ada 2 pilihan:

  1. Kalau mereka memang target audiens untuk produk anda, anda boleh buat iklan yang baru dan fokus pada manfaat / proposition yang berbeza.
  2. Keluarkan saja segmen tersebut daripada targeting untuk iklan anda dan fokus hanya pada segmen yang berkualiti.

3. Simpan Database & Follow Up

Ada kemungkinan juga akan ada segmen audiens yang banyak tanya (SMS, Whatsapp, PM) tapi mereka tak membeli atas sebab-sebab tertentu.

Anda perlu tanya sebab apa mereka tak jadi beli dan perbaiki tawaran anda untuk segmen ini.

Pastikan anda simpan nombor telefon mereka & follow up dengan mereka. Cuba berikan tawaran baru yang bersesuaian (down sell, cross sell, etc.).

Ada Belajar Sesuatu?

Saya harap anda belajar sesuatu daripada perkongsian saya kali ini. Klik butang Share di bawah supaya lebih ramai dapat manfaat 🙂

21 Comments

  1. amir
      • mahudin
  2. yeni
  3. jebb

Leave a Comment

Nak Video Pemasaran Facebook Percuma?

Nak Video Pemasaran Facebook Percuma?

Masukkan details anda di bawah untuk muat turun pakej video percuma daripada saya.

You have Successfully Subscribed!

Shares