Cara Guna Teknik Law Of Universal Attraction & NLP Dalam Penulisan

Alhamdulillah pada 10 & 11 Mei yang lepas, saya sekeluarga diberikan kelapangan oleh Allah S.W.T. untuk menyertai Seminar Law of Universal Attraction (LUA) & NLP yang dianjurkan oleh sahabat kami, Puan Hafsah Mardhiah di bawah group Shaklee beliau. Speaker untuk seminar ini adalah Tuan Zuhairi Nopiah (atau lebih mesra dengan panggilan ‘Ateh', penulis buku “Law of Universal Attraction”).

Seminar Law of Universal Attraction dan Neuro Linguistik Programming yang disampaikan oleh Zuhairi Nopiah

Terlalu banyak input yang saya dapat dari seminar selama dua hari ini. Insya-Allah saya akan kongsikan semua ilmu yang diperoleh di blog ini sebagai rujukan sendiri, dan juga sebagai santapan minda para pembaca blog saya.

Mana yang saya tak sempat tulis di blog, saya akan kongsikan secara ringkas di Facebook saya. Isteri saya turut akan berkongsi di blog Diary of Muhammad dan di Facebook beliau. Boleh follow kami di link di bawah untuk mengikuti sharing kami tentang LUA & NLP:

Saya Sekeluarga Bersama Ateh Zuhairi di Seminar LUA & NLP
Program Shaklee Sentiasa Bersama Famili 🙂

Baca Juga –> Transformasi Diri Bersama Teknik LUA & NLP

Apa Itu Law of Universal Attraction?

Pernah tak kita teringin nak makan apa-apa, dan tak lama lepas tu, kita dapat menikmati makanan yang kita teringin sangat tadi? Alhamdulillah, rezeki!

Atau…

Pernah tak kita cuba makan dengan sangat cermat supaya pakaian kita tak kotor, tiba-tiba kuah tak semena-mena terpercik kena baju kita? Pada hal, kalau time makan biasa-biasa, takde pun baju nak kotor.

Haa, itu lah yang dinamakan Law of Attraction!

Apa Itu Law of Attraction
Kita ‘Menarik' Apa Yang Kita Fikirkan – Law of Attraction

Konsep Law of Universal Attracction atau LUA inipun lebih kurang sama, cuma ia menerapkan konsep ‘Universal Attractor' sebagai salah satu tarikan yang paling hebat. Dalam konteks sebagai seorang Muslim, Universal Attractor kita sudah semestinya Allah S.W.T. yang Maha Kuasa.

Mengaitkan Allah sebagai the Universal Attractor menjadikan konsep LUA sangat hebat sebab kuasa Allah tiada had. Apa yang kita nak, kita hanya perlu minta saja dengan Allah dan pasti ianya akan dikabulkan.

Ini petikan dari buku “Law of Universal Attraction” yang dikarang oleh Ateh sendiri:

Law of Universal Attraction atau Hukum Tarikan Unversal ialah satu hukum Tuhan yang menjelaskan, ‘sesuatu yang mempunyai gelombang yang sama akan menarik antara satu sama lain, menuju kepada satu tarikan yang universal'.

Dalam sebuah Hadis Qudsi ada diterangkan konsep LUA ini secara tak langsung:

Aku bertindak menurut sangkaan hamba-Ku.

Aku selalu bersama hamba-Ku sekiranya dia mengingati-Ku. Sekiranya dia mengingati-Ku dalam dirinya, Aku mengingatinya dalam diri-Ku.

Apabila dia mengingati-Ku dalam khalayak ramai, Aku mengingatinya di tengah khalayak yang lebih ramai lagi (para malaikat dan seluruh makhluk).

Apabila dia mendekati-Ku sejengkal, Aku mendekatinya sehasta. Apabila dia mendekati-Ku sehasta, Aku mendekatinya sejengkal.

Apabila dia mendekati-Ku dengan berjalan, Aku mendekatinya dengan berlari.”

(Direkodkan oleh Bukhari & Muslim)

Dalam Hadis di atas, Allah dah sebut terang-terang bahawa Allah bertindak mengikut apa yang kita sangka. Kalau kita bersangka baik dengan Allah, kita dapatlah yang baik-baik. Begitu juga sebaliknya.

Sebab itu bila berdoa, kita kena yakin dan percaya bahawa Allah akan makbulkan doa kita. Tak boleh la doa sungguh-sungguh, tapi dalam hati ada rasa sangsi.

“Eh, boleh ke aku dapat apa aku mintak nih?”

“Layak ke aku nak dapat bla bla bla…?”

Begitulah konsep LUA. Kita dapat apa yang kita fikirkan dan apa yang kita sangkakan 🙂

“Takkanlah semudah itu?”

Memang konsep LUA nih semudah itu. Tapi berapa ramai jer yang mampu aplikasikan dalam kehidupan sehari-hari. Untuk yang tak percaya, takpe. Buat jer! 😉

NLP Tu Apa Pulak Dah?

NLP adalah singkatan kepada Neuro Linguistik Programming ataupun dalam bahasa mudah, Program Bahasa Otak. Konsep NLP ini banyak bermain dengan minda separa sedar manusia. Dengan menggunakan teknik NLP yang betul dan berkesan, kita boleh mengawal tindakan seseorang.

Saya tak berniat nak tulis panjang lebar tentang NLP ini sebab takut anda (dan saya sendiri!) akan semakin keliru tentang apa itu NLP. Hehe…

Aplikasi Teknik LUA & NLP Dalam Copy Writing

Maaf sebab intro agak panjang kerana saya nak pastikan anda faham tentang apa itu LUA dan juga NLP. Bila dah faham, barulah mudah untuk kita sama-sama belajar mengaplikasikannya dalam penulisan kita (boleh jadi entri di blog, surat jualan, emel ataupun SMS).

“Kenapa Saya Dapat Customer Yang Macam XYZ?”

Soalan di atas ditanyakan oleh isteri saya kepada Ateh masa waktu rehat. Kami pelik sebab apa selalu sangat kami dapat prospek yang dah beli Shaklee, tapi tak tau cara makan. Padahal kami selalu sebut,

“… Cara makan yang lengkap dan terperinchi akan diberikan khas untuk yang membeli daripada kami..”

“… Dapatkan cara makan yang betul untuk kesan yang terbaik dengan membeli daripada kami…”

Ateh pun cakap (dengan sedikit olahan daripada saya)

Kita menarik prospek mengikut apa yang kita tulis. Kalau dah selalu tulis ‘cara makan yang betul', dapatlah kita orang yang dah beli Shaklee tapi mencari cara makan yang betul.

Ada satu client Ateh pernah menggunakan tajuk iklan “Peluang Percutian Percuma!” untuk tarik orang join bisnes ABC. Kebanyakan prospek daripada iklan tersebut adalah orang yang nak percutian percuma tanpa berbuat apa-apa.

Ateh suruh client tersebut cuba ubah tajuk iklan jadi “Jana Pendapatan & Dapatkan Peluang Percutian Percuma”. Alhamdulillah lepas tu beliau dapat prospek yang berminat untuk buat bisnes.”

Bila kami fikir-fikir balik, betul jugak apa yang Ateh bagitau. Banyak sangat perkataan-perkataan yang kami ‘tersilap pakai' dalam entri-entri sebelum ini yang menyebabkan kami ‘tertarik' prospek yang tak berkualiti.

Antara perkataan-perkataan yang kurang sesuai digunakan:

  • “Murah” – akan menarik orang yang tak berduit dan sukakan diskaun
  • “Percuma”  – akan menarik orang yang nak benda free tanpa komitmen / usaha / sebarang bayaran
  • “Murah Berbanding” – akan menarik orang yang nak survey harga
  • “Mudah” & “Pantas” – akan menarik orang yang malas / nak cepat

Disclaimer: Ini tak bermaksud anda tak boleh guna langsung perkataan-perkataan di atas. Cuma anda perlu gunakan dengan berhati-hati sebab apa yang ditulis juga mempunyai ‘aura' tarikan tersendiri.

Kaitan Customer Avatar Dengan Konsep LUA & NLP

Bila Ateh ingatkan tentang pemilihan perkataan yang betul, terus saya teringat tentang teknik “Customer Avatar” yang diajarkan oleh Tuan Faisal Abdullah dengan panjang lebar dalam Kelas Beginning Online Marketing beliau.

Rupa-rupanya, apabila kita membina Customer Avatar, itu juga sudah dikira sebagai LUA di mana kita cuba ‘menarik' prospek yang sama seperti kita bayangkan. Patutlah Tuan Faisal pernah berjumpa dengan seorang client yang memakai baju yang sama dengan apa yang dilakarkan dalam Customer Avatar beliau.

Teknik Customer Avatar

Subhanallah. Sangat hebat kuasa LUA apabila digabungkan dengan Teknik Customer Avatar.

Info: InsyaAllah Tuan Faisal akan mengadakan Kelas BOM seterusnya pada 7 Jun 2014. Boleh terus daftar di sini sebelum terlambat sebab seat selalu terlajak laris! (ini bukan link affliate)

Secara ringkasya, dalam merangka Customer Avatar, kita akan senaraikan perkara-perkara di bawah:

  1. Demografi
    • Jantina
    • Umur
    • Status perkahwinan & size keluarga
    • Tempat tinggal / kerja
    • Jumlah pendapatan & kerjaya
  2. Kepedihan & ketakutan
    • Apa kerisauan prospek
    • Apa masalah prospek
  3. Keinginan & keperluan
    • Apa yang prospek nak
    • Apa yang prospek perlukan
  4. Apa-apa lagi yang releven 🙂

Apabila kita dah kenal dan boleh bayangkan prospek kita dengan jelas, kita akan mudah untuk mengetahui apakah perkataan-perkataan yang mampu menarik minat prospek tersebut, sebab kita tau apa yang dia nak dan apa yang dia risaukan.

Kalau kita bayangkan avatar-avatar kita setiap hari, dan terjemahkan dalam surat jualan (copy writing), insyaAllah semakin mudah untuk kita menarik pelanggan-pelanggan yang berkualiti (yang berminat dengan apa yang kita tawarkan).

Nak Lagi Ilmu LUA & NLP?

Untuk yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang Law of Universal Attraction, anda boleh mendapatkan buku Ateh Zuhairi dengan meng'klik' gambar di bawah.

Buku Law of Universal Attraction

Ateh Zuhairi juga ada menulis eBook khas tentang cara menggunakan LUA untuk menjemput rezeki. Boleh klik gambar di bawah untuk mendapatkan eBook tersebut.

eBook Indahnya Limpahan Rezeki

Ada Belajar Sesuatu?

Adakah anda belajar sesuatu daripada entri ini? Kalau Ya, harap anda boleh klik ‘Share' supaya lebih ramai orang mendapat manfaat daripada entri ini.

Terima kasih & nantikan entri seterusnya daripada saya!

Belajar sesuatu dari artikel di atas? Jika ya, boleh klik butang di bawah untuk share dengan rakan lain @ tinggalkan sebarang soalan @ cadangan di bawah apa yang anda belajar. 👇🏻

Leave a Reply to Firdaus Azizi Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

37 Comments

  1. Suka baca artikel ini. Memang duk cari-cari pun. Bukan mudah untuk diikuti, namun akan juga diusahakan.