Cara Nak Gabungkan Chatbot dan Email Autoresponder

Email marketing vs FB Messenger marketing.

Mana lebih power?

Sebenarnya, dua-dua ada ‘pro and con' yang tersendiri.

Kalau anda biasa dengan email marketing, anda pasti tau tentang matrik “Open Rate”.

Kalau nak tau, open rate FB Messenger lebih tinggi dari email.

(NOTA: Open rate adalah, kadar peratusan subscriber yang buka masej anda)

Saya pernah tengok sendiri, boleh cecah sampai 90% open rate untuk messenger. 

Kalau email, biasanya kalau dapat cecah 50% tu dah boleh consider tahap sifu la.

Tapi, walaupun open rate messanger lebih tinggi berbanding email, CTR pada email lebih tinggi berbanding messanger.

Jangan terkejut kalaiu tengok open rate messenger 90% tapi CTR tak sampai 3% pun.

Untuk email pula, kalau copywriting anda cukup bagus, insyaAllah CTR boleh cecah 10%.

Berdasarkan pengalaman saya, saya pernah dapat CTR setinggi 12% pada email!.

Apa yang penting sebenarnya adalah, kita nak CTR yang tinggi.

Apalah ertinya ramai yang buka masej tapi tak klik link yang kita bagi. ;'(

Jadi, sebenarnya, mana yang lebih bagus?

Tak perlu kita pening-pening fikir sebenarnya.

Kenapa tak gabung je dua-dua? =)

Jadi, dalam video ni, saya nak tunjukkan pada anda, macam mana nak gabungkan ‘Messanger Marketing' dan ‘Email Marketing'.

Selamat belajar! ^_^

 

Belajar sesuatu dari artikel di atas? Jika ya, boleh klik butang di bawah untuk share dengan rakan lain @ tinggalkan sebarang soalan @ cadangan di bawah apa yang anda belajar. 👇🏻

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *