Facebook Marketing

Cara Gunakan FB Ads untuk Promote Bisnes F&B (Makanan dan Minuman)

Dah guna FB Ads ke untuk promosikan kedai anda?

Atau, masih lagi mengharapkan orang yang lalu lalang untuk singgah ke kedai anda?

Kalau anda tak gunakan Facebook untuk promosikan bisnes anda, kemungkinan besar 5 tahun dari sekarang, anda terpaksa tutup kedai.

Melainkan, anda buat bisnes nasi campur atau kedai masakan panas.

Biasanya, kedai nasi campur dan kedai masakan panas ni, tak buat iklan pun memang orang akan datang.

Seminar Pemasaran Online Terkini 2018 By Firdaus Azizi

Asalkan lokasi kedai berhampiran dengan pejabat atau kawasan perumahan yang ramai orang.

Sebab, makanan yang dijual adalah makanan keperluan asasi manusia.

Tapi, kalau anda jual makanan yang bersifat kehendak, anda perlu buat kerja-kerja pemasaran untuk tarik pelanggan datang cuba makanan anda.

cara buat iklan untuk makanan

(Contoh: Western food, Cafe Hipster)

Facebook bukan hanya platform untuk anda promosikan kedai, ianya juga akan jadi tempat rujukan pelanggan yang nak datang ke kedai anda.

Mereka boleh dapatkan alamat kedai, lokasi kedai, masa operasi, harga dan menu yang ada di kedai anda.

Kalau FB page pun tak ada, macam mana pelanggan nak dapatkan info tentang kedai?

Apa yang paling parah adalah, anda mungkin kehilangan pelanggan.

Kenapa?

Sebab, golongan Gen Y dan Gen Z (umur 18-35), biasanya akan dapatkan info tentang kedai dari media sosial.

Golongan ni juga la biasanya yang akan berbelanja di kedai-kedai hipster dan makanan yang rare.

Kalau mereka tak dapat cari info tentang kedai anda, kemungkinan besar mereka tak akan datang.

Kan rugi tu? :'(

“Tapi, saya tak pandai la nak gunakan FB Ads untuk iklankan kedai saya.”

Jangan risau, dalam artikel ni, anda akan belajar tentang:

  • Macam mana nak setting FB Ads untuk niche F&B
  • Jenis iklan yang paling sesuai untuk anda gunakan
  • Teknik ads yang advance untuk niche F&B

Macam mana nak mulakan?

Ikut je 3 langkah yang saya bakal kongsikan ni.

Kalau anda ikut semua langkah-langkah ni, anda akan berada di landasan yang betul untuk promosikan kedai guna FB Ads.

1. Tentukan Matlamat dan Golongan Sasaran

Sebelum anda buat iklan, tentukan dulu matlamat iklan.

Pastikan matlamat ni, anda boleh kawal dan capai, jangan letak matlamat yang anda tak dapat capai.

Contoh:

  • Matlamat yang boleh dicapai:
    Nak 1000 orang kenal kedai kita pada bulan ni. Matlamat ni boleh dicapai, sebab kita boleh usahakan dengan beriklan.
  • Matlamat yang tak boleh dicapai:
    Nak sale RM 100,000 bulan ni. Ini adalah end result, ianya diluar kawalan kita. Kita hanya boleh usaha, tuhan yang tentukan hasilnya. Jangan cuba buat kerja tuhan. #DEEP

Tujuan kita buat iklan adalah, untuk beritahu pada prospek kita tentang bisnes kita.

Kata kunci nya adalah : BERITAHU

Pemasaran dan iklan hanya bertujuan untuk beritahu. KPI yang perlu dicapai adalah ‘jumlah orang yang tahu tentang kedai kita'.

Angka jualan bukanlah KPI untuk aktiviti pemsaran. Angka jualan adalah KPI bagi aktiviti JUALAN.

Baca Juga:  Video Cara Guna Ads Manager Terbaru Facebook

Pemasaran dan jualan adalah dua perkara yang berbeza.

Lepas dah set matlamat, anda perlu tentukan siapakah golongan spesifik yang anda nak sasarkan.

Cuba tentukan, sasaran ni:

  • Umur (Biasanya julat umur 10-20 tahun)
  • Jantina
  • Purata pendapatan
  • Status Perkahwinan

Sasaran perlu ditentukan sebelum lancarkan kempen iklan. Bukan masa buat ads tu baru fikir nak target siapa.

2. Sediakan Bahan Kreatif yang Menarik

Bahan kreatif ni merujuk pada gambar, video dan ayat iklan yang anda nak gunakan.

Sama seperti sasaran, bahan kreatif perlu disediakan sebelum run FB Ads.

Bahan kreatif sangat penting.

Ianya memainkan peranan yang sangat besar dalam menentukan keberkesanan iklan.

(FAKTA: 7 dari 10 iklan gagal disebabkan bahan kreatif tak menarik)

Kalau targeting ads anda disasarkan pada golongan yang betul, tapi bahan kreatif tak menarik, insyaAllah iklan anda akan ke laut.

Jadi, beri perhatian pada bahan kreatif.

Luangkan satu masa khas dan tenangkan diri anda sebelum mulakan kerja.

Kemudian, gunakan masa tu untuk edit gambar, edit video atau tulis ayat iklan.

Pastikan gambar/video anda menarik dan nampak sedap.

Elemen visual memainkan peranan utama untuk mempromosikan makanan.

Ayat iklan jatuh no. 2.

Saya sangat sarankan anda untuk gunakan video.

Kalau anda tak ada bajet untuk upah videografer yang professional, boleh je buat video slide show gambar menu-menu yang best seller.

Kenapa saya sarankan video?

Sebab, nanti boleh buat iklan guna objektif video view dan boleh gabungkan dengan teknik saka (BACA: Retargeting).

Selain tu, video juga lebih berpengaruh berbanding imej statik.

Tak percaya?

Cuba tengok video dan gambar makanan dibawah ni.

gambar makanan

Mana yang nampak lebih sedap? Video ke gambar?

3. Masa untuk Lancarkan Iklan!

Bila dah selesaikan langkah 1-2, sekarang tiba masanya untuk lancarkan kempen iklan anda.

Untuk iklan bisnes F&B, anda boleh pilih objektif ‘Engagement' atau ‘Video View'.

Tapi, saya sarankan guna onjektif ‘Video View', sebab ianya lebih sesuai untuk tujuan awareness, boleh bina custom audience dan kemudian buat kempen retargeting.

Kempen retargeting sangat penting untuk niche F&B.

Nak tau kenapa?

Sebab, belum tentu prospek nampak iklan anda mereka terus singgah ke kedai anda pada hari yang sama.

Kalau anda buat retargeting, anda boleh pastikan prospek nampak iklan anda setiap hari.

Iklan retargeting ni ibarat ‘Reminder' yang akan ingatkan prospek pada kedai anda.

Lepas pilih objektif iklan, pastikan anda setting iklan berdasarkan sasaran yang dah ditentukan pada langkah 1.

Untuk lokasi, kalau boleh, gunakan fungsi pinpoint dan letakkan pin pada lokasi kedai anda.

Pastikan anda kecilkan radius lokasi kalau radius yang asal tu terlalu besar.

Satu lagi tips yang saya boleh kongsikan adalah, anda boleh masukkan nama lokasi pada bahagian interest.

Sebagai contoh, kalau kedai anda ada di Sungai Buloh, selain setting location ads target pada Sungai Buloh, anda juga boleh masukkan ‘Sungai Buloh' sebagai interest.

Baca Juga:  Cara Baru Untuk Pilih Jenis Iklan di Facebook

Teknik ni akan pastikan iklan anda dihantar pada penduduk jati lokasi tersebut.

Tak faham sangat?

Kalau anda kurang faham, rujuk video dibawah. Saya tunjukkan step-by-step.

Teknik Bonus

Untuk tingkatkan lagi jumlah prospek yang datang ke kedai anda, anda boleh run kempen iklan retargeting.

Follow 4 langkah ni:

  1. Create custom audience yang dah view video anda lebih dari 75%
  2. Buat kempen engagement dan brand awareness.
  3. Anda boleh pelbagaikan copywriting dan gambar.

Apa kesannya bila anda pelbagaikan copywriting dan gambar pada audience yang sama?

Mereka akan nampak iklan anda berulang kali, dan setiap kali mereka nampak, mereka nampak iklan yang berbeza-beza.

Kalau gambar yang anda gunakan tu menarik, insyaAllah, audience akan rasa tertarik untuk datang cuba makanan anda.

Selain tu, iklan retargeting ni, akan pastikan prospek yang berminat pada makanan anda untuk ingat pada kedai anda.

Kalau anda tak run iklan retargeting, kemungkinan besar ramai prospek akan lupakan bisnes anda.

Kenapa?

Sebab, manusia ni mudah lupa.

Mungkin masa mereka nampak iklan anda tu, mereka berminat, tapi kebetulan tengah busy. Akibatnya, mereka lupa terus pada kedai anda.

Dan macam-macam lagi la kemungkinan yang menyebabkan prospek lupa pada bisnes anda.

(Nota: Kalau anda tak tau macam mana nak buat iklan retargeting, anda boleh rujuk artikel ni -> “Video Retargeting”)

Kesimpulan

Bisnes niche F&B ni sebenarnya mencabar, anda perlu buat pemasaran dan iklan secara berterusan.

Tengok je KFC dan McDonald, sentiasa ada iklan dan promosi yang baru.

Nak buat iklan di TV dan radio memang mahal, jadi, apa yang anda boleh buat adalah, gunakan FB Ads untuk beriklan.

Dan jangan berhenti dari beriklan.

Berdasarkan pengalaman saya menguruskan kempen iklan Restoran Western Food pada tahun 2016, biasanya kita perlukan masa 2-4 minggu untuk convert audience iklan jadi pelanggan restoren kita.

Jangan harapkan hari ni buat iklan, hari ni juga restoren anda penuh.

Nota:

Workshop Advance Facebook Marketing Oktober 2018 by Firdaus Azizi

Khas untuk owner cafe dan restoren yang berminat nak belajar lebih lanjut, anda boleh join workshop ‘Facebook Marketing Revolution'. 

Dalam bengkel 3 hari ni, kami akan kongsikan strategi yang lebih advance dan teknik-teknik yang terkini untuk buat iklan yang berkesan.

Anda boleh dapatkan info lanjut tentang workshope di sini -> https://firdausazizi.my/fmr

 

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Dah Buat FB Ads Tapi Masih Tak Menjadi?Klik Sini Untuk Kami Bantu
Nak Video Pemasaran Facebook Percuma?

Nak Video Pemasaran Facebook Percuma?

Masukkan details anda di bawah untuk muat turun pakej video percuma daripada saya.

You have Successfully Subscribed!

Shares