Facebook Marketing

Bagaimana Tingkatkan Sales Guna FB Ads (Walaupun Bajet Anda Tak Sampai RM1,500 Sebulan)

Cara Tingkatkan Jualan Guna FB Ads

Anda ingin tingkatkan jualan tapi ada bajet yang sangat terhad?

Facebook Ads mungkin pilihan yang terbaik untuk anda!

Apapun…

Sebelum buat sebarang keputusan untuk keluarkan duit beriklan di Facebook, benda paling utama adalah faham platform marketing itu sendiri terlebih dahulu.

Seminar Pemasaran Online Terkini 2018 By Firdaus Azizi

Apabila kita faham, baru kita tahu bagaimana untuk menguruskan risiko dengan baik.

Facebook Ads hanya satu daripada platform marketing terbaik di Malaysia.

Adakah Anda Patut Beriklan di Facebook?

Atau adakah anda tak patut beriklan di Facebook?

Berikut adalah perkongsian daripada Larry Alton tentang nilai dan fungsi Facebook Ads untuk orang bisnes.

Beliau ini penulis di blog Inc., salah sebuah blog usahawan terbesar di Amerika Syarikat.

1# Facebook Ads Bagi Kita Maklumat Penting Supaya Kita Boleh Buat Iklan yang Lebih Baik

Platform marketing yang bagus mempunyai pelbagai maklumat mendalam terhadap pengguna platform itu.

Maksudnya, Facebook tahu banyak maklumat tentang setiap pengguna.

Lagi banyak data seperti ini, lagi mudah untuk kita buat keputusan.

Sebagai contoh, Facebook boleh beritahu kita:

  1. Berapa jumlah pengguna berumur 30 – 45 tahun yang sedang menggunakan Facebook di kawasan Selangor ketika ini.
  2. Kita boleh pilih iklan dipaparkan kepada orang yang minat dalam topik-topik tertentu sahaja.
  3. Kita boleh pilih mahu iklan disampaikan kepada orang yang menggunakan smartphone, desktop atau kedua-duanya sekali.

Screenshot di bawah menunjukkan setting audience yang boleh digunakan untuk Facebook Ads.

Antara audiens yang kita boleh sasarkan iklan di Facebook

Setting Audience Targeting Untuk Facebook Ads

Apabila kita sudah ada pengalaman menggunakan Facebook Ads, kita akan nampak ruang dan peluang yang lebih besar.

2# Iklan Yang Pelbagai & Fleksibel

Platform marketing yang bagus juga menawarkan pengiklanan yang fleksibel.

Dengan menggunakan Facebook Ads, anda boleh pilih jenis iklan yang sesuai dengan objektif kempen pemasaran anda.

Di sini anda juga boleh pilih jenis iklan mengikut kepakaran anda.

Sebagai contoh; jika anda mahir buat iklan video, maka anda boleh buat iklan video guna FB Ads.

Setakat ini, Facebook menawarkan lebih daripada 11 jenis iklan yang boleh kita buat (rujuk screenshot di bawah).

Jenis Jenis Iklan di Facebook

Pilihan Jenis Objektif Kempen Untuk Facebook Ads

3# Senang Nak Mula, Walaupun Baru Berjinak Dengan FB Ads

Kebanyakan orang yang tak berani keluarkan duit untuk buat iklan di Facebook Ads kerana mereka tak faham.

Namun begitu, Facebook memudahkan semua usahawan untuk bermula.

Kalau kita login akaun Facebook Ads, pihak Facebook akan sediakan langkah demi langkah untuk kita mula beriklan dengan budget serendah RM3 sehari.

4# Kos Sesuai Untuk Bisnes Yang Ada Bajet Bawah RM1,500 Sebulan

Merujuk pada poin sebelum ini, kos adalah satu perkara yang sangat sensitif pada pemilik bisnes.

Dengan Facebook Ads, anda bukan saja boleh dapatkan kos yang optimum (tak terlalu murah, dan tak terlalu mahal).

Malah, anda boleh kawal kos kita pada bila-bila masa.

Baca Juga:  Apa Nak Buat Kalau Iklan Anda Slow Macam Kura-Kura?

Sebagai contoh; jika anda buat iklan Facebook Ads pertama dan dapati ia tidak berikan pulangan, anda boleh berhentikan iklan itu serta merta tanpa perlu tampung kos kerugian yang berpanjangan.

5# Anda Dapat Segala Maklumat Iklan Yang Anda Perlukan

Data sangat penting.

Ia dapat membantu kita membaca ‘kesihatan iklan' yang kita sudah bayar di Facebook.

Adakah ia memberi pulangan?

Siapa yang sebenarnya respon pada iklan kita?

Apakah yang perlu dibaiki?

Semuanya Facebook Ads akan beritahu dalam platform mereka (contohnya seperti dalam screenshot di bawah).

Data Daripada Iklan Facebook Ads Ikut Umur

Data Iklan Mengikut Umur

Data Daripada Iklan Facebook Ads Ikut Jantina

Data Iklan Mengikut Jantina

Jadi… Adakah Facebook Sesuai Untuk Bisnes Anda?

Jawapannya:

Bergantung pada bagaimana anda menggunakannya!

Langkah terbaik adalah pastikan anda sudah ada ilmu & kefahaman penting Facebook Ads.

Kenapa?

Supaya anda dapatkan kurangkan risiko melakukan kesilapan apabila beriklan nanti.

Ada Belajar Sesuatu Daripada Artikel Ini?

Klik butang Like & Share supaya rakan-rakan anda yang lain juga boleh beroleh manfaat!

Artikel ini diadaptasi daripada perkongsian Tuan Aqif Azizan di Facebook beliau.

Nak Belajar Cara Buat Bisnes di Facebook?

Anda boleh dapatkan Pakej Video FB Ads 101 di bawah.

Cara Mulakan Bisnes di Facebook Dengan Mudah

Ini adalah pakej video panduan yang anda boleh muat turun dan tonton berkali-kali di rumah anda.

Paling best, ada Support Group untuk mudahkan anda bertanya soalan kalau tiba-tiba blur dan sangkut tak tau nak buat macam mana.

Berminat?

Klik butang di bawah untuk membuat tempahan.

 

2 Comments

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Dah Buat FB Ads Tapi Masih Tak Menjadi?Klik Sini Untuk Kami Bantu
Nak Video Pemasaran Facebook Percuma?

Nak Video Pemasaran Facebook Percuma?

Masukkan details anda di bawah untuk muat turun pakej video percuma daripada saya.

You have Successfully Subscribed!

Shares