3 Cara Untuk Buatkan Prospek Teruja Baca Ayat Iklan Kita (Sampai Habis!)

Cara Buatkan Prospek Baca Ayat Iklan Sampai Habis

Dunia online penuh dengan macam-macam berita, info dan gosip yang mengujakan.

Jadi, apabila kita mahu tulis iklan, kita kena tahu serba-sedikit ilmu psikologi manusia untuk menarik minat prospek. Seterusnya membaca mesej yang kita ingin sampaikan.

Dalam artikel kali ini, saya nak kongsikan 3 jenis ayat yang bakal membuatkan mesej iklan anda dibaca sehingga habis.

Berminat?

Teruskan membaca untuk dapatkan ilmu berharga ini.

Artikel Berkaitan >  Formula Mudah Untuk Hasilkan Headline Power Sepantas 7 Saat

3 Jenis Ayat Untuk Buatkan Mesej Iklan Anda Dibaca Sehingga Habis

1) AYAT PERTIKAI FAKTA

Manusia pantang ditegur; lagi-lagi berkait dengan kepercayaan.

Bayangkan fakta yang dia percaya bertahun-tahun, tiba-tiba ada orang kata benda itu salah.

Sudah tentu mereka nak tahu sebab.

Ayat jenis ini jika anda pandai guna dalam mesej pengiklanan, akan mampu buatkan prospek melekat untuk tahu apa yang anda ingin sampaikan.

Contoh kalau dalam niche kecantikan:

“Betul ke sirip ikan yu boleh licinkan kulit?”

Fakta semasa yang mereka terima mungkin:

“Sirip ikan yu terbukti melicinkan kulit kurang 7 hari” Ini fakta semasa!

Tajuk seperti ini akan membuatkan prospek serba tak kena, lagi-lagi kalau mereka memang dah lama guna produk Sirip Ikan Yu.

Jadi tugas kita mempertikai fakta sedia ada.

Selepas itu, kita kena lah terangkan fakta yang baru itu betul-betul beserta bukti-bukti sokongan.

InsyaAllah selepas itu prospek akan teruja & suka dengan mesej kita.

Awas! Jika tidak disampaikan dengan baik, anda bakal dikecam!

2) AYAT INGATKAN ‘THE BIG WHY’.

Setiap manusia pasti ada impian yang ingin dicapai.

Namun, disebabkan beberapa kali mencuba tidak berhasil, impian tersebut akan kian kabur.

Jadi sebagai orang bisnes, kita boleh gunakan kesempatan ini untuk ingatkan mereka semula tentang apa “Big Why” mereka.

Contohnya kalau dalam niche kewangan atau bisnes:

“Dah dapat ke bagi duit belanja dekat ibu di kampung?”

Saya percaya antara BIG WHY orang yang meminati niche ini adalah boleh bantu ibu ayah dari sudut kewangan.

Jadi kita hanya perlu ingatkan mereka semula tentang kenapa mereka nak kaya @ buat bisnes.

Kita perlu sedar bahawa manusia cepat lupa.

Jadi, tugas kita adalah mengingatkan & bantu mereka selesaikan masalah tersebut dengan segera.

Ayat jenis ini sebenarnya lebih selamat & bakal membuatkan prospek baca sehingga habis.

Tak mustahil mereka akan berterima kasih & beli penyelesaian daripada anda.

Artikel Berkaitan >  Iklan Takde Respon? Anda Wajib Heret, Tampar dan Jentik Prospek Anda Sekarang!

3) AYAT INFO YANG ‘RAMAI TAK TAHU'

Selain daripada lupa, manusia ada lagi satu sifat iaitu; sukakan benda yang terbaru.

Berdasarkan kajian psikologi daripada Abraham Maslow pada tahun 1943 ada memberitahu benda ini; namanya ‘Self-Esteem'.

Self Esteem ini maksudnya sentiasa inginkan peningkatan status diri.

Atau dengan bahasa yang lebih mudah, manusia nak diri mereka ‘nampak pandai'.

Jika mereka dapat tahu sesuatu info sebelum orang ramai tahu, mereka akan berasa bangga & suka @ seronok berkongsi info tersebut (ini yang page-page viral suka selitkan pada tajuk artikel mereka).

Contohnya kalau untuk niche hartanah:

“7 tempat rahsia yang ramai orang tak tahu ada permintaan tinggi kadar sewa rumah”

Anda akan lihat perbezaannya selepas menambah ayat ini – “Ramai orang tak tahu” – ditengah atau dihujung tajuk iklan anda sebab ia berkait rapat dengan kajian saikologi Abraham Maslow.

Nak jadi lebih spesifik?

Gantikan perkataan ‘orang’ dengan segmen market anda seperti Pelabur Hartanah.

Secara tidak langsung anda telah menapis orang yang betul untuk baca info tersebut.

Suka 3 Tips Yang Saya Kongsikan Ini?

Baiklah, sampai disini sahaja perkongsian daripada saya.

Semoga anda dapat amalkan & tingkatkan kualiti mesej pengiklanan dimasa akan datang.

P.s. – Kalau anda suka 3 tips ini, janganlah segan silu untuk klik butang Share. Lagi ramai Share, lagi bersemangat saya nak kongsi lebih banyak tips dengan anda!

Nak belajar lebih banyak tips untuk menulis ayat iklan yang berkesan? Boleh dapatkan Panduan Copy Master yang dihasilkan oleh Tuan Danial Arif, salah seorang Copywriter dalam Team FAMES.

Faris Osman

Faris Osman merupakan Copywriter sepenuh masa dalam Team FAMES dan mempunyai pengalaman sebagai Internet Marketer sejak tahun 2013. Beliau juga merupakan pengasas kepada Mazhab Copywriting.

Leave a Comment

Shares

Suka Artikel Ini?

Klik butang Share di bawah dan kongsikan dengan rakan-rakan anda yang lain!

Shares
Nak Video Pemasaran Facebook Percuma?

Nak Video Pemasaran Facebook Percuma?

Masukkan details anda di bawah untuk muat turun pakej video percuma daripada saya.

You have Successfully Subscribed!