Internet Marketing

Suka Main Potong Harga? Bisnes Anda Mungkin Dalam Bahaya!

Kesan Negatif & Bahaya Suka Beri Diskaun

Adakah anda suka memberi diskaun kepada pelanggan anda?

Taktik berikan diskaun harga memang boleh menyebabkan jualan kita melonjak naik dengan segera.

Tapi…

Diskaun juga ada kemungkinan besar beri kesan yang negatif kepada bisnes anda.

Teruskan membaca untuk tahu kenapa saya tak galakkan anda terlalu kerap memberi diskaun.

3 Kesan Negatif Suka Beri Diskaun

Ini antara 3 side effect kepada bisnes anda jika terlalu kerap memberi diskaun.

1# Pelanggan Akan Tunggu Diskaun Baru Beli

Bila kita terlalu kerap memberi diskaun, pelanggan and prospek akan sedar yang kita ni “kaki diskaun”.

Ini akan membuatkan mereka hanya membeli pada musim atau waktu diskaun.

Apa jadi bila tempoh promosi dah tamat?

Mestilah jualan kita akan merudum!

2# Nilai Produk @ Servis Akan Jatuh

Kajian menunjukkan, beli pelanggan melihat harga promosi, biasanya pelanggan akan fikir…

“Berapa la agaknya kos produk ni sebenarnya?”

“Kenapa jual murah? Mesti kualiti so-so jer ni…”

Dalam bahasa lain…

Pemberian diskaun yang terlalu kerap akan menimbulkan pertanyaan dalam minda pelanggan tentang kualiti produk atau servis tersebut.

3# Pelanggan Akan “Mengungkit”

Promosi atau diskaun yang terlalu kerap juga boleh menyebabkan pelanggan baru “mengungkit” untuk mendapatkan harga yang lebih rendah.

Dan kalau tak dapat diskaun, mungkin mereka akan menunggu promosi yang akan datang.

Sedikit sebanyak, ini menyusahkan proses close sale kita.

Nak Belajar 6 Langkah Close Sale Dengan Mudah?

Kalau anda ada masalah untuk close sale @ tukarkan prospek yang berminat menjadi pelanggan…

Saya syorkan anda download & dengar rakaman audio yang disediakan oleh Tuan Faisal Abdullah dari link ini.

Kajian Membuktikan…

Ogivly & Mather adalah antara syarikat pemasaran yang terbesar di dunia.

Mereka pernah melakukan kajian terhadap 200 syarikat untuk melihatan kesan diskaun ini.

Hasil daripada kajian tersebut mendapati, syarikat yang melakukan pelaburan terhadap pemasaran lebih banyak menjana keuntungan berbanding syarikat yang hanya bergantung kepada taktik memberi diskaun.

Apabila kita sibuk beritahu pelanggan kenapa mereka mesti beli produk kita pada harga diskaun, sebenarnya secara tak langsung kita sedang beritahu yang produk kita tak berbaloi untuk dibeli dengan harga biasa.

Diskaun Sekali Sekala OK

Jangan salah faham.

Saya tak katakan diskaun itu salah, cuma perlu digunakan dengan bijak.

Ini antara cara penggunaan diskaun yang bagus.

1. Diskaun Pre-Order @ Pre-Pay

Ini maksudnya kita berikan harga istimewa untuk pelanggan yang sanggup bayar in advance sebelum barang dah siap untuk dihantar.

Konsep ini sama juga seperti harga Pre-Launch atau “Early Bird”.

2. Diskaun Borong

Ini adalah diskaun yang kita beri khas untuk orang yang membeli dengan kuantiti yang banyak.

Taktik ini boleh menyebabkan pelanggan beli lebih banyak dalam satu transaksi.

Baca Juga:  Servis Design Logo Kompeni & Bisnes Ala Korporat Daripada Logofusion

3. Diskaun Ikut Musim

Antara cara memberi diskaun yang bagus adalah dengan memberikan sebab @ mengikut musim.

Contoh:

  • Diskaun khas sebanyak 31% sempena sambutan kemerdekaan
  • Diskaun khas sempena Hari Raya Aidilfitri
  • Diskaun sempena pembukaan kedai yang baru

Guna perkataan seperti “sempena” untuk memberitahu pelanggan kenapa kita berikan diskaun.

Ada Belajar Sesuatu?

Saya harap anda belajar sesuatu tentang bahaya diskaun dan cara yang betul untuk menggunakannya.

Jika rasakan artikel ini bermanfaat, sila kongsikan untuk manfaat rakan-rakan anda.

Artikel ini adalah hasil olahan daripada perkongsian Tuan Umar Taib tentang Strategi Harga. Anda boleh baca daripada beliau dengan membuat carian Hashtag #strategiharga di Facebook.

13 Comments

  1. Fatimah Rashid
  2. azamy

Leave a Comment

Nak Video Pemasaran Facebook Percuma?

Nak Video Pemasaran Facebook Percuma?

Masukkan details anda di bawah untuk muat turun pakej video percuma daripada saya.

You have Successfully Subscribed!

Shares