Bagaimana “Hukum Tiga” Mampu Meningkatkan Respon Pada Artikel Anda!

Ada apa pada hukum tiga ini?

Dalam kalangan penulis artikel atau ayat iklan, hukum tiga ini merupakan suatu hukum yang menjadi kebiasaan buat mereka bila merangka dan menulis sesuatu artikel.

Hukum tiga ini lebih mudah saya ringkaskan maksudnya kepada bagaimana kita menulis ayat iklan menggunakan struktur 3 serangkai.

Kadang-kadang rasa seperti kebetulan, tetapi hukum tiga ini seringkali digunakan di pelbagai bentuk penulisan seperti cerita, cerpen bahkan tajuk akhbar.

Dan hasilnya memberikan impak respon yang agak tinggi terhadap sesuatu penulisan tersebut.

Antara contoh mudah: Jika ingin menyambung titik-titik hitam, kita memerlukan sekurangnya 3 titik untuk menghasilkan satu corak tertutup(pattern) .

Jika ada 2, maka ianya adalah satu garisan sahaja.

Begitu juga dengan cara otak kita memproses suatu data. Ianya berkait rapat dengan 3 elemen. Fasa sebelum, semasa dan selepas. 

  1. Otak menerima data-> Menerima
  2. Otak memproses data-> Mentafsir Dan Analisa
  3. Otak mengeluarkan data-> Mengeluarkan ( Fizikal)

Agak-agak pernah terfikir tak?

Teruskan bacaan jika anda ingin lihat bagaimana meluasnya hukum 3 ini digunakan…

Lihat tiga(3) Menarik Bagaimana Hukum Tiga Diaplikasikan: 

 

 

1. Tajuk Novel Atau Cerpen

Kalau kita masih ingat, sewaktu kita masih di umur sekolah rendah, kita banyak didedahkan dengan cerita dan cerpen pendek.

Cuba ingat balik contoh tajuk-tajuk seperti:

  • Cerpen Tiga Sekawan
  • Cerpen Tiga Anak Anjing
  • Cerita Tiga Abdul ( Drama P.Ramlee juga ada )

Tetapi kebanyakan cerita-cerita ini, kalau kita pernah lalui ketika masih kecil, kita berkemungkinan besar akan ingat sehingga ke hari tua.

cerpen-hukum-tiga

2. Slogan pada Logo Sekolah

Aha!

Dulu di sekolah rendah dan menengah, apa slogan pada logo sekolah kita?

Macam sekolah menengah saya menggunakan 3 suku kata. Sekolah menengah saya di Sekolah Dato Abdul Razak, Seremban. (Nama sekolah pun ada 3 suku~abaikan perkataan “Sekolah”).

Slogan sekolah ini menggunakan 3 suku kata iaitu “Berilmu Untuk Berjasa“.

sdar-copywriting-hukum3

Antara contoh lain seperti:

  • Sekolah Alam Shah, Putrajaya – Chita Usaha Jaya
  • Semashur, Hulu Selangor- Ilmu Amal Bakti
  • Sekolah Tunku Abdul Rahman, Ipoh- Ilmu Panduan Hidup

3. Penulisan Ayat Iklan atau Artikel( Copywriting) 

 

Pengalaman saya bekerja di bawah syarikat pengiklanan Firdaus Azizi Marketing Sdn Bhd, saya pernah membantu menulis iklan klien menggunakan kaedah penceritaan sebelum, semasa dan selepas mengamalkan produk.

Sehingga ke hari ini iklan itu telah memberikan respon yang tinggi berbanding iklan berbentuk menjual secara langsung.

Lihat hasil iklan salah satu klien servis syarikat semasa di bawah->

result-iklan-casestudy-fames

(Screenshot diambil pada 9 Februari 2017) 

Hukum 3 ini juga telah memberi bukti yang jelas bahawa iklan lain berbentuk validasi dan mempunyai 3 “bullet point” memberi impak positif kepada respon iklan tersebut.

Namun perlu difahami bahawa hukum ini bukan terhad pada 3 contoh di atas sahaja. Bahkan ianya telah diamalkan secara meluas dalam pelbagai bentuk penulisan seperti artikel blog, akhbar dan sebagainya. Bukan terhad kepada penulisan ayat iklan semata-mata.

Kesimpulan

 

Setelah diamati dan diuji , kesimpulan daripada “hebatnya” hukum tiga ini dalam struktur sesuatu penulisan ialah:

  • Memberi kesan ingatan jangka panjang (How Brain Process Fact)
  • Memudahkan pembaca interpretasi fakta dengan cepat
  • Memudahkan pembaca membuat pilihan

P.s – Petikan ini diambil rujukan daripada Blog Copyblogger dan sebahagian diterjemah dan diolah agar difahami pembaca.

Boleh tolong saya share post ini jika bermanfaat!

[/et_pb_text][et_pb_blurb title=”Ingin Kami Bantu Uruskan Iklan FB Ads Anda dari A-z?” url_new_window=”on” use_icon=”on” font_icon=”” icon_color=”#0008f4″ use_circle=”off” circle_color=”#0008f4″ use_circle_border=”off” circle_border_color=”#0008f4″ icon_placement=”left” animation=”top” background_layout=”light” text_orientation=”left” use_icon_font_size=”on” icon_font_size_last_edited=”on|desktop” icon_font_size=”70px” icon_font_size_phone=”35px” header_text_color=”#ed2b0e” header_letter_spacing=”1″ body_font_size=”17px” body_font_size_tablet=”17px” body_font_size_last_edited=”on|phone” body_line_height_phone=”1.3em” body_line_height_last_edited=”on|phone” background_color=”rgba(247,243,0,0.48)” use_border_color=”on” border_color=”#02808e” border_width=”6px” border_style=”dotted” custom_margin_phone=”|||” custom_margin_last_edited=”on|tablet” disabled=”off”]

Klik Sini-> Servis Pengiklanan Facebook Ads & Ayat Iklan

[/et_pb_blurb][/et_pb_column][/et_pb_row][/et_pb_section]

Belajar sesuatu dari artikel di atas? Jika ya, boleh klik butang di bawah untuk share dengan rakan lain @ tinggalkan sebarang soalan @ cadangan di bawah apa yang anda belajar. 👇🏻

Leave a Reply to ipah Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

One Comment