5 Perkara Anda Perlu Elak Kalau Nak Tulis Ayat Power

Sedar atau tidak. Menulis iklan adalah kunci untuk lariskan produk anda di dunia maya. Setiap perkataan yang kita pilih membawa pengaruhnya tersendiri.

Ada masa, kita hanya tukar 2-3 perkataan. Jualan kita melonjak naik 2-3 kali ganda. Namun ada juga masa, kita tersilap percaturan. Iklan kita tiba-tiba rugi berhari-hari lamanya.

  • Dimana silapnya?
  • Apa punca semua ini berlaku?
  • Bagaimana penyelesaianya?

Semua ini akan saya bahaskan dalam artikel ini. Anda akan faham kenapa ada iklan yang berjaya & kenapa ada iklan yang tak mendapat sambutan di dunia maya (terutamanya Facebook).

Jom kita perhalusi satu per satu. Bila kita faham, mudah kita nak selesaikan masalah.

1. Terlalu Fokus Pada Kelebihan Produk

Iklan yang terlalu fokus pada kelebihan produk tanpa memikirkan manfaatnya pada pelanggan adalah iklan yang syok sendiri. Prospek akan cepat bosan dengan iklan sebegini.

Contoh: Fokus Kelebihan Produk

  • “Kopi XXX saya ini diperbuat daripada akar kayu”
  • “Tudung akak tak jarang”
  • “Milkbooster daripada susu kambing Norway”

Realitinya, jika prospek anda tak sedar akan manfaat kelebihan produk itu untuk diri mereka. Kelebihan tersebut tidak memberikan apa-apa kesan pada emosi prospek.

Kalau ia tak berjaya bangkitkan emosi prospek – Iklan gagal!

Apa yang kita perlu buat:

Perbanyakkan soalan “So, what?” dan guna ayat penghubung “So you can”.

Misalnya, bila kita beritahu kelebihan tudung itu tak jarang. Cuba soal dalam diri kita “So, what?” kalau tak jarang. Letakkan diri kita di tempat pelanggan.

Simulasinya saya boleh tunjukkan sebegini:

Tak jarang (SW?) > Aurat terpelihara (SW?) > Boleh pakai bawak solat (SW?) > Rasa selamat bila pakai (SW?) > Teruskan tanya “So, what?”

Ini cara saya untuk dapatkan idea menulis manfaat produk:

  • Tudung Armina ini tak jarang. Jadi, awak nak jalan-jalan pun selamat. Aurat tertutup sepenuhnya. Bila masuk azan boleh terus sarung untuk solat.

Dah siap penerangan tentang produk. Mudah kan?

2. Target Market Yang Terlalu Umum

Pernah tak anda dengar pepatah: “When we try to talk to everybody, we talk to nobody”. Ya, inilah pepatah yang sesuai saya gunakan untuk poin kedua ini.

Maksudnya: “Bila kita cuba cakap dengan semua orang. Kita (sebenarnya) tak bercakap dengan sesiapa pun.”

Begitu juga dengan iklan. Kita kena tahu. Facebook adalah satu tempat yang bising. Bisingnya umpama pasar borong. Semua orang nak bercakap. Kita terpaksa bersaing dengan posting orang lain.

Contoh: Anda sedang berada di dalam dewan sekolah.

Anda diberi tugasan untuk sampaikan 1 mesej penting. Tapi cabarannya, semua orang dalam dewan itu sibuk dengan hal masing-masing. Malah bising. Semua nak bercakap.

Bagaimana anda nak sampaikan meseh kepada mereka? – Susah!

Apa yang kita perlu buat:

Dalam hukum pengiklanan, ada satu formula yang anda boleh guna untuk bercakap di tempat yang bising. Iaitu anda kena tarik perhatian mereka dahulu sebelum sampaikan mesej.

Dalam contoh yang saya berikan di atas, berikut adalah pendekatan yang saya akan ambil untuk pastikan mesej penting itu sampai kepada orangnya:

  1. Apa mesej yang ingin sampaikan.
  2. Mesej ini perlu disampaikan kepada siapa.
  3. Tarik perhatian mereka dulu.
  4. Sampaikan mesej.

Contoh: Nak beritahu hari isnin semua pelajar Tingkatan 3 kena pergi seminar belajar di Kuala Lumpur.

  1. Mesej: Hari isnin ada seminar dekat Kuala Lumpur
  2. Kepada siapa: Pelajar Tingkatan 3
  3. Tarik perhatian; “Kepada semua Pelajar Tingkatan 3!”
  4. Semua dah beri perhatian, baru saya beritahu; “Hari isnin ni… bla..bla”

Itulah analoginya. Cuba bayangkan, disaat semua orang nak bercakap. Suasana bising. Saya pula terpekik terlolong bagitahu ada seminar. Agak-agak ada tak yang akan fokus dan faham apa yang disampaikan? – Jawapannya, tidak!

Jadi, hukum inilah yang kita kena pakai dalam pengiklanan di tempat yang bising.

3. Tunggu Ilham Sampai

Ilham dan idea adalah rezeki. Rezeki ini benda ghaib. Benda yang kita tak pasti. Kesilapan ramai peniaga adalah menunggu ilham. Bila ilham tak sampai, mulakan mengeluh. Sabar dulu tuan-puan.

Cuba kita muhasabah balik: “Antara tunggu kerja dan cari kerja: Mana yang lebih bagus?”

Saya tak tahu anda. Tapi kalau saya, sudah tentu “cari kerja” lebih bagus. Nah! Jika nak kerja, kita kena CARI. Kenapa ilham/idea kita PILIH untuk tunggu? Nampak tak poin saya?

Sebenarnya, cara paling kebal untuk elak daripada takde ilham adalah cari ilham. Jadilah seorang yang pro-aktif. Buka seorang yang hanya menunggu ilham datang.

Apa yang kita perlu buat:

Sebelum anda menulis. Pastikan anda sudah ada bahan-bahan mentah yang cukup seperti:

  • Kajian produk.
  • Kajian pelanggan.
  • Kajian pasaran.

Dengan adanya data dan bahan mentah sebegini. Tugas kita untuk menulis akan jadi lebih senang.

Secara ringkasnya, kita kena tahu apa yang pelanggan nak dan apa yang kita boleh tawarkan. Barulah kita boleh menulis iklan dengan mudah dan berkesan. Boleh dapat setakat ni?

4. Tak Guna Bahasa Pelanggan

“Bahasa yang terlalu tinggi. Buatkan kita rasa hebat. Tapi belum tentu buatkan prospek faham dan beli daripada kita.” – Faris Osman.

Dalam sesetengah keadaan, ketika kita menulis iklan. Kita tak perlu guna bahasa professor. Walaupun kita adalah pelajar terbaik sastera. Bak kata salah seorang Lagenda Copywriter, David Ogilvy;

“if you want people to buy your product, you must explain it as briefly and simply as possible: what you sell, and how buying your product will improve their lives.”

Maksud mudahnya, kalau kita nak tulis iklan untuk jual produk.

Kita perlulah sehabis baik terang pada mereka, dengan guna bahasa yang mereka paling mudah faham, supaya mereka nampak nilai, bahawa produk kita boleh bantu tambah baik hidup mereka.

Apa yang perlu kita buat:

Jika produk anda ada bahan yang guna istilah sainstifik/bombastik. Sebolehnya, elakkan guna istilah tersebut (melainkan anda memang nak tarik perhatian kelompok yang spesifik).

Contoh: Jual hartanah

Anda nak tarik perhatian pelabur baru. Istilah ‘Subsale' sukar difahami. Anda boleh tukar kepada ‘Rumah second-hand atau rumah terpakai' yang boleh difahami orang awam.

Namun begitu, jika anda nak tarik perhatian orang yang memang berada dalam industri hartanah. Lafaz ‘Subsale' akan bantu anda tapis mereka yang spesifik baca iklan.

Kata kuncinya, pilih perkataan yang sesuai dengan tahap kefahaman pelanggan kita. Jika rasa ragu-ragu, cuba cari perkataan yang sama maksud atau ayat yang lebih mudah faham.

Boleh dapat?

5. Tulis Ikut Rasa Bukan Dari Kajian

Sebenarnya, kita boleh tahu. Seseorang peniaga itu tulis iklan berdasarkan kajian atau main ‘goreng' sesedap rasa.

Copywriting yang ditulis berdasarkan kajian. Isinya mampat. Padat. Penuh dengan fakta atau kisah emosi pelanggan. Manakala, copywriting yang dibuat berdasarkan ‘rasa-rasa'. Biasanya, meleret-leret tanpa hala tuju.

Tandanya, bila kita baca boleh tergeliat lidah. 🙂

Apa yang perlu kita buat:

Sebab itu, pentingnya buat kajian (seperti dalam poin nombor 3). Jujurnya saya sendiri, bila menulis copywriting. Saya akan jadi blur bila tiada kajian. Setidaknya, saya perlu jawapan untuk 5 poin di bawah:

  1. Jual untuk apa?
  2. Nak jual dekat siapa?
  3. Apa yang bestnya produk ini?
  4. Kenapa kena beli dari kita?
  5. Macamana nak order?

Bila tahu jer 5 poin ini. Saya akan buat kajian tentang pelanggan dan pasaran untuk produk tersebut. Selepas semuanya selesai, baru saya mula menulis.

Contoh: Travel Agency

  1. (Jual untuk apa?) Pakej pelancongan ke Turki.
  2. (Untuk siapa?) Kaki travel & minat pergi tempat sejarah Islam.
  3. (Apa yang best?) Boleh custom ikut tempat kita nak pergi.
  4. (Kenapa kita?) Ada pemandu pelancong boleh cakap Melayu.
  5. (Cara order?) Isi borang.

Buat seperti yang saya buat di atas tu. Cuba tanya pelanggan lama kita. Kenapa dia beli dari kita? Apa bestnya produk kita? Dapat jawapan dari mereka, anda dah boleh mula menulis iklan.

Pecahkan dalam bentuk poin supaya lebih mudah faham.

Akhir kata

Saya harap artikel ini dapat sedarkan anda tentang perkara-perkara yang anda perlu elak ketika menulis iklan dan apa yang perlu anda buat.

Bagi mereka yang nak join sesi yang lebih intensif tentang copywriting (one-to-one) dan boleh siapkan terus iklan bersama copywriter di Team Fames.

Kami masih buka peluang bagi yang berminat untuk anda korek sendiri rahsia kami hasilkan 5-6 angka jualan sebulan untuk klien. (Lihat Harga Sesi)

p.s: Sebelum ini sesi ini hanya RM147/jam. Sekarang sudah naik dan akan terus naik. Anda cepat, anda untung. Dah nak puasa ni. Puasa mungkin kami rehat. Mungkin! 🙂

Belajar sesuatu dari artikel di atas? Jika ya, boleh klik butang di bawah untuk share dengan rakan lain @ tinggalkan sebarang soalan @ cadangan di bawah apa yang anda belajar. 👇🏻

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *