Pengiklanan

Apakah Google Adwords?

Ketika artikel ini ditulis, Facebook sering melakukan major update di platform pengiklanan mereka. Ia secara langsung telah memberi kesan kepada prestasi iklan.

Ada yang kos naik tiba-tiba. Ada yang leads tak berapa nak masuk. Ada juga yang leads terus tak masuk. Sendu!

Oleh sebab ia sering berlaku, anda mungkin mencari alternatif lain.

Pernah dengar mengenai Google Adwords? Jom saya kenalkan platform pengiklanan hebat ini kepada anda.

Google Adwords adalah platform pengiklanan yang dimiliki oleh Google – Enjin Carian (Search engine) nombor 1 didunia!

Tahukah anda, Google menguasai kira-kira 98% market share untuk enjin carian seluruh dunia. Power kan?

Melalui Google Adwords, anda boleh memasarkan produk/servis anda melalui 3 medium utama;

#1 Rangkaian Enjin Carian (Search Network)

Dengan menggunakan copywriting yang pendek, anda boleh mengiklankan produk/servis di dalam ‘query’ carian di Google dan beberapa enjin carian lain seperti Ask.com, AOL dan banyak lagi.

Anda perlu ‘bid’ kata kunci (keyword) yang berkenaan dengan niche produk/servis anda.

Jika anda menjual produk milk booster, anda boleh guna keyword seperti ‘tambah susu badan’, ‘milk booster’ dan beberapa keyword lain yang berkaitan.

Keyword ni pun ada beberapa kategorinya. Saya akan ceritakan di artikel lain ya.

Pemilihan keyword adalah amat penting dalam memastikan kempen pengiklanan di Search Network berjaya.

Berikut adalah contoh iklan (ads) yang terpapar dengan keyword ‘Google Adwords’ di carian Google.

Kotak A adalah ads yang terpapar daripada keyword yang diisi. Anak panah menunjukkan kotak kecil mengandungi perkataan “Ad” menunjukkan query itu adalah iklan.

Kotak B pula menunjukkan query organik daripada keyword ‘Google Adwords'

#2 Rangkaian paparan (Display Network)

Display Network adalah ads dalam bentuk ayat, gambar mahupun animasi di laman web yang dimiliki Google atau laman-laman web yang membenarkan iklan Google dipaparkan di laman web mereka melalui program Google AdSense.

Secara ringkas, Google AdSense adalah medium yang diwujudkan Google kepada pemilik-pemilik laman web untuk menyewakan ruang dalam laman web mereka untuk memaparkan iklan-iklan dari Google Adwords.

Jadi, dengan menggunakan Display Network, anda boleh memaksimakan ‘Reach’ kempen anda kepada banyak laman web yang memiliki trafik harian yang tinggi!

Ia ibarat anda memiliki billboard di laman-laman web yang terkemuka.

Apa yang menarik?

Anda siap boleh set lagi nak letak billboard di web yang anda suka! Hebat kan?

Didalam kotak merah adalah iklan ‘banner' Display Network yang dipaparkan di laman Sinar Harian. Dalam bulatan kecil itu adalah logo ‘AdChoices' yang menunjukkan ia adalah iklan dari Google Display Network.

Dalam kotak merah adalah iklan Display Network yang dipaparkan di laman YouTube.

#3 Rangkaian Video

Bila ditanya laman perkongsian video paling popular, apa jawapan anda?

Baca Juga:  Iklan Anda Mula Lemau? 2 Cara Ini Dapat Bantu Lonjakkan Semula Respon Iklan Anda

YouTube?

Ya, tepat sekali. YouTube!

Tahukah anda YouTube juga dimiliki Google?

Jadi, anda juga boleh paparkan video produk/servis anda di YouTube melalui Google Adwords.

Bukan sahaja di YouTube, malah di beberapa laman dan apps perkongsian video yang lain.

Iklan video di laman YouTube.

Moga dengan perkongsian ini anda dah kenal serba sedikit mengenai Google Adwords.

Insya-Allah pada masa akan datang saya akan menulis banyak lagi mengenai Google Adwords disini.

Jemput share ye!

Leave a Comment

Nak Video Pemasaran Facebook Percuma?

Nak Video Pemasaran Facebook Percuma?

Masukkan details anda di bawah untuk muat turun pakej video percuma daripada saya.

You have Successfully Subscribed!

Shares