Apa Nak Buat Kalau Akaun FB Ads Anda Kena Flag?

Apa Nak Buat Kalau Akaun Facebook Ads Kena Flag Ban

“Alamak, akaun saya tiba-tiba kena flag! Apa patut saya buat?”

Saya selalu sangat dapat soalan seperti di atas jadi saya rasa lebih mudah kalau saya kongsikan terus di blog saya ini.

Apa sebenarnya yang patut anda buat kalau akaun FB Ads anda kena flag?

  • Adakah anda patut buat akaun Facebook baru dan run iklan guna akaun baru tersebut?
  • Adakah anda perlu buat Page baru juga untuk bisnes anda?
  • Masih boleh ke nak guna Credit Card atau Debit Card sebelum ini?

InsyaAllah saya cuba jawab kesemua persoalan di atas dalam artikel ini.

Jemput teruskan membaca.

Apa Perlu Buat Bila Akaun Kena Flag

Ada 5 benda yang saya sarankan untuk anda buat bila akaun anda kena sekat @ ban dengan Facebook.

1. Jangan Gelabah

Ini sangat penting.

Bila akaun iklan anda kena flag, janganlah terlalu gelabah macam dunia dah nak kiamat.

Akaun Facebook personal anda masih bebas digunakan dengan bahagia.

Page anda pun masih tetap boleh digunakan dan diakses oleh fans anda.

Jadi janganlah risau sangat.

Anda tak perlu pun bermula dari zero semula.

Anda hanya perlu cuba dapatkan semula akaun anda dengan mengikut langkah #2 di bawah.

2. Buat Rayuan @ Appeal

Bila akaun anda kena flag, Facebook akan bagi notification dalam Ads Manager anda dan juga melalui emel.

Dalam notifikasi tersebut, biasanya akan ada sekali link khas untuk anda hubungi pihak Facebook untuk membuat rayuan.

Pastikan anda klik link tersebut dan buat rayuan.

Itu kalau anda memang tak bersalah lah (sebab kadang-kadang sistem Facebook pun tak berapa betul).

Kalau anda memang buat salah, tak perlu bazir masa merayu.

Contoh kesalahan yang biasanya sangat jelas lagi nyata (ala-ala terang lagi bersuluh):

  1. Jual produk keintiman rumah tangga (perapat, pengetat, penguat, etc)
  2. Jual produk kesihatan @ kurus yang tidak mempunyai KKM
  3. Jual produk fake / replika
  4. Menggunakan content (video atau gambar) yang mempunyai copyright orang lain
  5. Menggunakan fake / duplicate akaun untuk buat iklan
  6. Banyak menggunakan ayat-ayat hype @ overclaim seperti:
    1. Dijamin Berkesan
    2. Terbukti Berkesan
    3. Kesan Dalam Masa XX Hari
    4. Dan yang seangkatan dengannya
  7. Menggunakan gambar sebelum dan selepas dalam iklan

Untuk kategori #1 sampai 5# di atas…

Merayu macam mana dasyat sekalipun, akaun anda biasanya tak akan dapat balik sebab itu adalah kesalahan yang jelas melanggar polisi platform Facebook.

Untuk kategori #6 & #7 di atas pula…

Ada kemungkinan anda boleh dapat kembali akaun anda kalau ayat rayuan anda berjaya melembutkan hati staf Facebook yang menguruskan kes anda.

Ramai yang ingat bila akaun kena flag, boleh senang-senang buat akaun baru dan run iklan guna akaun tersebut.

Dulu memang boleh…

Tapi sekarang Facebook sangat cekap mengenalpasti akaun duplicate atau fake ini (walaupun anda guna alamat emel yang berbeza).

“Habis Tu Nak Buat Macam Mana”

Nanti baca point #5 di bawah. InsyaAllah settle masalah.

3. Apa Nak Tulis Untuk Rayuan?

Tulislah ayat jiwang karat supaya Mark Zuckerberg lembut hati nak unflag korang punya akaun.

Serious!

Sebab yang akan review rayuan anda adalah staf Facebook @ manusia yang mempunyai hati dan perasaan.

(Bukan lah Mark Zuckerberg yang akan review kes anda. Itu gurau jer…_

“Saya Tak Reti Nak Tulis Ayat Merayu-Rayu Ni…”

Takpe, ini contoh ayat yang anda boleh guna;

“Hi There,

My Ads Account was recently flagged for _________ (tengok balik apa reason yang FB bagi).

I believe this must be some mistake because I’ve made sure that all my ads comply with your advertising policies.

If, in anyway, I really did do anything wrong, please let me know.

I sincerely apologies and regret it.

I would really appreciate if you can review back this decision and unflag my account.

Thanks dan best regard,

_____________ (nama anda)

P.s. – I’ve been using Facebook Ads for months to make some money for me and my family. This flag thing will really make our life hard.

Tu contoh jer.

Boleh ubah kasik lebih touching.

4. Tunggu & Berdoa

Lepas dah submit appeal, tunggulah pihak Facebook respon.

Biasanya cepat.

Kadang-kadang tu lembat.

Apapun, pastikan anda tak lupa berdoa sebab yang memegang hati-hati manusia ni adalah Allah (kan?).

5. Buat Akaun Business Manager

Ok, ini rahsia yang ramai orang tak tau.

Kalau anda nak cepat-cepat buat iklan semula, anda sebenarnya boleh buka akaun ‘Facebook Business Manager‘ menggunakan akaun Facebook anda yang sedia ada.

Setakat ini, walaupun akaun ads anda kena ‘flag', anda masih boleh buka akaun ads baru di Business Manager.

Anda boleh tonton video di bawah.

Biasanya anda dah tak boleh guna kad yang sama dengan kad yang digunakan dalam akaun ads yang sudah di ‘flag'.

Jadi anda terpaksa guna kad daripada bank yang lain.

Ataupun nak mudah, pergi bank dan bagitau kad anda hilang.

Ok lah, itu saja tips untuk sapa-sapa yang akaun tetiba kena flag.

Ada Belajar Sesuatu?

Saya harap anda belajar sesuatu yang bermanfaat daripada artikel padat kali ini.

Dan kalau anda nak belajar strategi-strategi pemasaran Facebook yang terkini, saya syorkan anda untuk mendapatkan Pakej ViPER Reloaded saya (klik jer gambar di bawah untuk info lanjut).

Pakej Video Panduan Facebook Marketing Advance

Belajar sesuatu dari artikel di atas? Jika ya, boleh klik butang di bawah untuk share dengan rakan lain @ tinggalkan sebarang soalan @ cadangan di bawah apa yang anda belajar. 👇🏻

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

One Comment

  1. kesalahan nombor 2 tu pernah terbuat (produk sedang dalam proses nak lulus)..nasib baik tak kena flag. Alhamdulillah..

    lepas ni kena beringat betul-betul..mintak dijauhkan jauh-jauh akaun kena flag. Aamiiin : )