facebook_pixel
Facebook Marketing

Apa Itu Lookalike Audience & Cara Menggunakannya

Cara buat dan guna lookalike audience untuk buat iklan murah di Facebook

Dalam bulan April 2014, saya pernah tulis tentang cara mudah untuk dapatkan targeted audience menggunakan “Lookalike Audience”.

Kalau ini 1st time anda dengar tentang Lookalike Audience, anda boleh baca entri tersebut dulu.

Masa mula-mula dilancarkan, Lookalike Audience hanya boleh dibuat menggunakan Power Editor (yang tak semua orang reti guna).

Alhamdulillah, sekarang fungsi ini dah boleh diakses dengan mudah menggunakan Ads Manager. Tak perlu pening kepala nak belajar cara guna Power Editor.

Dalam entri kali ini, saya nak share cara paling mudah untuk anda create Lookalike Audience anda sendiri.

Baca Juga:  Update Terbaru Power Editor Memudahkan Proses Split Test Gambar

5 Langkah Mudah Untuk Create Lookalike Audience

1. Masuk ke Ads Manager & klik pada bahagian ‘Audience'

Cara Buat Lookalike Audience Untuk FB Ads

2. Klik ‘Create Audience' & pilih ‘Lookalike Audience'.

Cara Create Lookalike Audience Untuk Facebook

[alert-note]Kalau ini adalah 1st audience anda, anda akan terus nampak option untuk create ‘Custom Audience' atau ‘Lookalike Audience'.[/alert-note]

3. Pilih ‘Source' untuk Lookalike Audience anda.

Cara Mudah Guna Lookalike Audience

Anda boleh pilih daripada:

  • Page (Likers)
  • Website Custom Audience
  • Customer List Custom Audience (Datafile)
  • Conversion Pixel

4. Pilih ‘Size' Lookalike Audience yang anda nak.

Cara Mudah Create Lookalike Audience

[alert-success]Saya rekemen start dengan size yang paling kecil sebab ianya lebih targeted.[/alert-success]

5. Tunggu Facebook proses & siapkan Lookalike Audience anda

Biasanya Facebook akan mengambil masa dalam 30 minit ke sejam untuk siapkan Lookalike Audience anda. Paling lama pun 24 jam.

Cara Guna Lookalike Audience Yang Dah Siap

Bila Lookalike Audience anda dah siap, anda boleh masukkan audience tersebut di bahagian ‘Custom Audience' masa nak buat iklan.

[alert-note]Kalau Lookalike Audience anda masih belum siap, anda dah boleh start buat iklan sebenarnya. Cuma anda tak dapat nak tengok jumlah potential reach untuk iklan tersebut.[/alert-note]

Cara Pilih Lookalike Audience Masa Buat Iklan FB

Apabila menggunakan fungsi ini, anda dah tak perlu pening kepala masukkan interest.

Anda hanya perlu adjust dari segi…

  • Lokasi
  • Umur
  • Jantina
  • Relationship (Single, Married, Engaged, etc.)

“Berkesan Ke Guna Lookalike Audience?”

Seperti biasa…

Mesti ada yang akan tanya soalan di atas.

Setakat pengalaman saya sendiri dan feedback students & clients saya, Alhamdulillah Lookalike Audience ini sangat membantu.

Biasanya bila menggunakan Lookalike Audience, respon untuk iklan tersebut sangat bagus. Bila respon bagus, kos iklan pun insyaAllah akan jadi murah.

Apapun, anda masih perlu monitor sales dan ROI (Return of Investment) iklan anda untuk confirmkan OK ke KO.

Selamat Mencuba!

Saya doakan anda berjaya gunakan Lookalike Audience untuk mengurangkan kos iklan dan juga meningkatkan jualan anda.

P.s. – Dah tau ilmu ini, jangan pendam sorang-sorang. Klik ‘Share' supaya orang lain pun boleh dapat manfaat!

3 Comments

  1. chah maisarah
  2. nekmah

Leave a Comment

Nak Video Pemasaran Facebook Percuma?

Nak Video Pemasaran Facebook Percuma?

Masukkan details anda di bawah untuk muat turun pakej video percuma daripada saya.

You have Successfully Subscribed!

Shares