Bisnes

8 Maksud Status Tracking Pos Laju yang Anda Wajib Tahu

Minggu ni saya nak rehat kejap.

Penat hasilkan konten-konten yang berkaitan teknikal dan copywriting.

Artikel minggu ni santai sikit, tapi ianya sangat penting.

Saya boleh katakan, semua usahawan online wajib baca artikel ni.

Minggu ni saya cuma nak share maksud-maksud status dalam tracking pos laju.

Seminar Pemasaran Online Terkini 2018 By Firdaus Azizi

Saya hanya share tentang tracking pos laju memandangkan majoriti usahawan online guna servis pos laju.

Sebagai usahawan online, anda wajib fahamkan maksud setiap status tracking.

Sebab, kadang-kadang ada pelanggan yang tak faham sangat.

Pelanggan ni kadang-kadang bila 2-3 hari parcel masih tak sampai-sampai, dia akan jadi resah.

Pelanggan akan bertambah gelisah bila dia check tracking tapi dia tak faham maksud setiap status tu. Huhu..

Jadi, kalau anda dapat terangkan pada pelanggan, ianya akan jadi added value pada pelanggan.

Pelanggan pun akan bertambah suka pada anda.

Untung-untung pelanggan akan rekemen pada kawan-kawan dia untuk beli dari anda. šŸ˜‰

Okay, jom straight to the point.

Ini 8 maksud status tracking pos laju.

#1 – Item posted over the counter

Status ni biasanya akan keluar lepas anda hantar parcel di kaunter pos laju. Sebaik je pekerja kaunter scan slip pos laju anda, sistem pos laju akan keluarkan status ni.

#2 – Item dispatched out

Abang-abang pos laju dah masukkan parcel dalam van/lori pos laju, Parcel anda dah keluar dari pos laju dan on the way dihantar ke Parcel Hub.

Parcel Hub ni adalah pusat sehenti untuk process parcel. Boleh kata, ianya pusat untuk susun parcel sebelum dihantar ke negeri penerima.

#3 – Item processed

Bila tiba di Parcel Hub, mereka akan proses parcel anda.

Masa di parcel hub, pihak pos laju akan bahagikan semua parcel mengikut negeri/poskod.

#4 – Consignment dispatch out from Transit Office

Parcel dihantar keluar dari pejabat transit.

Tapi, belum sedia untuk dihantar ke penerima lagi.

Abang Posmen akan hantar parcel ke pejabat pos yang terdekat dengan alamat rumah penerima.

#5 – Arrive at delivery facility at

Parcel dah sampai di pejabat pos yang terdekat dengan alamat rumah penerima.

#6 – Item out for delivery

Bila anda nampak status, maksudnya parcel dah dipungut dan siap sedia untuk dihantar ke alamat rumah penerima.

Bila dah keluar status ni, kena prepare la.

Bila-bila masa je abang posmen akan datang untuk hantar parcel.

Sebab tu ada pelanggan yang lebih suka minta parcel mereka diposkan ke alamat pejabat.

Tapi, jangan risau.

Walaupun takde orang pickup parcel masa abang posmen dating, pihak pos laju akan simpan parcel anda di pejabat pos.

Baca Juga:  Belum mulakan Bisnes Internet? Ini 5 Sebab Mengapa Anda Perlu Mulakan Sekarang

#7 – Item can be collected atā€¦

Kalau anda check tracking pos laju dan nampak status ni, maksudnya pihak pos laju dah hantar posmen mereka untuk hantar parcel anda.

Cuma, masa posmen hantar tu, tak ada orang yang pickup.

Apa yang posmen akan buat adalah, mereka akan return parcel ke pejabat pos semula.

Biasanya, posmen akan tinggalkan notis di peti surat penerima.

Penerima Cuma perlu bawa notis ke pejabat pos untuk collect parcel.

#8 – Item delivered to (Nama orang yang collect parcel)

Bila parcel dah dihantar, system tracking akan paparkan status ini beserta nama orang yang ambil parcel tu.

Kalau ada pelanggan cakap mereka belum terima parcel, cuba anda check dalam tracking.

Kalau keluar status ni, maksudnya parcel memang dah dihantar.

Ianya bukan tanggungjawab anda lagi kalau pelanggan tak terima parcel.

Kadang-kadang, parcel tu dihantar ke pejabat tempat pelanggan bekerja.

Staff tempat kerja pelanggan tu yang terima parcel.

Apa yang anda boleh buat adalah, berikan nama orang yang terima parcel tu pada pelanggan anda.

Kemudian, minta mereka check dengan individu tersebut.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Dah Buat FB Ads Tapi Masih Tak Menjadi?Klik Sini Untuk Kami Bantu
Nak Video Pemasaran Facebook Percuma?

Nak Video Pemasaran Facebook Percuma?

Masukkan details anda di bawah untuk muat turunĀ pakej videoĀ percuma daripada saya.

You have Successfully Subscribed!

Shares