7 Tips Nak Buat Clearance Sales Yang Berkesan

Sebut pasal clearance sales, apa yang kita bayangkan pastinya feedback yang luar biasa dari audience kita, betul?

Dah buat clearance sales, dah bagi harga murah, tapi jualan masih suam-suam kuku je…

Apa nak buat ni?

Jangan risau…

Jangan stress…

Dalam artikel kali ini saya kongsikan 7 tips untuk membuat “Clearance Sales” ataupun jualan penghabisan stok yang berkesan dan meriah.

Okay, jom kita start!

1# Jangan Terlalu Kerap Buat Clearance Sale

Nak buat sales atau apa-apa promosi, kita perlukan perancangan yang baik supaya baik anda atau team sales, bersedia kepada sebarang respond dari audience.

Terlalu kerap buat clearance sales boleh menyebabkan nama branding anda makin jatuh dan lemah.

Contoh anda bisnes fesyen, fans anda mungkin akan terfikir:

  • Kenapa selalu sangat buat clearance, tak laku ke?
  • Stok reject ke ni?
  • Design outseason ke?
  • Mesti banyak color yang tak laku kot & banyak lagi.

Lagipun apabila terlalu banyak clearance sales, lama-lama fans “lali”.

Mereka tak rasa ternanti-nanti nak grab promo anda tau.

Adalah lebih baik jika anda kumpul fans dan follower dulu, baru buat clearance.

Solusi mudah, anda sendiri boleh rancang atau gabungkan promosi clearance anda dengan promosi lain.

Sebagai contoh Sales New Year, anda boleh selitkan sekali clearance sales untuk habiskan stock tahun sebelumnya.

Next, saya terangkan bagaimana nak plan dan pilih tarikh yang sesuai untuk buat clearance sales.

2# Pilih Tarikh Yang Ada Event Besar

Nak buat clearance atau apa-apa sales sekalipun, anda perlu ada marketing plan yang tersusun.

Pernah tak jumpa rakan bisnes yang dah plan marketing strategy dia untuk satu tahun terus?

Plan marketing setahun

Jika anda mahu seperti mereka, langkah pertama untuk anda merancang kempen marketing untuk setahun adalah dengan memilih tarikh-tarikh penting pada tahun tersebut.

Bila customer anda suka membeli?

Bulan puasa? Raya Haji? Tahun Baru Cina?

Tarikh-tarikh ini menunjukkan bila waktu “jackport” dan waktu “suram” bisnes kita.

Daripada tarikh-tarikh inilah nanti kita tahu:

  • Bila kita kena kerja keras
  • Bila kena letak bajet iklan besar
  • Bila kita kena ready stock produk lebih untuk memenuhi kehendak customer.

Apa yang anda perlu buat adalah:

  • Dapatkan kalendar tahun depan.
  • Mark tarikh- tarikh penting seperti hari raya, merdeka, cuti sekolah, tarikh gaji, hari ibu dan lain-lain.
  • Di antara tarikh2 penting yang anda mark, double check tarikh mana yang target audience anda akan aktif/ tidak mencari dan membeli produk anda
  • Letakkan target seperti sales, kos iklan (kos ads,kos untuk bahan marketing), target customer, leads, berapa team sales yang diperlukan.
  • Untuk meletakkan target yang lebih realistik, gunakan data tahun ini sebagai panduan.

Untuk pastikan target iklan anda tercapai, pastikan minima kos iklan anda adalah 10% daripada target sales.

Selalunya pada waktu-waktu jackport, persaingan anda akan lebih tinggi, kos iklan juga boleh jadi makin mahal.

So, dari sekarang anda kena prepare. Bukan lagi sebulan dua nak run promo, baru nak buat plan marketing.

Untuk point seterusnya, saya jelaskan bagaimana medium marketplace juga boleh menjadi peluang anda maksimakan clearance sales.

3# Join wave Shopee dan Lazada

Marketplace seperti Shopee dan Lazada secara tak langsung sudah memperanguhi trend pembelian customer kita.

Sebagai contoh, ada hari-hari tertentu yang mereka akan buat sales besar-besaran seperti 9/9, 11/11 dan 12/12.

Jadi, anda boleh ambil peluang mood orang nak membeli ketika itu, untuk sama-sama join buat clearance sale.

Nak lagi berkesan, anda tambah medium jualan anda juga, ke dalam marketplace.

Buka akaun baru sebagai shopper.

Tapi sebelum anda nak run sales, jangan lupa bagi “hint” dekat customer dengan teaser.

 

4# Buat Teaser Lebih Awal

Walaupun anda sekadar nak habiskan lebihan stok yang ada, anda still kena prepare supaya audience aware bila sales anda berlangsung.

Setidaknya, bila mereka aware, barulah mereka akan tertunggu launching promo anda.

Salah satu cara, anda buat iklan teaser kepada fans dan “people who are engaged” dengan bisnes anda.

Jalankan teaser dalam 3-7 hari sebelum tarikh official promo anda berlangsung.

Dan yang penting bila buat teaser ni, bagilah detail bila anda nak launching promo ni.

Janganlah letak “coming soon” kosong dan biar audience anda tertanya-tanya bila clearance sales anda akan diadakan.

Contoh selitkan dalam copywriting / bahan iklan anda :

“Raya Clearance Sales, 17 July 2019, 10 pagi”

Selain tu, nak bagi teaser promo anda lebih berkesan, anda boleh gunakan strategi bagaimana Clearance Sales Switch di Mytown yang viral pada tahun 2018.

Info teaser yang perlu kita beritahu audience

Daripada contoh gambar promo clearance Switch, semasa teaser lagi, mereka dah update:

  • Produk apa dalam senarai clearance
  • Keadaan produk (display unit/ new/ minor defect)
  • Berapa unit yang tinggal
  • Harga asal dan harga promo

Apabila anda buat macam ni, lagi tak senang duduk fans anda dibuatnya. Sekurang-kurangnya mereka dah boleh “readykan” bajet dan list produk apa yang mereka nak beli dari anda masa sales nanti.

5# Reach Semua Channel

Selepas kita dah buat teaser, kita boleh buat last reminder pada hari promo anda berlangsung, untuk announce fans anda sales telah dibuka.

Pada hari launching tersebut, pastikan anda gunakan semua medium yang anda ada untuk sampaikan maklumat ni kepada mereka.

Gunakan:

  • SMS
  • Broadcast Whatsapp
  • Broadcasr Messenger
  • Email
  • Iklan FB Ads
  • IG & FB Stories dan banyak lagi

Lebih banyak orang tahu sales anda, barulah cepat habis stock anda nanti!

Lagi best, apabila anda sentiasa update stock yang sudah terjual untuk wujudkan element “urgency” supaya fans anda cepat membeli.

6# Berikan Irrestible Offer

Offer yang baik bukan saja diukur pada harga diskaun yang murah.

Freegift extra dan bundle purchase juga boleh buat pelanggan rasa rugi kalau tak berbelanja besar semasa sales.

Contoh: Harga asal : RM40. Diskaun 50% : RM20.

Tetapi, untuk Clearance Sales: Beli 5 Helai = Diskaun lagi 20% + Free Postage + Free Gift.

Kenapa kena tambah offer? Supaya kita boleh tingkatkan average order value, dan lagi cepat stok anda habis!

Dan last sekali, kita gunakan urgency, limitkan masa promosi untuk lengkapkan clearance sales anda.

7# Letakkan Limit Masa

Of course masa akan membuatkn customer anda cepat membuat pembelian.

Sebagai contoh Clearance Sales anda hanya akan berlangsung selama 24 jam saja.

Apabila sales tamat,update dekat page, announce anda tutup sales tersebut, semuanya sudah kembali kepada harga asal.

Walaupun mungkin anda terlepas customer-customer yang lambat bertindak, sekurang-kurangnya kita telah tunjuk pada customer jika mereka lambat, mereka akan terlepas peluang.

Sekurang-kurangnya mereka akan alert next time untuk tidak terlepas grab promo anda.

Kesimpulannya, untuk buat clearance sales, kita sendiri kena pandai “kacau” jiwa audience secara phsycology. Semoga clearance sales yang anda buat akan datang, akan lebih meriah dan capai target yang anda mahukan.

Perlukan bantuan Team FAMES untuk guide Ads Clearance Sales anda?

Jangan risau, anda buntu kami bantu. Di team FAMES, kami sentiasa terbuka kepada anda yang ingin mendapatkan sesi coaching one-to-one bersama kami.

Klik jer butang di bawah untuk info lanjut.

Belajar sesuatu dari artikel di atas? Jika ya, boleh klik butang di bawah untuk share dengan rakan lain @ tinggalkan sebarang soalan @ cadangan di bawah apa yang anda belajar. 👇🏻

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *