Pengiklanan

6 Jenis Emosi yang Menjadi Suis Trigger Pelanggan Untuk Membeli Dengan Mudah. [Part 1/2]

Emosi…

Emosi adalah ibarat suis pembelian.

Jika dipetik, ia umpama trigger yang mendorong prospek untuk beli produk/servis anda.

Manusia analisa tentang sesuatu produk/servis berdasarkan fakta, tapi bukan fakta logik yang menjadi asas manusia untuk buat keputusan pembelian.

Tapi, emosi yang menjadi faktor seseorang untuk buat keputusan pembelian.

Seminar Pemasaran Online Terkini 2018 By Firdaus Azizi

Kenapa ada orang pilih beli iPhone berbanding smartphone jenama lain?

Kenapa ada orang nak sangat beli BMW dan bukan kereta-kereta lain. Kereta semua sama saja, tujuan beli kereta adalah untuk mudah bergerak dari satu tempat ke satu tempat.

Boleh je beli apa-apa jenis kereta tapi kenapa nak pilih jenama-jenama yang tertentu.

Semua ini adalah emosi. Bangga, Ego, Bahagia dan anda namakan apa saja emosi yang ada.

Apa pun ada 6 emosi asas yang boleh digunakan dalam ayat iklan untuk dorong pelanggan beli sesuatu produk/servis.

 

#1. Seronok

 

iklan emosi seronok

 

Emosi ini banyak digunakan dalam iklan-iklan mainan kanak-kanak dan makanan segera seperti KFC dan McD.

Cuba tengok iklan mereka, mereka akan tunjukkan ciri-ciri menarik pada mainan mereka. Visual wajah kanak-kanak yang gembira bermain dengan permainan yang mereka keluarkan.

Sebab tu, KFC dan McD selalu keluarkan mainan-mainan percuma dalam masa terhad sebagai offer.

 

#2. Takut

 

Ketakutan adalah antara emosi yang berkesan untuk buat pelanggan beli sesuatu produk/servis.

Emosi ini banyak digunakan dalam iklan-iklan insurans. Apa sahaja produk yang melibatkan masa depan, sesuai gunakan emosi jenis ini.

Apa maksud produk yang melibatkan masa depan ya? 

Maksudnya adalah produk/servis yang outcome tidak nampak sekarang. Tapi, jika tidak dibeli mungkin melibatkan kerugian atau bencana yang besar di masa akan datang.

Hati-hati jika mahu gunakan emosi ni dalam ayat iklan, ada orang rasa benci jika baca iklan yang terlalu negatif.

 

#3. Jijik

 

Eh? Ada ke orang beli satu-satu produk disebabkan emosi jijik?

 

iklan emosi jijik

 

Jangan terkejut, memang ada. Kenapa produk racun lipas boleh laku?

Kenapa ada orang sanggup gunakan servis pest control walaupun harga ada yang cecah ribuan RM?

Semua adalah disebabkan emosi jijik terhadap makhluk perosak ni. 

Selain tu? 

Mungkin ada orang rasa jijik tengok jerawat menggerutu di wajah dia? Mungkin ada orang jijik tengok perut dia yang memboyot?

Tapi, sama juga seperti emosi ketakutan. Perlu sangat-sangat untuk berhati-hati gunakan emosi jenis ni dalam iklan. Takut ada yang tak suka dengan iklan anda dan mereka report pada pihak FB.

 

Bersambung di bahagian kedua (minggu depan)…

 

Dalam artikel ini, saya kongsikan 3 dari 6 emosi utama yang menjadi asas dalam membuat keputusan pembelian. 

Minggu depan, saya kongsikan lagi 3 emosi yang anda boleh masukkan dalam ayat iklan anda. 

Jumpa di bahagian ke-2, minggu depan. =)

 

Baca Juga:  Cara Buatkan Prospek Baca Iklan Kita Sampai Habis. (No. 3 Ayat Psikologi Abraham Maslow)

Rujukan:
Artikel ini diolah semula dari buku “Persuasive Copywriting”, ditulis oleh Andy Maslen

2 Comments

  1. Aishah

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Nak Join Workshop Terdekat Saya?Klik Sini!
+ +
Shares