5 Sebab Kenapa Anda Perlu Mulakan Pemasaran Email

Anda adalah peniaga online?

Tapi anda masih belum menggunakan Pemasaran Email dalam bisnes anda sekarang?

Ketahuilah bahawa anda tergolong di kalangan orang yang RUGI…kenapa rugi? Jom kita tengok 5 sebab kenapa anda perlu mulakan pemasaran email sekarang.

1. Lebih dari 80% orang mempunyai akaun email.

Email merupakan satu medium perhubungan yang tidak lapuk ketika ini. Jika anda bekerja di mana-mana organisasi ketika ini, email merupakan satu cara bagaimana setiap anggota kerja berkomunikasi antara satu sama lain.

Boleh anda namakan rakan anda yang tidak mempunyai akaun email?

Sukar bukan??

Anda sendiri sebagai pengguna email mesti sering mendapat email yang berkaitan dengan kehidupan anda sendiri. Kajian mendapati secara purata manusia akan mendapat email sebanyak 45 email dalam masa sehari. Secara keseluruhan , di dalam dunian ini terdapat lebih dari 196 Million email yang dihantar setiap hari. Dan daripada 196 Million ini, 109 billion adalah email berkaitan dengan bisnes dan juga pemasaran.

2. Lebih Efektif daripada Media Sosial

Opsss..jangan salah faham, media sosial masih lagi memainkan peranan yang sangat penting dalam sesebuah pemasaran. Media sosial seperti Facebook,Twitter, Youtube dan sebagainya merupakan platform yang terbaik untuk berkomunikasi dan membina hubungan di antara anda dan juga prospek anda.

Tetapi apabila bercakap berkaitan dengan Convertion (menukar prospek menjadi pembeli), pemasaran email adalah jawapannya. Salah satu kajian daripada salah sebuat blog Custora pada tahun 2013 yang lalu, mereka mendapati bahawa Customer Acquisition (bilangan pelanggan baru) yang dihasilkan melalui Pemasaran Email meningkat sehingga 4 kali ganda dalam tempoh masa 4 Tahun.

Email Marketing

3. Berorientasikan Tindakan.

Jika anda perasan, di dalam email anda akan di “latih” dan di”ajar” untuk melakukan sesuatu selepas membaca email tersebut. Contohnya seperti “Klik LINK di sini” , “Sila REPLY email ini” , “Sila FORWARD email ini” dan sebagainya. Dengan kata lain apabila kita membaca sesebuah email, adalah amat jarang kita membaca secara kosong tanpa melakukan apa-apa tindakan.

Oleh yang demikian, diantara kelebihan email marketing ini adalah anda boleh gunakan untuk menghantar TRAFFIK (subcriber) anda terus kepada mana-mana laman web yang anda inginkan. Contohnya, mungkin anda baru sahaja mengemaskini post di dalam blog , dan anda boleh gunakan email untuk menghebahkan post terbaru tersebut kepada subscriber anda.

4. Email boleh diukur (Measurable)

Di dalam email ini anda tidak perlu berteka-teki untuk tahu sama ada subscriber anda bertindak mengikut kemahuan anda atau tidak. Apabila anda menggunakan software pemasaran email ,anda boleh melihat berapa ramai yang membuka email anda, berapa ramai yang klik link  dan  berapa ramai yang unsubscribe dari list email anda.

Secara tidak langsung anda boleh tahu sama ada email anda tersebut berkesan atau tidak.Jika kurang berkesan mungkin anda boleh membuat sedikit pengubahsuaian dalam ayat dan juga tawaran di dalam email anda.Metrik email marketing juga tidak sukar untuk diingati. Anda hanya perlu tahu OPEN RATE dan juga LINK CLICK untuk menguji keberkesan sesuatu email yang telah dihantar.

5. Smartphone memudahkan capaian Email kepada prospek.

Oleh kerana penggunaan smartphone sangat meluas ketika ini, jadi capaian untuk email sangat mudah (di hujung jari sahaja).Kebanyakan dari kita boleh membuka email di mana-mana sahaja kita berada ketika ini asalkan mempunyai talian internet.

Salah satu kajian yang dilakukan oleh syarikat Exacttarget pada Februari 2014 telah mendapati bahawa 91% daripada pengguna smartphone membuka email melalui telefon mereka. Ini secara tak langsung telah mengatasi bilangan pengguna yang melayari media sosial menggunakan telefon mereka.

Buka email melalui smartphone

Jadi tunggu apa lagi? Mulakan Pemasaran Email anda sekarang dan lihat bagaimana ianya mampu untuk mengubah halatuju bisnes online anda ketika ini.

DAPAT BELAJAR SESUATU DARI POST INI? KONGSIKAN DENGAN RAKAN ANDA JUGA.

Belajar sesuatu dari artikel di atas? Jika ya, boleh klik butang di bawah untuk share dengan rakan lain @ tinggalkan sebarang soalan @ cadangan di bawah apa yang anda belajar. 👇🏻

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *