CopywritingFacebook MarketingTips Copywriting

5 Kesilapan Peniaga Ketika Menulis Ayat Iklan & Cara Atasinya

Menulis iklan yang berpengaruh adalah kunci untuk melariskan produk anda. Setiap perkataan yang kita tulis ada  pengaruhnya tersendiri.

Ada masa, kita hanya tukar 2-3 perkataan. Tapi hasil yang kita dapat, boleh sampai 2-3 kali ganda. Namun, jika kita tersilap percaturan.

Iklan yang asalnya membawa untung, boleh buatkan kita rugi bertingkat-tingkat.

Dalam artikel kali ini, saya kongsikan 5 jenis kesilapan yang sering dilakukan oleh peniaga ketika menulis iklan dan apa yang kita perlu buat.

Kesilapan 1# – Terlalu fokus pada produk

Iklan yang terlalu fokus pada ciri-ciri produk, buatkan prospek bosan untuk baca. Contoh ciri-ciri Produk;

  • “Kopi XXX ini diperbuat daripada akar kayu”
  • “Tudung ini tak jarang”
  • “Milkbooster ini ada susu kambing”

Apa manfaat yang pelanggan dapat? – Tiada!

Realitinya, pelanggan tak kisah pun dengan produk anda. Pelanggan hanya nak tahu, bagaimana produk itu bantu dia selesaikan masalah.

Jadi, apa perlu kita buat:

Gunakan soalan “So, what?” untuk cari manfaat pada pelanggan.

Misalnya, bila kita mahu beritahu ciri-ciri tudung itu tak jarang. Cuba soal dalam diri kita “So, what?”.

Letakkan diri kita di tempat pelanggan.

Tak jarang  – So? – Aurat terpelihara – So? – Boleh pakai bawak solat – So? – Rasa selamat bila pakai – So? – Teruskan tanya “So, what?”

Ini cara saya untuk dapatkan idea menulis manfaat produk.

Kesilapan 2# – Target market yang terlalu umum

Pernah tak anda dengar pepatah:

“When we try to talk to everybody, we talk to nobody”

Inilah pepatah yang sesuai saya gunakan dalam poin nombor dua ini.

Maksudnya, bila kita cuba cakap dengan semua orang. Kita sebenarnya tak bercakap dengan sesiapa pun. Begitu juga dengan iklan.

“Antara kesilapan utama peniaga adalah cuba menulis iklan kepada semua orang.”

Kita kena tahu. Facebook adalah tempat yang bising. Semua orang nak bercakap.

Jadi, antara tip rahsia untuk bercakap di tempat yang bising adalah anda kena tarik perhatian mereka dahulu.

Bayangkan, anda sedang berada di dalam dewan sekolah dan anda diberi tugasan untuk sampaikan satu mesej penting. Tapi, semua orang dalam dewan sibuk dengan hal masing-masing.

Semua nak bercakap. Bagaimana anda nak cakap dengan mereka?

Kalau saya, ini pendekatan yang saya pilih:

  1. Saya kenalpasti dulu nak cakap dekat siapa
  2. Apa mesej yang ingin sampaikan
  3. Tarik perhatian mereka dulu
  4. Sampaikan mesej

Contoh mesej: Nak beritahu hari isnin semua pelajar Tingkatan 3 kena pergi seminar belajar di Kuala Lumpur.

  1. Siapa: Pelajar Tingkatan 3
  2. Mesej: Hari isnin ada seminar dekat Kuala Lumpur
  3. Tarik perhatian mereka dengan panggil; “Perhatian: Pelajar Tingkatan 3”
  4. Semua dah beri perhatian, baru saya beritahu; “Hari isnin ni… bla..bla”
Baca Juga:  Formula Mudah Untuk Hasilkan Headline Power Sepantas 7 Saat

Jadi, apa perlu kita buat:

Kita kena tahu siapa kita nak panggil. Apa mesej yang kita nak beritahu. Tarik perhatian mereka dulu. Baru sampaikan ayat tawaran kita.

Kesilapan 3# – Tunggu ilham sampai

Ilham dan idea adalah rezeki. Sama macam kita nak dapat duit.

Kesilapan ramai peniaga terlalu menunggu ilham. Bila ilham tak sampai, mulakan pening kepala, tak tahu nak tulis apa.

Sabar dulu. Cuba kita muhasabah balik;

“Antara tunggu dan cari rezeki: Mana yang lebih efisyen?”

Nah! Jika nak dapat duit, kita kena cari. Kenapa ilham menulis, kita pilih untuk tunggu. Nampak tak poin saya?

Sebenarnya, cara paling kebal untuk elak daripada takde idea adalah CARI ILHAM.

Contoh: Kita takde idea nak tulis pasal manfaat produk.

Maka, tindakan kita adalah buat carian. Cuba baca blog-blog pesaing kita. Apa yang mereka tawarkan. Baca jurnal. Baca bahan material daripada HQ.

Kuncinya, kita kena CARI bukan TUNGGU ilham sampai.

Jadi, apa perlu kita buat:

Menulis ini sama jer macam memasak. Sebelum anda menulis. Pastikan anda ada bahan rencah yang cukup. Dah ada kajian tentang produk, pelanggan & pasaran.

Baru nak mengarang jadi mudah & kacang jer nanti.

Kesilapan 4# – Tak guna bahasa pelanggan

Tak semua orang faham, apa yang kita faham.

“Bahasa yang terlalu tinggi. Buatkan kita rasa hebat. Tapi belum tentu produk terjual”

Bila menulis iklan, kita tak perlu guna bahasa professor. Bahasa saintifik aras tinggi.

Bak kata salah seorang Lagenda Dalam Copywriting, David Ogilvy;

“If you want people to buy your product, you must explain it as briefly and simply as possible: what you sell, and how buying your product will improve their lives.”

Maksudnya, kalau kita nak jual produk.

Kita kena sehabis baik terang dekat mereka, dengan semudah mungkin bahasa yang mereka boleh faham, supaya mereka nampak nilai, yang produk kita boleh bantu dia hidup lebih baik.

Jadi, apa perlu kita buat:

Elakkan guna perkataan bombastik. Pilih perkataan yang sama maksud & lebih mudah difahami.

Jika produk kita ada istilah sainstifik yang sangat pelik. Cuba cari perkataan yang lebih mesra pengguna.

Contoh: Jual produk kesihatan.

Daripada guna istilah ‘Ganoderma Lucidum'. Boleh tukar kepada Cendawan Merah. Perkataan ‘Cendawan' lebih mudah orang faham.

Contoh: Jual hartanah

Daripada guna istilah ‘Subsale', mungkin anda boleh tukar kepada ‘Rumah second-hand atau terpakai'.

Boleh dapat setakat ini? Ok, kita lihat kesilapan terakhir peniaga online.

Kesilapan 5# – Tulis ikut ‘rasa-rasa' bukan dari hasil kajian

Sebenarnya, prospek boleh ‘baca' sama ada kita tulis berdasarkan kajian atau main ‘goreng' sesedap rasa.

Baca Juga:  Cara Edit Post Yang Dah Dijadikan FB Ads

Ayat iklan yang ditulis berdasarkan kajian. Isinya mampat. Mudah faham. Penuh dengan fakta atau kisah pelanggan.

Manakala, ayat iklan yang dibuat berdasarkan ‘rasa-rasa'. Biasanya, meleret-leret tanpa hala tuju. Bila baca pun boleh tergeliat lidah kita.

Macam saya, bila menulis ayat iklan. Saya perlukan 5 poin di bawah (minimum):

  • Produk ini untuk apa?
  • Nak jual dekat siapa?
  • Apa yang bestnya produk ini?
  • Kenapa kena beli dari kita?
  • Macamana nak order?

Bila tahu jer 5 poin ini.

Saya akan buat kajian lanjut tentang pelanggan dan pasaran untuk produk tersebut. Dah selesai kajian, baru saya mula menulis. Ini cara yang saya selesa.

Jadi, apa perlu kita buat:

Cuba tanya pelanggan lama kita. Kenapa dia beli dari kita? Apa bestnya produk kita? Kemudian senaraikan dalam bentuk poin.

Bagi memudahkan anda faham. Saya kongsikan contoh.

Contoh: Niche Travel Agency

  • Nak jual pakej apa? – Pakej pelancongan ke Turki.
  • Untuk siapa? – Kaki travel & minat pergi tempat sejarah Islam.
  • Apa yang best? – Boleh customize pakej. Ada 15 tempat menarik.
  • Kenapa kita? – Ada pemandu pelancong yang boleh cakap Melayu.
  • Cara order? – Isi borang.

Selepas saya buat poin-poin ini. Baru saya mula menulis.

Boleh dapat?

Ok, akhir kata daripada saya…

Saya harapkan artikel ini dapat sedarkan anda tentang kesilapan-kesilapan ketika menulis iklan dan apa perlu anda buat sebelum menulis.

Apa yang saya kongsikan ini ilmu asas.

Bagi mereka yang nak belajar bagaimana menulis iklan guna ‘bahasa pelanggan' dengan betul. Panduan ini mungkin membantu anda nampak lebih jelas.

Semoga bermanfaat.

Leave a Comment

Biasa Buat FB Ads & Nak Belajar Strategi Terkini?Klik Sini
Nak Video Pemasaran Facebook Percuma?

Nak Video Pemasaran Facebook Percuma?

Masukkan details anda di bawah untuk muat turun pakej video percuma daripada saya.

You have Successfully Subscribed!

Shares