Blog Firdaus Azizi

5 Kesilapan Besar Pemilik Produk Atur Strategi Bisnes

Ada yang terfikir nak jadi pengasas produk?

Atau pun ada yang dah jadi Founder produk?

Ya, tidak dinafikan ramai yang berlumba-lumba nak jadi Founder produk sebab fikir boleh cepat kaya.

Bahkan, kata orang jadi pemilik produk ini memang kelihatan gah dan nampak hebat di mata khayalak ramai.

Mana taknya, bila kita kenalkan diri dengan bangganya kita boleh sebut “Oh, saya Founder produk XYZ.” (Ehem, kau hado?)”

Sampaikan makcik-makcik yang dah pencen dan ada duit tidak tahu nak buat apa, sanggup labur puluh-puluh ribu untuk order produk di kilang OEM.

Akhirnya apa yang terjadi ialah angan-angan jauh beza dengan realiti.

Kita ingatkan boleh dapat untung yang melonjak tinggi.

Sekali, produk tersimpan dalam stor dan bawah katil. Tak dapat nak jual.

Akibatnya, ada yang sampai terpaksa korek duit Tabung Haji atau ASB untuk survive hidup.

Disebabkan duit sudah terlebur untuk beli produk.

Jadi, saya nak kongsikan 5 kesilapan besar yang kita boleh ambil pedoman sebelum jadi founder produk.

Yang dah jadi founder pun digalakkan baca.

Mana tahu boleh dapat idea untuk jual semula stok produk yang tersimpan.

1. Main Agak-agak

Based on pengalaman dalam lapangan bisnes, dah banyak kali saya dengar orang buat produk main agak-agak.

Main rasa. Rasa macam okay. Rasa macam bagus.

“Kalau aku buat produk XYZ ni, mesti ada orang beli…”
“Produk ni confirm laku keras.”

Tetapi bila produk dah siap dan dah ada kat tangan, jadi krik krik pula.

Hujungnya terpaksa makan atau pakai sendiri.

Solusinya :

Sebelum buat production di kilang, buat survey atau test market dulu untuk tengok demand.

Ada 3 cara paling simple:

  • Tanya di profile FB
  • Tanya di group
  • Run iklan jika mahu dapat result cepat.

Skrip yang kita boleh gunakan ialah “Kalau ada produk yang boleh selesaikan (nyatakan masalah) dan anda dapat (nyatakan solusi), anda nak ke dapatkan?”

Selain itu, kita buat design cantik-cantik dan nampakkan produk tu dah ready.

Cuma fasa ini bukan untuk jual produk tetapi fasa untuk collect data.

Data apa?

  • Siapa pelanggan ideal?
  • Apa masalah utama mereka?
  • Kenapa mereka nak selesaikan masalah ini?
  • Apa impian mereka?
  • Apa emosi pelanggan ketika hadapi masalah ini?
  • Apa emosi pelanggan selepas selesai masalah?

Dengan data yang ada, kita boleh buat copywriting untuk menjual.

2. Syok Sendiri Run Ads

Bila stok dah ada kat tangan dan tak tahu nak jual pada siapa, mula la kita syok sendiri.

Click sana, click sini. Run iklan tanpa ilmu.

Hari ke hari dipenuhi dengan bunyi cengkerik.

Whatsapp tak masuk.

Duit dah banyak terbakar bayar kat Facebook.

Terjadilah worst case senario.

Umpama jatuh ditimpa tangga.

Sebab tak reti nak setting iklan, Founder ni carilah orang yang boleh jalankan iklan produk dia.

Kalau jumpa orang yang betul tu, Alhamdulillah…

Tapi kalau jumpa orang yang salah, bukan takat modal produk dah keluar, modal nak run iklan pun dah tak nampak.

Dah kena scam.

Masa ni dah mula rasa macam mandi tak basah, tidur tak lena, makan tak kenyang.

Solusinya :

Sebaiknya belajar dulu tentang pengiklanan dan strategi pemasaran.

Dapatkan saranan dari yang pakar, kemudian baru run iklan.

Baca Juga:  3 Jenis Audience Yang Perlu Anda Tahu & Guna Untuk Hasilkan Iklan Yang Berkesan

3. Tak Kenal Pelanggan

Jujur cakap, kebanyakan kita ni main agak-agak je siapa pelanggan kita sebenarnya.

“Oh, pelanggan aku ni orang yang begitu begini.”

Dan lagi teruk kalau kita bersaing dalam market yang sama dengan brand-brand besar.

Kita bilis yang nak lawan jerung. Agak-agak  apa jadi?

Solusinya :

Belajar untuk kenal pelanggan.

  • Siapa, umur dan apa kerja mereka?
  • Tinggal kat mana, status bujang atau dah kahwin?
  • Apa yang dia suka dan tak suka?
  • Apa masalah dia?
  • Kalau masalah dia tak selesai nanti jadi apa?
  • Apa emosi trigger dia?

Bila kita dah kenal, mudah untuk menjual.

Kerana kita tahu apa yang boleh bantu untuk selesaikan masalah dia.

Usah kata orang. Saat ada orang bagi solusi untuk masalah kita, kita pun suka dan lega. Betul tak?

Jadi, cara belajar kenal pelanggan senang sahaja.

Kita tanya pelanggan yang sedia ada dan analisis database customer.

4. Tak Isi Loop Hole

Kalau kita dah ada existing customer, sebaiknya kita ‘perah' dulu duit dari mereka ni sebelum kita sibuk fikir nak create produk baru dan cari customer baru.

Sebabnya:

  • Mereka dah kenal kita
  • Mereka dah percaya kita
  • Mereka dah beli dengan kita

Ini yang bermaksud isi loop hole iaitu apa lagi kehendak pelanggan yang kita boleh penuhi.

Solusinya:

Tanya database customer kita tentang:

  • Apa lagi masalah mereka hadapi?
  • Apa lagi yang mereka nak kita keluarkan?
  • Apa feedback mereka?
  • Apa yang mereka rasa tak complete lagi dari yang sekarang?

Daripada customer feedback inilah kita boleh keluarkan produk yang confirm boleh jual sebab dah ada demand.

Tambah pula produk tu terhasil based on customer feedback atau experience.

Jimat dah kos untuk product research dan market research.

Silap-silap boleh buat pre-order. Production guna duit customer siap-siap.

Jimat kos dan untung pun dah confirm!

Baca Juga:  1 Trick FB Ads Mudah Dan Berkesan Untuk Tarik Lebih Banyak Leads dan Pelanggan!

5. RT, RP, RM, RP, RO, RS – KEBABOM!

Ok, yang ini last.

Yang ni memang jarang jumpa dan jarang dapat. Tapi kalau dapat, memang sedap.

Apa maksudnya tu? Jom saya perincikan lagi.

  • RT – Right Timing
  • RP – Right Product
  • RM – Right Market
  • RP – Right Pricing
  • RO – Right Offer
  • RS – Right Strategy

Saya boleh katakan yang Ini macam produk trending.

Ianya baik kita dapatkan fast cash cuma bisnes ini tidak boleh bertahan lama bila pesaing dah mula jual benda yang sama.

Pengalaman saya menjual ebook copywriting pada tahun 2014 memang betul-betul ‘ngam' dengan semua di atas.

Sebab masa tu tiada lagi orang buat produk seperti itu dalam pasaran.

Market masa tu pulak tiada orang yg launching ebook secara besar-besaran.

Jadi, semua tertumpu pada ebook copywriting yang saya lancarkan hingga boleh dikatakan viral.

Bagi saya, benda paling besar adalah strategi sebelum, semasa dan selepas pelancaran.

Hasilnya, saya dapat 5 angka dalam masa 3 minggu.

Pecah rekod pertama saya sebagai seorang newbie setahun jagung. Alhamdulillah.

Dan strategi yang lebih kurang sama juga saya apply untuk pelancaran ebook kedua saya juga menghasilkan 5 angka jualan.

Namun hasil jualan ini tidak dapat dicapai tanpa strategi marketing yang betul dan berkesan.

Kesimpulannya, cita-cita nak jadi founder produk tu bagus dan hebat! Sebab cita-cita tu besar.

Cuma persediaan sebelum jadi founder tu sangat-sangat penting supaya kita boleh elak dari terbuat kesilapan yang merugikan diri kita.

Semoga perkongsian saya kali ini memberi manfaat buat anda. Silakan saja share.

Nak Team FAMES bimbing Anda dalam Facebook Ads?

Team FAMES akan luangkan masa bersama anda selama 180 minit untuk :

  • Analisis iklan anda.
  • Kenalpasti apa puncanya.
  • Beritahu strategi yang anda boleh guna untuk selesaikan masalah iklan Facebook.

Best kan?

Jika nak tahu lebih lanjut, anda boleh tekan button di bawah.

Nak Video Panduan Facebook Ads Terkini? Percuma Sahaja!

Hanya Masukkan Nama & Alamat Emel Anda Dan Klik Butang 'Download Sekarang!'

artikel berkaitan

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Nak Video Pemasaran Facebook Percuma?

Nak Video Pemasaran Facebook Percuma?

Masukkan details anda di bawah untuk muat turun pakej video percuma daripada saya.

You have Successfully Subscribed!

Shares
Scroll to Top