5 Cara untuk Tingkatkan ‘Quality Score’ Kempen Adwords Anda

Quality Score merupakan indikator mudah sama ada kempen Search anda di Adwords akan memberi pulangan yang baik dari sudut Return On Ads Spend (ROAS) atau tidak.

Adalah penting untuk memastikan Quality Score anda berada di tahap maksima. Sekurang-kurangnya 9 atau 10. Score 8 sudah dikira baik. Tetapi sudah pasti score 10 akan memastikan kos per klik (CPC) menjadi murah dan rank iklan sentiasa diatas.

Ini 5 cara yang anda boleh lakukan untuk memperbaiki Quality Score kempen anda.

#1 Target keyword yang spesifik.

Ya, memang target broad match adalah perlu pada permulaan kempen untuk dapatkan keyword yang spesifik.

Setelah keyword spesifik dan converted dikenalpasti, terus buat ad group baru khas untuk keyword spesifik tersebut. Guna phrase match atau lebih baik, exact match.

#2 Tambah negative keyword

Contoh: anda menjalankan servis Pakej Umrah.

Sekiranya anda bid keyword ‘umrah’ dengan broad atau phrase match, iklan anda akan keluar pada semua carian umrah yang berkaitan. Ia termasuk carian-carian yang tidak berkenaan dengan pakej anda seperti ‘maksud umrah’, ‘syarat-syarat umrah dan sebagainya.

Keyword yang tidak berkaitan ini boleh lah dimasukkan dalam senarai negative keyword.

Sekiranya tidak, iklan anda akan dilihat lebih ramai dan kurang klik disebabkan iklan anda tidak relevan dengan carian mereka.

Ini akan menyebabkan click-through rate (CTR) anda rendah seterusnya kos iklan akan melambung tinggi!

Tips: Pastikan senarai negative keyword dikemaskini (ditambah) dari semasa ke semasa.

#3 Pastikan keyword di dalam ad group relevan dengan iklan

Mengambil contoh pakej umrah tadi.

Di dalam ad group, anda meletakkan dua keyword;

  • Umrah akhir tahun
  • Umrah Ramadan

Di dalam ads (iklan) pula, ada dua teks iklan berkenaan;

  • Umrah akhir tahun
  • Umrah Ramadan

Sekiranya prospek search keyword ‘Umrah akhir tahun’, ada kemungkinan iklan ‘Umrah Ramadan’ yang akan dipaparkan. Ini bermaksud iklan anda tidak relevan dengan keyword yang ditaip. Seterusnya akan merendahkan CTR anda.

Pastikan keyword yang tiada kaitan antara satu sama lain diasingkan dalam ad group yang berbeza

#4 Optimize iklan teks, banyakkan split test.

Ayat di iklan teks memainkan peranan besar untuk ‘memancing’ klik ke landing page anda. Selalulah buat split test untuk dapatkan iklan yang paling berkualiti.

Bagaimana untuk tahu iklan mana yang berkualiti? Tengok pada CTR.

Sebagai contoh, anda boleh split test ayat iklan yang ada harga bersama yang tidak ada harga. Boleh juga split test penggunaan perkataan seperti ‘Pakej Umrah Murah’ atau ‘Pakej Umrah Berbaloi’.

Cara paling mudah untuk dapatkan idea ayat iklan teks yang baik adalah dengan merujuk ayat iklan pesaing yang mempunyai rank lebih tinggi di carian keyword-keyword kita.

#5 Optimize Landing Page, pastikan relevan dengan teks iklan.

Sifir mudahnya, apabila prospek masuk landing page anda dan banyak yang berakhir dengan conversion (sama ada pembelian, daftar emel atau sebagainya), Google akan tingkatkan Quality Score anda.

Jika prospek yang masuk banyak terus keluar dari landing page anda, sebaliknya akan berlaku.

Jadi, anda perlu pastikan ayat (keyword) di teks iklan dinyatakan juga dalam landing page. Ia bukan bermaksud anda perlu copy paste ayat iklan terus kedalam landing page.

Anda perlu pastikan keyword-keyword yang berada didalam teks iklan juga berada didalam landing page. Tak semestinya dalam satu ayat, tak semestinya juga semua perkataan perlu ada.

Sifirnya, semakin banyak perkataan dalam teks iklan anda ada dalam landing page, semakin relevanlah iklan anda. Dan ya, ia akan meningkatkan Quality Score anda!

Nak Belajar Google Adwords Step By Step Dalam Bahasa Melayu?

Saya saya, Tuan Aulis Uwais ada hasilkan video panduan Google Adword yang menarik dan mudah difahami, siap dengan Support Group lagi.

Anda boleh dapatkan info lanjut tentang panduan tersebut dengan menekan butang di bawah.

 

Belajar sesuatu dari artikel di atas? Jika ya, boleh klik butang di bawah untuk share dengan rakan lain @ tinggalkan sebarang soalan @ cadangan di bawah apa yang anda belajar. 👇🏻

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *