Terbongkar! 4 Strategi Sulit untuk “Roketkan” Jualan Masa Bulan Puasa Ni!

Cara Tingkatkan Sale di Bulan Ramadan

Bulan puasa adalah bulan yang ditunggu-tunggu oleh golongan usahawan;

Baik usahawan offline ataupun online, sebab pelanggan memang dalam mood untuk berbelanja.

Bila pelanggan memang dalam mood untuk berbelanja, insyaAllah lebih mudah nak menjual pada mereka.

Tapi, dalam masa yang sama, persaingan bisnes masa bulan puasa juga agak sengit, sebab semua usahawan berlumba-lumba buat promosi dan offer dengan agresif.

Soalnya, macam mana kita nak memenangi “perang” ni?

Dalam artikel kali ni, saya bakal dedahkan 4 strategi sulit yang boleh bantu anda untuk gandakan jualan dan memenangi hati pelanggan dengan mudah.

4 Strategi Sulit Untuk Tingkatkan Jualan di Bulan Ramadan

Strategi #1: Mulakan Promosi Sebelum Masuk Bulan Puasa

Inilah langkah paling penting tapi ramai usahawan online abaikan.

Ramai yang mulakan promosi bila dah masuk bulan puasa.

Sebenarnya, promosi dan iklan sepatutnya dijalankan seawal 2-4 minggu sebelum masuk bulan puasa.

“Eh… tak awal sangat ke? Ada ke orang nak beli kalau promote awal sangat?”

Ya, memang masih awal, tak ramai yang akan membeli.

Tapi, iklan perlu dibuat 2-4 minggu sebelum puasa bermula sebab ianya bertujuan untuk memberi awareness kepada prospek anda.

Kempen iklan sebelum puasa hanya bertujuan untuk buatkan prospek tahu tentang produk yang anda bakal lancarkan masa bulan puasa;

Atau promosi yang anda bakal jalankan sepanjang bulan puasa nanti.

“Macam mana nak buat iklan awarenss ni?”

Nak buat iklan awareness ni kacang je. 😉

Anda boleh buat iklan berbentuk teaser dan tarik trafik ke website atau canvas.

Dalam website atau canvas, masukkan produk yang anda bakal launch masa puasa nanti.

Teaser ni ibarat trailer “Movie”, sebelum launching movie baru, kena keluarkan trailer dulu. Tujuannya adalah untuk buatkan prospek tertunggu-tunggu.

Selain awareness menggunakan  teaser, anda juga boleh gunakan artikel blog untuk cipta awareness.

Sebagai contoh, kalau anda jual produk kurus, anda boleh buat artikel bertajuk “Cara untuk Dapatkan Perut yang Flat Sebelum Raya Ni”.

Masa nak buat FBads nanti, boleh gunakan objektif “Traffic”.

Selain gunakan website atau canvas, anda juga boleh create awareness guna video, dan run iklan guna objektif “Video View”.

“Kenapa perlu guna website, canvas dan video? Tak boleh ke guna je post engagement?”

Sebab nanti anda boleh buat iklan retargeting. Pastikan anda pasang pixel di website dan create “Custom Audience”.

Kekurangan “Post Engagement” adalah, anda tak boleh create custom audience dan buat iklan retargeting.

Strategi #2: Teknik “Machine Gun”

“Teknik Machine Gun ni macam mana?”

Okay, teknik ni agak rare, teknik ni saya cilok dari “Internet Marketer” dari oversea.

Macam ni caranya untuk gunakan strategi ni,

Bila masuk je hari pertama puasa, anda dah boleh start iklan yang fokus untuk menjual secara hardsell.

Anda boleh gunakan objektif “Post Engagement” untuk menjual.

Buat 5-10 variasi iklan yang berbeza dan retarget pada audience yang dah masuk website atau canvas awareness anda. Boleh juga retarget pada prospek yang dah tonton video awareness anda.

Anda boleh pelbagaikan headline, gambar dan ayat iklan anda.

Tak semestinya semua variasa iklan tu perlu berbeza 100%.

Sebagai contoh: Iklan 1 dan iklan 2 copywriting sama, tapi headline dan gambar berbeza. Iklan 3 dan 4 pula guna copywriting style cerita.

Ianya terpulang pada kreativiti anda untuk pelbagaikan kempen iklan.

Kenapa perlu buat 5-10 variasi iklan dan retarget pada audience yang sama?

Kesannya adalah, audience yang sama akan nampak iklan anda berulang kali, dan setiap kali mereka nampak iklan anda, mereka akan nampak iklan yang berbeza-beza.

InsyaAllah, produk anda akan “Menghantui” minda dan fikiran prospek. Hehe…

“Tapi, saya tak ada bajet yang besar untuk buat sampai 10 iklan.”

Tak apa, tak semestinya kena ada bajet yang besar.

Katakan anda ada 10 variasi iklan, letak je satu iklan bajet RM5. Tapi, bab bajet ni sebenarnya bergantung pada saiz audience anda.

Kalau custom audience anda besar, bajet untuk retargeting pun kena la besarkan sikit.

Strategi #3: Reminder 7 Hari

Kalau nak gandakan jualan masa bulan puasa, anda wajib buat promo dan perlu letakkan tarikh tamat promosi.

Ini bertujuan untuk buatkan prospek bertindak dengan segera.

Biasanya, kalau tak letak tarikh tamat promosi, prospek akan bertangguh dan tak buat pembelian dengan segera. (Sebab manusia ni suka bertangguh)

Walaupun anda buat promosi dalam tempoh masa yang terhad, akan ada juga prospek yang bertangguh.

Jadi, sebab tu perlunya strategi #3 ni.

Apa strateginya?

Nah, ini rahsianya.

7 hari sebelum tamat promosi, buat satu iklan khas.

Iklan ni simple je, guna ayat iklan yang pendek, sebab prospek dah tau tentang produk anda, mereka hari-hari nampak iklan produk anda, cumanya mereka masih belum buat pembelian.

Kempen 7 hari ni hanya bertujuan sebagai “reminder”, anda nak ingatkan pada prospek yang promosi hampir tamat.

Masih kurang jelas?

Baik, saya bagi satu contoh ayat iklan untuk Strategi #3 ni.

“Masih Belum Dapatkan Produk X?

Dapatkan sekarang, promosi bakal tamat pada XX/XX/2018. Lepas ni harga akan dinaikkan.

Klik link ni untuk order sekarang -> [Link Whatsapp]”

Strategi #4: Last Call Reminder

Strategi #4 ni hampir sama macam strategi #3, cumanya kempen iklan ni dibuat 24 jam sebelum tamat promosi.

Ianya bertujuan sebagai “Last Call Reminder”, anda nak ingatkan pada prospek yang hari tersebut adalah hari last promo.

Ayat iklan pun ringkas je, cukup 3-4 baris.

Contoh:

“[LAST CHANCE] PROMOSI DISKAUN 70% PRODUK X TAMAT MALAM NI!

Kalau masih belum order, saya sarankan untuk order sekarang juga!

Klik sini utk order sekarang -> [Link Whatsapp]”

Magik akan berlaku masa fasa ni, anda akan nampak berduyun-duyun prospek whatsapp dan order produk anda.

Kenapa?

Macam saya cakap sebelum ni, manusia ni memang suka bertangguh.

Sebab tu perlu buat iklan last call ni.

Bayangkan, kalau anda tak buat kempen reminder ni? Berapa banyak prospek yang anda hilang? Berapa banyak jualan yang ada rugi?

Kesimpulan

hdr

Jom kita recap balik strategi untuk lonjakkan jualan masa bulan puasa ni.

  1. Buat iklan awareness/softsell/content 2-4 minggu sebelum mula puasa.
  2. Buat 5-10 variasi iklan “post engagement” dan retarget pada audience yang dah masuk website atau canvas anda. (Kalau guna video, retarget iklan ni pada audience yang tonton video anda 25% keatas)
  3. Buat kempen 7 days reminder, 7 hari sebelum tamat promosi.
  4. Buat kempen last day reminder, 24 jam sebelum tamat promosi.

Saya dah pernah test strategi ini dan biasanya berkesan untuk double kan jualan.

Jadi, saya memang sarankan anda untuk guna strategi ni.

Anda belajar sesuatu?

Cuba la kongsikan pada ruang comment, apa plan anda untuk gandakan jualan masa bulan puasa ni? Mana tau, saya boleh bagi idea tambahan? =)

Nota Kaki:

Nak belajar cara buat ayat iklan yang power untuk UP kan jualan?

Klik butang di bawah sekarang!

 

Belajar sesuatu dari artikel di atas? Jika ya, boleh klik butang di bawah untuk share dengan rakan lain @ tinggalkan sebarang soalan @ cadangan di bawah apa yang anda belajar. 👇🏻

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *