Facebook Marketing

4 Piramid Pelanggan yang ‘Online Seller’ Perlu Tau (Supaya Dapat Prospek yang Berkualiti)

Tau tak?

Selama ni, ramai yang hanya meneroka 3% dari pasaran.

Ramai  yang fokus menjual kepada 3% prospek yang  ada dalam pasaran je.

Sedangkan ada 37% lagi prospek yang sebenarnya berpotensi menjadi pelanggan kita dengan mudah, tapi, mereka ni diabaikan oleh kebanyakan peniaga.

Kita biasanya ‘pandang sebelah mata' dan tak nak  ambil tahu pun tentang mereka..

Seminar Pemasaran Online Terkini 2018 By Firdaus Azizi

Tak faham?

Tak apa, teruskan baca artikel ni sampai habis. InsyaAllah anda akan faham dan rasa menyesal sebab tak betul-betul explore market kita.

Dalam artikel ni, saya nak kongsikan tentang “4 Piramid Pelanggan “.

#1 – TARGETED MARKET (3%)

Prospek jenis ni dikategorikan sebagai ‘hungry buyer'.

Mereka ni tak ramai, tapi mereka ada dalam market.

Tak kisah dalam mana-mana niche pun, akan ada prospek jenis macam ni.

Disebabkan mereka ni tak ramai, jadi memang susah nak cari prospek jenis macam ni.

Kenapa mereka digelar sebagai ‘pelanggan kelaparan' ?

Sebab mereka ni dah lama hadapi masalah dan dah lama sangat mencari solusi… dah cuba macam-macam produk tapi masih tak berjaya dapatkan hasil yang mereka idamkan.

Mereka ni mencari solusi untuk selesaikan msalah mereka secepat mungkin.

Ibarat “orang mengantuk yg disorongkan bantal”.

Satu lagi, prospek yang berada dalam targeted market ni, mereka pantang ada produk yang dikatakan berkesan, terus nak beli.

Dan, semua peniaga online kejar prospek macam ni.

Walhal, prospek dalam kategori ni hanya 3% je dari jumlah pasaran.

#2 – HOT MARKET (7%)

Ini adalah ‘Pelanggan Ideal' kita sebenarnya.

Mereka ni dah kenal produk kita, dah lama follow bisnes kita dan mereka juga pernah beli produk kita.

Mereka dah percaya pada bisnes dan produk  kita sebab mereka berpuas hati dengan produk yang kita tawarkan.

Mereka ini adalah golongan pelanggan yang setia.

Mereka juga mudah nak ‘repeat order' produk kita dan selalu beli produk-produk terbaru dari kita.

Jadi, amat rugi kalau anda tak jaga database pelanggan dan follow-up mereka untuk dapatkan repeat order.

#3 – WARM MARKET (30%)

Kategori seterusnya adalah ‘Warm Market'.

Prospek yang ada dalam kategori ni adalah jenis yang duduk diatas ‘atas pagar'..

Mereka sedar mereka ada masalah, cuma mereka tak tahu macam mana nak selesaikan masalah mereka.

Mereka ini berada dalam fasa consideration.

Prospek yang berada dalam warm market ni, mereka tau produk yang kita tawarkan tu boleh selesaikan masalah mereka… tapi, mereka masih ada keraguan dan persoalan.

(Atau mungkin juga mereka tunggu promo…)

Prospek yang berada atas pagar ni, kita boleh convert mereka jadi pembeli dengan syarat kita boleh atasi keraguan dan jawab persoalan yang bermain dalam minda.

Selain tu, strategi yang berkesan untuk mempengaruhi mereka adalah berikan testimoni, endorsement, & value-value lain supaya kita dapat bina ‘trust'.

#4 – COLD MARKET (60%)

Siapa pula prospek yang ada dalam cold market ni?

Jawapannya, porspek yang tak pernah kenal kita dan tak pernah dengar pun tentang produk/servis kita.

Mereka ni langsung tak nak ambil tahu tentang produk kita.

Kenapa?

Sebab, kemungkinan mereka tak kisah sangat pun tentang masalah yang mereka hadapi.

Contoh yang mudah, dalam niche “Weight Loss”, ada je prospek yang tak kisah tentang masalah berat badan.

Prospek jenis ni mereka tak ada keinginan pun untuk cuba apa-apa jenis ubat kurus pun.

Tapi, tak mustahil nak jual produk kepada prospek cold market ni… cuma perjalanan untuk convert mereka jadi pelanggan tu panjang dan lama.

Kalau anda ada bajet iklan yang besar dan nak sustain ‘long term', anda perlu juga fokus pada prospek ni.

Anda boleh gunakan teknik Content Marketing untuk educate supaya mereka sedar yang masalah mereka tu perlu diselesaikan juga.

Sekarang, anda dah belajar 4 Piramid Pelanggan

Selepas ini, anda tak perlu lagi terlalu fokus mencari 3% pelanggan.

Tapi fokus kepada 7% dan 30% pasaran pelanggan, iaitu Hot Market dan Warm Market supaya anda dapat keuntungan lebih banyak.

Saya doakan anda belajar sesuatu melalui artikel ini.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Dah Buat FB Ads Tapi Masih Tak Menjadi?Klik Sini Untuk Kami Bantu
Nak Video Pemasaran Facebook Percuma?

Nak Video Pemasaran Facebook Percuma?

Masukkan details anda di bawah untuk muat turun pakej video percuma daripada saya.

You have Successfully Subscribed!

Shares