Marketing

3 ‘Trust tools’ yang boleh digunakan untuk meningkatkan keyakinan prospek kepada bisnes anda

“Kenapa dia tak nak beli ni? Harga aku bagi murah dah”
“Lepas bagi harga senyap. Menyampah betul!”

Inilah antara luahan online seller yang paling biasa kita dengar. Kalau tak biasa dengar pun, itulah luahan biasa kita. Kan?

Satu perkara yang perlu kita tahu adalah apabila prospek belum ‘mahu’ membeli bukan sebab mereka tak mampu dengan harga yang ditawarkan semata-mata.

Tapi mereka belum percaya! Sama ada belum percaya dengan produk/servis yang kita tawarkan atau tak percaya dengan kita sendiri sebagai penjual.

Disenaraikan 3 ‘trust tools’ atau elemen kepercayaan yang boleh anda gunakan sama ada di Page Facebook anda atau ketika proses ‘close sale’.

1. Testimonial

Ini adalah ‘trust tools’ yang paling ampuh.

Kerana sebagai pembeli, mereka tak nak menjadi yang awal membeli satu-satu barang/servis yang belum terbukti atau ‘proven’ untuk menyelesaikan masalah mereka.

Penyelesaiannya tak lain tak bukan adalah berikan mereka testimoni-testimoni pelanggan produk/servis kita yang terdahulu.

AMARAN: Pastikan testimoni tu adalah testimoni yang sebenar. Bukan rekaan. Biasanya prospek dapat bezakan sama ada testimoni tu betul atau rekaan.
Testimoni rekaan juga adalah haram sebab menipu!

“Masalahnya saya belum ada testimoni lagi. Macam mana ya?”

Belum ada testimoni? So nak dapatkan testimoni la ni?

Apa kata buat sikit ‘pelaburan’ untuk dapatkan testimoni. Bagi sampel percuma kepada kawan-kawan pejabat, jiran-jiran dan minta mereka beri testimoni kepada sampel anda tu.

Boleh?

2. Aktiviti “Disebalik Tabir”

Ini adalah cara terbaik untuk tingkatkan kepercayaan secara pasif kepada prospek atau bakal prospek kita. Terutama kalau kita menjalankan bisnes servis.

Sesekali kita boleh post aktiviti-aktiviti harian di Fanpage. Contohnya kalau buat servis Aircond, post gambar rumah pelanggan yang kita servis. Kalau buat produk kecantikan boleh post gambar parcel yang akan dipos kepada pelanggan.

Lebih baik, kita tunjukkan ‘siapa’ kita di fanpage. Kenalkan diri kita dan staf secara santai.

Ini akan membuatkan bakal prospek berasa selamat. Sekurang-kurangnya mereka tahu dengan siapa mereka berurusan dan menunjukkan bisnes kita benar-benar wujud.

3. Bukti sosial.

Bukti social atau sering disebut sebagai social proof adalah unsur yang tak kurang pentingnya untuk meningkatkan kadar keyakinan prospek kita.

Menurut entrepreneurs-journey.com, bukti social bermaksud sesuatu daya yang mempengaruhi kita untuk membuat keputusan.

Sebagai contoh, anda bayangkan anda nak membeli Nasi Lemak di tempat yang anda belum pernah rasa Nasi Lemaknya. Kebetulan di tempat tersebut terdapat dua gerai Nasi Lemak yang bersebelahan.

Gerai Nasi Lemak A ramai yang berkerumun menunggu giliran, manakala gerai B ada satu atau dua orang sahaja pelanggan.

Sudah tentu anda akan terpengaruh untuk mencuba Nasi Lemak di gerai A. Secara psikologi, anda akan beranggapan Nasi Lemak A lebih sedap sebab ramai sanggup menunggu untuk membeli disitu.

Baca Juga:  Sales Funnel Dan Kepentingannya Dalam Bisnes Online

Begitu juga dengan prospek. Mereka akan lebih mudah terpengaruh jika kita berjaya menunjukkan yang sudah ramai menggunakan produk/servis kita.

Jika kita ada kedai, kita boleh tunjukkan gambar orang ramai yang sedang memenuhi kedai kita.

Kalau tiada kedai, boleh juga tunjuk gambar/video parcel yang akan dipos. Iklan yang mempunyai komen banyak pun boleh dikira bukti social. Itu menunjukkan yang ramai berminat dengan produk/servis yang kita tawarkan.

Ingat, semakin hari semakin ramai peniaga yang menjalankan bisnes mereka menggunakan platform online. Prospek juga semakin bijak dalam memilih produk/servis yang benar-benar dipercayai.

Tidak semestinya kita sebagai peniaga baru sukar untuk mendapat kepercayaan prospek.

Apa yang penting, kita sentiasa tunjukkan yang bisnes kita benar-benar mempunyai kredibiliti dan boleh dipercayai menggunakan beberapa ‘trust tools’ yang telah dibincangkan tadi.

Barulah prospek itu mudah untuk menjadi pelanggan kita.
Belajar sesuatu? Share untuk manfaat kawan-kawan anda juga!

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Dah Buat FB Ads Tapi Masih Tak Menjadi?Klik Sini Untuk Kami Bantu
Nak Video Pemasaran Facebook Percuma?

Nak Video Pemasaran Facebook Percuma?

Masukkan details anda di bawah untuk muat turun pakej video percuma daripada saya.

You have Successfully Subscribed!

Shares