3 Tips ‘Magnet Diri’ Daripada Amin Idris Semasa Jom Hebat Mega

Alhamdulillah pada 15 Mac yang lepas telah diadakan program Jom Hebat Mega bertempat di Institut Sosial Malaysia. Program ini merupakan sebahagian daripada program motivasi & coaching yang dibuat khas untuk pengedar Shaklee yang luar biasa hebat di bawah kumpulan iReach.

Salah satu slot menarik dalam program Jom Hebat Mega tersebut adalah Segmen Magnet Diri yang dijayakan oleh Amin Idris, seorang motivator dan juga hos di TV Al-Hijrah.

Amin Idris merupakan motivator dan juga hos TV Al-Hijrah

Objektif Segmen Magnet Diri adalah untuk menjadikan diri sebagai magnet yang akan menarik kejayaan melalui kuasa minda. Disebabkan sesi ini hanya selama 2 jam, Amin Idris hanya sempat berkongsi tentang 3 perkara:

  1. Cara Memotivasikan Diri
  2. Kuasa Imaginasi
  3. Kepentingan Matlamat

Info: Untuk mengetahui lebih lanjut tentang modul Magnet Diri, boleh layari laman web Amin Idris Training Consultant

Dalam entri kali ini, saya nak kongsi dengan anda 3 tips paling penting yang saya pelajari daripada Amin Idris dalam Segmen Magnet Diri tersebut.

Teruskan membaca & semoga anda beroleh manfaat!

3 Tips Menjadikan Diri Sebagai Magnet Kejayaan

Dalam sesi selama 2 jam tersebut, banyak sebenarnya tips-tips yang telah dikongsikan oleh Amin Idris. Namun saya hanya akan kongsikan 3 tips di sini; yang selebihnya adalah ekslusif untuk ahli-ahli Shaklee yang berdaftar di bawah kumpulan iReach.

  1. Macam Mana Nak Tau Matlamat Kita Besar
  2. Cara Set Matlamat Dengan Teknik S.M.A.R.T.
  3. Kena Tahu & Mahu

1. Macam Mana Nak Tau Matlamat Kita Besar?

Ramai orang ada matlamat; malangnya tak ramai yang tau apa kepentingan matlamat nih dan macam mana ia akan memberi kesan terhadap usaha anda untuk mengejar matlamat tersebut.

Amin Idris memberikan 3 tips yang penting apabila kita nak menentukan matlamat kita:

  1. Matlamat perlulah JELAS supaya tindakan yang kita perlu ambil juga JELAS
  2. Matlamat perlu BESAR  barulah usaha kita untuk mencapai matlamat menjadi BESAR
  3. Matlamat kita biarlah JAUH supaya kita perlu melangkah JAUH untuk mencapai matlamat tersebut

Matlamat anda perlulah jelas, besar dan jauh

Katakan anda dah ada matlamat. Macam mana anda nak tau matlamat anda tu cukup jelas, besar dan jauh?

Senang jer…

Cuba anda kongsikan matlamat anda dengan kawan anda. Kalau lepas dia dengar jer matlamat anda dan dia cakap,

“Bagus matlamat tu. Insya-Allah aku pasti kau boleh dapat punya!”

Itu bukti bahawa matlamat anda tak cukup jauh, walaupun ia mungkin jelas.

Tapi kalau kawan anda punya respon,

“Kau gila ke?!”

Siap dengan muka pelik dan tak percaya… Itu tanda matlamat anda cukup besar dan cukup jauh!

Amacam, dah ada ke matlamat yang jelas, besar dan jauh? Kalau belum, cepat-cepatlah rangka matlamat hidup anda yang akan membuatkan orang cakap,

“Kau gila ke?!”

2. Set Matlamat Cara S.M.A.R.T.

Ada orang bila nak set matlamat, rasa cam blur. Tak tau macam mana nak set matlamat walaupun dalam minda tu dah ada bayangan nak apa.

Kalau anda ada masalah yang macam tu, anda boleh aplikasikan teknik S.M.A.R.T. dalam menentukan matlamat yang anda nak capai.

Cara tentukan matlamat menggunakan teknik SMART

Teknik ini merupakan singkatan kepada

  • Specific – Terperinci
  • Measurable – Boleh Diukur
  • Action – Tindakan
  • Relevant – Sesuai
  • Time Frame – Jangka Masa

Rasanya saya tak perlu hurai panjang lebat tentang teknik nih kan?

3. Tahu Apa Yang Anda Mahu, Mahu Apa Yang Anda Tahu

Dalam proses menentukan matlamat anda dengan menggunakan Teknik S.M.A.R.T., matlamat anda perlulah sangat terperinci sampai anda boleh bayangkan dengan begitu jelas apa yang anda akan capai pada sekian sekian masa.

Tapi…

Tak cukup sekadar anda dapat bayangkan dengan jelas apa yang anda nak. Anda kena tahu apa yang anda perlukan untuk mencapai apa yang anda nak. Kalau tak, macam mana anda nak bertindak untuk mencapat matlamat tersebut? Setuju?

Anda perlu tahu apa yang anda mahu, dan mahu apa yang anda tahu
Maaf Sebab Gambar Blur

Walaupun bermimpi itu percuma, jangan biarkan ia sekadar mimpi. Tukarkan mimpi menjadi realiti 🙂

Jadikan Impian Anda Satu Kenyataan

Adakah anda mempunyai impian yang anda rasa mustahil atau “gila” untuk dicapai; dan anda takde idea macam mana nak realisasikan impian tersebut?

Cara Jadi Ahli dan Pengedar Shaklee bawah team iReach
Mungkinkah Ini Impian Anda?

Ia boleh jadi:

  • Nak beli kereta Ferrari pada usia 35 tahun
  • Nak hadiahkan banglo mewah sebagai hadiah ulang tahun ke 50 mak anda
  • Nak melancong ke seluruh dunia dengan anak dan isteri/suami tanpa perlu risau cuti tak cukup dan duit sentiasa berkepuk-berkepuk?
  • Nak pergi umrah dan haji setiap tahun dan menginap di hotel yang bersebehan dengan Masjidil Haram
  • Nak macam-macam lagi…

Saya ada tawaran untuk anda!

Berminat Tak Nak Join Sebagai Pengedar Shaklee Bawah Team iReach?

Team iReach merupakan Team Elite Pengedar Shaklee di bawah naungan Master Zainul Anuar & Master Lyna Noh.

Antara sebahagian daripada kelebihan menyertai Shaklee di bawah team iReach:

  • Portal online iReach.my yang sarat dengan pelbagai ilmu bisnes, strategi pemasaran online (SEO, Facebook Marketing, Emel Marketing, Copywriting, etc.) dan juga kisah motivasi.
  • Peluang untuk menghadiri sesi business coaching secara online (webinar, FB group, Whatsapp, etc.)
  • Aktif dengan macam-macam kelas offline seperti Jom Hebat, Kelas Gila-Gila Blog, Kelas SEO dan banyak lagi

Anda boleh menonton video di bawah untuk melihat betapa meriahnya aktiviti yang dijalankan oleh iReach.

“Saya Berminat Nak Tau Lebih Lanjut!”

Kalau anda masih membaca entri ini, saya yakin anda betul-betul serious nak berjaya dalam hidup dan mempunyai matlamat yang “gila”. Tahniah!

Tak ramai orang yang sanggup meletakkan matlamat yang luar biasa sebab mereka tak tau macam mana nak capai matlamat tersebut. Lantas mereka berterusan hanya mampu BERMIMPI.

Tapi anda berbeza. Anda sedang membaca entri ini dan ingin berjaya. Anda pasti nak tau macam mana nak capai matlamat anda dan bertindak hari ini.

Tinggalkan alamat emel dan nombor telefon anda di bawah untuk saya bantu anda merealisasikan impian anda bersama dengan team iReach.

[contact-form][contact-field label='Nama' type='name' required='1'/][contact-field label='Alamat Emel' type='email' required='1'/][contact-field label='No Telefon' type='text' required='1'/][/contact-form]

Belajar sesuatu dari artikel di atas? Jika ya, boleh klik butang di bawah untuk share dengan rakan lain @ tinggalkan sebarang soalan @ cadangan di bawah apa yang anda belajar. 👇🏻

Leave a Reply to Faiz Saaid Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

5 Comments