3 Sebab Anda Rugi Jika Belum Ada Blog

Sebelum saya masuk ke aspek blog yang lebih teknikal, seperti apa itu Blogspot dan apa itu WordPress, saya suka nak kongsikan 3 sebab kenapa anda rugi jika belum ada blog.

Cara Buat Blog Untuk Bisnes Guna WordPress

Lebih-lebih lagi lah kalau anda adalah seorang peniaga online, anda memang sangat digalakkan untuk mempunyai sebuah blog yang aktif.

Eh, kalau anda berniaga offline pun, blog adalah satu bonus tau, sebab pembeli di kalangan generasi muda biasanya akan buat carian di internet sebelum membeli.

3 Sebab Anda Rugi Jika Belum Ada Blog

Antara 3 sebab anda rugi jika belum bina blog lagi.

1# Blog Membina Kepercayaan

Antara sebab manusia beli barang dengan orang yang dia tak kenal dan tak pernah jumpa, adalah atas sebab kepercayaan.

Cuba kalau ada si A yang anda tak pasti dari Syarikat mana, tiba-tiba datang kepada anda, dan nak jual handphone.

Bandingkan dengan si B dari syarikat Samsung datang jual handphone kepada anda.

Siapa Yang Lebih Anda Percaya?

Si A atau si B dari syarikat Samsung?

Sudah tentu anda lebih mempercayai si B, betul betul?

Sebab apa?

Samsung telah dikenali umum sebagai salah satu syarikat pengeluar handphone yang bagus dan stabil. Si B pasti tahu luar dalam handphone dan cara selesaikan masalah anda.

Si A pula, entah siapa-siapa, tiba-tiba datang nak jual handphone dari jenama yang anda tak kenal.

Berbalik kepada isu kepercayaan dan blog.

Konsep jualan melalui blog adalah pembinaan jenama diri.

Kita lebih banyak berkongsi tips berkaitan produk kita, selalu kemaskini blog dengan artikel terkini, dan selalu bercerita di dalam blog.

Ia macam Samsung tadi, kerap bercerita mengenai bagaimana produk membantu anda sehingga anda rasa, percaya lah dengan handphone Samsung ni.

Bezanya, syarikat Samsung lebih banyak “bercerita” di dada akhbar, iklan televisyen dan radio.

Aktif bercerita di blog juga akan membuatkan orang yang tidak kenal kita, akan berasa seolah-olah, macam dah kenal lama!

Ini juga akan menarik golongan yang sama fikiran dengan kita.

Ye lah, kalau blog yang hari-hari cerita pasal tudung, mesti lah lambat laun blog tu akan tarik peminat tudung sahaja kan.

Peminat kereta dah pasti tak nak masuk pun blog tudung, sebaliknya mencari blog yang cerita tentang kereta.

Bila orang asing dah rasa seperti kenal kita, tahu kredibiliti kita melalui penceritaan tips dan petua yang berkaitan, insya-Allah baru lah dia akan mula membuka diri untuk bertanya.

Bila bakal pelanggan ini mula hubungi kita untuk tanya lebih lanjut tentang produk yang kita ceritakan di blog, dia seolah-olah berkata pada kita “Tolong promote kepada saya!”

Seterusnya adalah tindakan kita sendiri untuk respon hingga berjaya buat jualan.

Ia nampak proses yang panjang, tapi percaya lah, ia sangat berbaloi-baloi.

Baru Nak Buat Bisnes Online?

Belajar cara mulakan bisnes tanpa kos dan jana RM 2,000 anda yang pertama.

Klik LINK INI untuk info lanjut 🙂

2# Hanya Perlu Tulis Sekali, Tapi Keluar Berkali-Kali

Isi kandungan blog hanya perlu ditulis sekali, tapi ianya boleh keluar berkali-kali selama bertahun-tahun.

Maksudnya, jika anda menjual produk hilangkan gastrik, dan anda tulis artikel tentang “Makanan untuk gastrik” pada tahun 2014.

Artikel yang sama masih boleh muncul di Google pada tahun 2015.

Contoh sekali lagi menggunakan blog Diary of Muhammad.

kelas blog
Ditulis pada tahun 2014, bila taip “makanan kurangkan gastrik” pada tahun 2015, ia masih muncul di tempat pertama halaman Google

Mudah kan? Tak perlu nak tulis dan cerita lagi benda yang sama pada tahun 2015.

Anda hanya perlu bagi link artikel 2014 tadi kepada bakal pelanggan, dan dalam kes blog, bakal pelanggan dari tahun 2015 sendiri akan jumpa artikel anda yang di tulis pada tahun 2014.

Dari artikel/entry gastrik seperti gambar di aytas, datang bakal pelanggan yang bertanya tentang produk gastrik, pada tahun 2015, walaupun entry di tulis pada tahun 2014
Dari artikel/entry gastrik seperti gambar di atas tadi, datang bakal pelanggan yang bertanya tentang produk gastrik, pada tahun 2015, walaupun entry di tulis pada tahun 2014

Dan selalunya ia akan berakhir dengan jualan – pun bergantung kepada banyak faktor.

Untung ke untung bagi pihak anda?

Antara faktor yang penting untuk memastikan jualan berlaku adalah teknik “Close Sale” yang betul.

Download audio Rahsia Close Sale Dalam 6 Langkah untuk belajar cara mudah memastikan prospek beli dengan kita, bukan orang lain.

3# Tak Perlu Keluar Duit Buat Iklan

Jualan produk melalui blog tidak memerlukan anda untuk keluarkan kos untuk iklan kan produk.

Tak perlu kos flyers, kos bunting, kos poster untuk di tampal merata, kos buat iklan di Facebook; walaupun kos-kos tersebut adalah bergantung kepada pilihan anda.

Ia sangat sesuai untuk golongan yang langsung tiada modal, tapi nak jual barang.

Habis tu, macam mana barang kita diiklankan?

Disinilah teknik SEO memainkan peranan penting.

Saya ceritakan teknik SEO dengan terperinci dalam entry lain ya.

Jika anda mahir teknik SEO, dan menggunakan teknik SEO sepenuhnya dalam entry yang anda hasilkan dalam blog, Google akan mengiklankan entry yang anda hasilkan tanpa caj.

Cara Google iklankan entry adalah, dengan meletakkan entry anda pada di 1st page hasil carian Google.

Sebagai contoh, anda jual produk untuk merawat strok

Jadi, anda tulis entry lebih kurang “Cara merawat strok”

Anda menggunakan teknik SEO sepenuhnya untuk entry tersebut.

Google adalah bijak.

Google akan baca, analisa, dan kalau bagus, Google akan meletakkan entry anda di muka pertama.

Bila ada orang taip “Cara rawat strok”, orang tersebut akan terus jumpa blog anda di halaman pertama Google.

kelas belajar blog
Entry/artikel di tulis pada tahun 2013. Jika anak kepada pesakit strok taip “cara rawat strok” di Google, dia dapat jumpa blog Diary of Muhammad walaupun dah masuk tahun 2015

Dan jika cara penulisan anda meyakinkan, ada kemungkinan besar anda boleh hasilkan jualan!

Siapa yang untung?

Tiada kos, tapi iklan tetap berjalan. Untung ke untung?

Dah Faham Kenapa Kena Ada Blog?

Ok, dah cukup 3 sebab saya nyatakan kenapa rugi jika peniaga online belum ada blog.

Ada banyak lagi sebab, tapi saya ceritakan di lain hari ya.

Anda boleh mulakan dengan blog yang percuma, atau blog berbayar.

Jika anda berminat nak belajar cara buat blog sendiri dan masih kosong tentang apa itu blog WordPress, anda boleh hadir ke Kelas Intensif Blogging for Business saya.

Kelas selama 2 hari ini adalah kelas praktikal di mana anda akan belajar dan terus buat, supaya anda buat jualan dengan cepat..

Terima kasih kerana membaca entry ini 🙂

Boleh Tolong Like & Share?

Saya pasti anda belajar sesuatu 🙂 Sila Like & Share entri ini supaya kawan-kawan anda juga beroleh manfaat 🙂

Belajar sesuatu dari artikel di atas? Jika ya, boleh klik butang di bawah untuk share dengan rakan lain @ tinggalkan sebarang soalan @ cadangan di bawah apa yang anda belajar. 👇🏻

Leave a Reply to zura bahar Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

4 Comments

  1. Salam perkenalan..sharing yang sangat2 best.. (^_^)
    Syukur saya dah ada blog..asalnya blog suka2 je untuk tatapan anak2 saya..tapi bila saya dah mulakan bisnes, blog saya banyak bantu saya dapatkan customer..
    saya mohon share kepada rakan2 saya ya..
    tqia.
    (^_^)

Framework Landing Page Yang Convert

Nak guideline hasilkan Landing Page yang "padu"?

Content yang betul & tersusun akan hasilkan landing page yang convert.

Tapi content apa, nak letak kat mana. Itu semua kami dah letak dalam framework ni.

Anda tinggal follow jer struktur content dalam framework ni & suaikan ikut produk/servis anda.

Isi info di bawah & download Framework Landing Page Yang Convert secara PERCUMA!