3 Prinsip Bisnes dari Peniaga Kuih di Korea… (Bagaimana Anda Juga Boleh Apply Dalam Bisnes Online)

Minggu lepas saya telah bercuti selama seminggu ke Korea… Sudah tentu saya bercuti ke Korea Selatan, bukan Korea Utara. Hehe…

Suasana di sana banyak perbezaan dengan negara kita, tapi ada juga beberapa perkara yang sama dengan Malaysia.

Antaranya, di Korea juga ada peniaga jalanan seperti peniaga jalanan di Petaling Street.

Antara tempat yang ada suasana seperti di Petaling Street adalah Namdaemon. Jika anda ke Namdaemon, mungkin anda akan bertemu dengan gerai yang menjual kuih seperti di bawah ni.

kuih dari Korea

Okay, ni bukan blog travel, tapi blog pemasaran. Cukup mukadimah tentang percutian saya ke Korea untuk setakat ini.

Apa yang saya nak kongsikan pada artikel kali ini adalah, 3 prinsip asas bisnes yang saya cedok dari peniaga kuih di Korea.

3 tips ini agak mahal dan saya amat sarankan untuk anda hadam dan amalkan pada bisnes anda.

#1- Testimoni Berimpak Tinggi

testimoni berimpak tinggi

Rata-rata peniaga Korea yang berniaga di kawasan tumpuan pelancong gunakan teknik ini dan ianya sangat berkesan untuk menarik ramai pelanggan.

Apakah teknik yang mereka gunakan?

Mereka tampal testimoni pada dinding kedai mereka.

Tapi! Bukan sebarang testimoni tau! Bukan semua testimoni memberi impak yang tinggi dalam mempengaruhi prospek anda.

Mereka menampal testimoni tulisan dan gambar pelanggan dari negara-negara tertentu. Antara testimoni yanng banyak ditampal adalah testimoni pelanggan dari Malaysia yang pernah membeli dari mereka.

Peniaga-peniaga di kawasan tumpuan pelancong ni agak bijak, mereka berjaya analisa siapa pelanggan mereka. Mereka dapati ramai pelanggan mereka yang datang dari Malaysia, sebab itu mereka banyak tampalkan testimoni pelanggan dari Malaysia.

Tanpa sedar, saya juga membeli dari mereka kerana terpengaruh dengan testimoni pelanggan Malaysia.

Bagaimana pula nak ‘apply' prinsip ini dalam bisnes online anda?

Senang saja, gunakan testiomoni yang ada kaitan dengan diri prospek anda.

Contohnya, anda menjual ubat kurus dan prospek sasaran anda adalah wanita bujang yang bekerjaya.

Testimoni yang anda perlu gunakan juga perlulah dari kalangan wanita bujang yang bekerjaya.

(Nota: Manusia mudah tertarik kepada manusia yang mempunyai persamaan dengan diri mereka)

#2- Darjat Bahasa

darjat bahasa pelanggan

Segelintir peniaga jalanan di Korea boleh berkomunikasi dalam bahasa melayu. Saya rasa, mungkin mereka sengaja belajar berkomunikasi dalam bahasa Melayu sebab mereka terima ramai pelanggan dari Malaysia, Brunei dan Indonesia.

Peniaga yang berkomunikasi dalam bahasa melayu lebih mudah menarik pelanggan dari Malaysia berbanding peniaga yang berkomunikasi dalam bahasa Korea.

Apa yang terjadi sebenarnya?

Manusia lebih mudah tertarik pada manusia yang mempunyai lenggok bahasa dan cara percakapan yang hampir sama dengan diri mereka.

Prinsip ini juga terpakai dalam bisnes online… Tapi, bukanlah bermaksud anda kena belajar pelbagai bahasa.

Tapi, darjat bahasa yang saya maksudkan adalah anda perlu gunakan bahasa percakapan prospek pada ayat iklan.

Sebagai contoh, jika anda ingin menjual rumah pada golongan pelabur hartanah, anda boleh gunakan headline ini:

“Tengah Cari Rumah SUBSALE sekitar Lembah Klang?”

Tapi, jika anda ingin menjual rumah pada golongan bukan pelabur hartanah, anda perlu gunakan headline ini:

“Tengah Cari RUMAH TERPAKAI Sekitar Lembah Klang?”

Darjat bahasa setiap segmen pelanggan adalah berbeza. Pastikan anda kenal prospek anda dan kaji lenggok bahasa yang mereka gunakan.

(Nota: Subsale adalah terma yang pelabur hartanah gunakan untuk merujuk kepada rumah yang sudah pernah didiami, atau dalam bahasa lebih mudah adalah rumah terpakai)

#3-  ‘Educate' Prospek

educate prospek anda

Antara perkara yang peniaga kuih di Korea lakukan untuk menarik pelanggan adalah… mereka ‘educate' prospek mereka.

Mereka tunjukkan setiap bahan-bahan yang mereka gunakan untuk membuat kuih dan bagaimana proses membuatnya.

Selain faktor testimoni, kebanyakan pelanggan yang membeli adalah disebabkan faktor demonstrasi pembuatan kuih dari peniaga itu sendiri.

Dalam bisnes online juga sama. 

Sebagai contoh, anda jual ubat untuk tingkatkan IQ anak-anak kecil. Anda perlu educate prospek anda, terangkan apa bahan yang ada dan bagaimana bahan dalam produk anda itu mampu bantu tingkatkan IQ anak mereka.

Sekarang ni, prospek makin cerdik. Kalau anda sekadar claim tanpa mendidik prospek anda, mereka akan skeptik pada produk anda.

Kesimpulan

3 prinsip yang saya dapati dari peniaga kuih di Korea adalah, gunakan testimoni yang berimpak tinggi.

Bukan sekadar testimoni:

“woww… awesome” 
“Terbaik…”

Testimoni perlu berimpak dan perlu gunakan testimoni dari pelanggan yang ada kaitan dengan prospek sasaran anda.

Selain itu, perlu jaga darjat bahasa dan sesuaikan dengan lenggok bahasa pelanggan… dan yang paling utama, anda perlu educate prospek anda. (Ini perkara yang ramai tak buat)

Belajar sesuatu dari artikel di atas? Jika ya, boleh klik butang di bawah untuk share dengan rakan lain @ tinggalkan sebarang soalan @ cadangan di bawah apa yang anda belajar. 👇🏻

Leave a Reply to usry Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

One Comment