3 Kesalahan Yang Ramai “Player FB Ads” Kerap Buat (Dan Apa Solusinya)

(NOTA: Artikel ni ditulis oleh Tuan Muhaimin Sakirin, Ads Specialist di #TeamFAMES)

Sekarang ni, ramai yang dah tau tentang FB Ads.

Boleh dikatakan, ilmu FB Ads ni bukan ilmu yang special lagi dah, ramai yang dah pandai buat FB Ads.

Tapi, sebagai pendiri bisnes yang masih buat sendiri semua perkara, ianya amat memeritkan bila anda dah cuba macam-macam teknik untuk buat FB Ads tapi apa yang anda dapat hanyalah like dan bukan jualan.

Pada fasa permulaan, anda cenderung untuk melakukan kesilapan yang sama bila buat FB Ads.

Kesilapan ni agak ‘common' dalam kalangan usahawan online yang buat FB Ads.

Dan, kesilapan ni menyebabkan kita susah nak buat jualan (mungkin juga langsung TIADA JUALAN) dan akibatnya duit yang dilaburkan untuk beriklan bertukar menjadi “peLEBURan”.

Jadi, dalam artikel kali ni, saya nak kongsikan apakah 3 kesilapan common tersebut dan macam mana nak atasinya.

Kalau anda biasa gunakan FB Ads (tak kisah newbie atau otai), anda kena baca artikel ni sampai habis.

1. Tidak Buat Kajian Pelanggan (Customer Avatar)

Mana satu yang tuan puan rasa lebih baik?

Tayangkan iklan yang bagus pada orang yang salah?

Ataupun iklan yang biasa pada orang yang betul?

Simpan dulu jawapan tu dalam hati. 😉

Sebelum tu, saya nak cerita sikit.

Facebook ni sebenarnya ibarat sebuah rumah yang ada pelbagai jenis penghuni.

Ada yang minat kucing, ada yang minat motor dan ada yang minat makan.

Bila nak buat iklan di FB, cara yang terbaik untuk dapatkan pelanggan adalah paparkan iklan kita pada golongan yang betul-betul berminat.

Untuk kenal pasti, siapakah golongan yang berminat dengan apa yang kita jual, kita kena jawab 6 soalan ni:

  1. Apa yang mereka cari di Google?
  2. Apa page yang mereka “Like” di Facebook?
  3. Siapakah selebriti yang mereka follow?
  4. Aplikasi apa yang mereka gunakan?
  5. Apakah buku atau blog yang mereka baca?
  6. Apakah produk/jenama yang mereka telah beli?

2. Target Audience Terlalu Besar

Antara kesilapan yang biasa dibuat masa buat ads adalah, sasarkan iklan kepada audience yang terlalu ramai.

Kita mungkin rasa lagi ramai orang nampak iklan kita lagi bagus.

Tapi, sebenarnya, praktis yang terbaik adalah, sasarkan iklan pada golongan yang tepat dan berminat.

Iklan yang targeted ni, audience tak besar pun (bukan sampai berjuta).

Jumlah saiz audience yang relevan untuk iklan menjual adalah di antara 300k-500k.

Sekiranya saiz audience terlalu besar (lebih dari 500k), cuba kurangkannya dengan meletakkan interest yang paling relevan dengan bakal pelanggan kita.

Sekiranya ia terlalu kecil (kurang dari 300k, cuba tambah interest untuk dapatkan saiz audience yang lebih besar sehingga dapat jumlah saiz yang bersesuaian.

3. Tidak Sabar

Ini juga satu kesilapan yang paling kerap dibuat.

Nak dapat hasil yang segera. =)

Kita harapnakn setiap RM yang kita belanjakan untuk iklan, kita dapat untung serta merta.

Sedangkan, iklan berbayar ni perlukan masa untuk dapatkan rentak,

Pada fasa permulaan iklan, biasanya kita nak kumpul dan analisa data dulu. Sebab tu, jangan letakkan bajet yang besar pada fasa permulaan.

Letak je dalam RM30/hari.

Dan, kita tak boleh expect return lagi pada fasa ni.

Bila kita dah dapat data, dah tau jenis ayat iklan yang prospek suka, gambar iklan macma mana yang bagus, baru kita buat iklan kaw-kaw dan berusaha untuk dapatkan jualan yang tinggi.

Kesimpulan

Kita hanya dapat buat iklan yang boleh bagi ROI yang positif kalau ada asas yang betul.

Bab teknikal setting FB Ads ni hanya menyumbangkan 20% je pada keberkesanan iklan kita.

Apa yang penting, kita kena tau 80% lagi adalah, kena kenal pelanggan dan buat ayat iklan yang sesuai dengan kehendak/masalah prospek kita.

Belajar sesuatu dari artikel di atas? Jika ya, boleh klik butang di bawah untuk share dengan rakan lain @ tinggalkan sebarang soalan @ cadangan di bawah apa yang anda belajar. 👇🏻

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *