dropship kartel

3 Jenis Audience Yang Perlu Anda Tahu & Guna Untuk Hasilkan Iklan Yang Berkesan

Marketing ini satu kombinasi sains dan seni.

Sains dari segi data, seni dari segi strategi.

Strategi marketing yang baik bukan tertakluk kepada idea yang hebat semata-mata.

Come on, sekarang zaman digital marketing, kita atur strategi menggunakan data.

Berapa sales yang kita nak saja tak cukup.

Data seperti ini kita perlukan:

  • Berapa ramai orang yang dah jadi customer?
  • Berapa KPI untuk satu leads?
  • Berapa expected conversion rate?
  • Daripada target sales yang kita nak, berapa kos iklan yang sepatutnya kita laburkan?

Contoh saya nak run Facebook Ads.

Saya dah ada bahan kreatif yang gempak, dah ada ayat iklan yang power,  tapi kalau iklan saya tak sampai pada audience yang betul, tak best jugak.

Bukan semua audience yang jumpa iklan kita tu kenal kita.

Lagi mereka tak kenal kita, lagi susah kita nak grab attention mereka untuk singgah di iklan kita.

Cara mudah, saya susun strategi iklan saya, kepada beberapa level audience.

Kenapa?

Sebab setiap level of audience ada perspektif berbeza terhadap brand kita.

Ada audience ternanti-nanti promo, produk atau servis baru dari kita.

Ada audience, masih berfikir 2-3 kali nak cuba produk/servis kita.

Ada audience, dia jumpa iklan kita, dia lalu je, tak singgah jenguk pun.

So, jom saya terangkan bagaimana susunan level of audience yang saya gunakan untuk maksimakan targeting iklan di Facebook.

Baca Juga:  3 KPI Yang Penting Untuk Tengok Prestasi Iklan “Perform” atau Tidak

3 Jenis Audience Untuk Run FB Ads Yang Berkesan

Untuk perkongsian kali ini, saya akan ceritakan cara mudah saya buat iklan dengan klasifikasikan audience kepada 3 jenis

  1. Audience Hot Market
  2. Audience Warm Market
  3. Audience Cold Market

Okay, jom saya mulakan dengan Audience Hot Market.

1# Audience Hot Market

Untuk tetapkan siapa “Hot Market”, ada dua syarat saya akan lihat.

Dua syarat Audience Hot Market adalah:

  1. Kenal:  mereka kenal brand kita ( pernah/selalu nampak iklan kita)
  2. Percaya: audience ini selalunya sanggup keluarkan duit mereka untuk membeli produk kita.

Senang cerita, “Hot Market” ni adalah customer anda.

Jika anda ada pelanggan yang memang selalu repeat order, mereka inilah anda perlu jaga.

Jaga mereka supaya mereka terus percaya dan membeli dari anda.

Jadikan mereka customer VIP anda.

Apa-apa promosi atau event, mereka inilah yang perlu tahu dulu.

Ada sales raya, koleksi baru, servis baru, blast mesej khas dekat Hot Market anda.

Nak mereka rasa lebih special, bagi mereka “offer lebih” yang khas untuk mereka saja.

Pastikan team sales/customer servis anda jaga mereka dengan baik dan sentiasa followup untuk dapatkan feedback,  testimoni, dan berkawan baik dengan Hot Market anda.

Bonus jika kita boleh dapatkan tarikh-tarikh penting mereka seperti Birthday dan Anniversary.

Berikan hadiah atau ucapan khas kepada customer VIP pada tarikh tersebut.

Kalau layanan customer baik, mestilah customer makin sayang kan?

Itulah yang kita nak, biar sampai customer “jatuh hati” dengan produk/servis kita.

Untuk Hot Market, pastikan anda simpan data-data customer anda seperti:

  • Nama
  • Alamat/poskod
  • No telefon
  • Pembelian yang dibuat
  • Amount yang pernah dibuat beli produk/servis anda
  • Tarikh-tarikh special audience

Dengan data-data ini nantilah, kita akan guna untuk run iklan retarget custom audience.

Okay, selesai Hot Market. Next saya explain siapa yang dikatakan audience Warm Market pulak.

Baca Juga:  Cara 'Kecilkan' Size Audiens Supaya FB Ads Anda Lebih Targeted

2# Audience Warm Market

Jika Hot Market adalah audience yang kenal dan percaya kepada brand kita, Warm Market pula adalah audience yang hanya ” kenal brand kita”.

Warm market ini mungkin terdiri daripada:

  • Mereka yang pernah jumpa iklan kita
  • Friend list/likers page kita
  • Followers IG account
  • Mereka yang pernah share, like atau komen pada iklan kita

Mereka ini mungkin dah kenal brand kita, tapi belum cukup percaya untuk membuat pembelian.

Jadinya untuk orang-orang begini, kita kena buat iklan untuk retarget semula mereka.

Apabila mereka kerap jumpa iklan kita, barulah mereka kenal dan ingat brand kita.

Kalau boleh biar sampai mereka rasa…

Best sangat ke produk ni? Nak cubalah!

Thats the thing yang kita nak dari audience Warm Market.

Antara iklan yang sesuai dibuat untuk retarget Warm Market adalah iklan testimoni dan content, untuk buatkan mereka lebih percaya kepada brand kita.

Untuk testimoni, pastikan guna testimoni yang berkualiti dengan cerita yang beremosi supaya bila orang tengok terus percaya dan rasa nak beli.

Bagaimana nak dapatkan testimoni yang beremosi?

Haa…

Kita kena berbaik dengan Hot Market kita, sampai mereka terbuka nak cerita pengalaman mereka dengan kita.

3# Audience Cold Market

Audience Cold Market ini tiada dua ciri di atas.

Mereka tak kenal pun siapa kita dan tak percaya dengan kita.

Biasanya, mereka ini terdiri daripada:

  • Orang yang belum like page kita
  • Orang yang tak pernah nampak lagi iklan kita
  • Orang yang bukan kita target sebelum ni

Untuk mereka ini, at least kita sendiri kena kenalkan dulu siapa kita (know) sebelum masuk ke dalam strategi funnel:

“Know (Kenal)> Like (Suka) > Trust (Percaya)”

Bagaimana nak tahu Cold Market ni targeted kepada mereka yang berpotensi jadi customer kita?

Dengan menggunakan setting “lookalike” kita boleh minta FB sasarkan iklan kita kepada mereka yang ada behaviour yang sama dengan audience Hot Market kita.

Baca Juga:  Apa Itu Lookalike Audience & Cara Menggunakannya

Selain itu perbanyakkan bahan marketing, supaya kita boleh tarik lebih ramai Cold Market untuk engage dengan brand kita.

Ataupun anda boleh buat kempen “Lead Generation” dengan offer valuable free gift kepada Cold Market.

Sebagai contoh…

  • Free eBook
  • Free trial produk
  • Free servis murah

Bagi jer benda-benda free ini dengan syarat mereka perlu berikan maklumat seperti nombor telefon dan email kepada anda.

Lebih banyak Cold Market yang dibawa kepada Warm Market, maka lebih banyak peluang untuk kita berjaya convert audience jadi Warm atau Hot Market.

Kiranya flow nya seperti di bawah:

Cold Market Besar > Warm Market Besar > Hot Market Besar

Lagi ramai dalam kategori “Hot Market”, lagi tinggi dan mudah untuk dapat repeat order.

Bagaimana dengan objektif dan bajet iklan untuk setiap audience ini?

Untuk objektif iklan pula, tiada specific objektif untuk setiap audience.

Semuanya subjektif kepada apa yang anda target dari iklan anda.

Cuma, untuk peruntukan bajet iklan saya akan bahagikan.

Peruntukan untuk Hot Market selalunya lebih sedikit sebab size audience lebih kecil.

Saya lebih fokus “pam” duit ke audience Warm dan Cold Market kerana size mereka lebih besar.

Kesimpulan pada sharing kali ini, saya harap anda boleh jalankan Facebook Ads dengan lebih mudah menggunakan 3 jenis  audience ini.

Saya pesan sekali lagi,

Hot Market anda pastikan anda jaga baik-baik.

Database mereka itu paling penting untuk anda rekod dan optimize.

Untuk Warm Market, terus pikat hati mereka sampai percaya dan membuat pembelian pertama dengan anda.

Dan terakhir sekali, jangan kedekut laburkan kos untuk dapatkan leads Cold Market dengan berikan offer special secara percuma untuk mereka melangkah masuk ke funnel anda.

Semoga perkongsian ini dapat membantu anda tinggikan jualan dengan buat iklan pada level audience yang betul.

Baca Juga:  6 Jenis Objektif Facebook Ads Yang Ramai Orang Keliru

Masih buntu dan perlukan bantuan untuk run iklan Facebook?

Jangan risau, anda buntu kami bantu!

Di Team FAMES, kami sentiasa terbuka kepada anda yang ingin mendapatkan sesi Private Coaching atau Mentoring bersama kami.

Klik jer butang di bawah untuk info lanjut.

Nak Video Panduan Facebook Ads Terkini? Percuma Sahaja!

Hanya Masukkan Nama & Alamat Emel Anda Dan Klik Butang 'Download Sekarang!'

artikel berkaitan

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Nak Video Pemasaran Facebook Percuma?

Nak Video Pemasaran Facebook Percuma?

Masukkan details anda di bawah untuk muat turun pakej video percuma daripada saya.

You have Successfully Subscribed!

Shares
Scroll to Top