3 Cara Untuk Menjual Produk Sensitif di FB… Tanpa Perlu Risau Kena Flag (InsyaAllah)

“Tuan, ads saya asyik tak approve la. Macam mana ya?”

Ini antara soalan yang saya selalu dapat dari peniaga yang menjual produk sensitif di FB.

Oh ya, mungkin ada yang belum tahu apa yang saya maksudkan dengan produk sensitif. Produk sensitif ni maksudnya produk yang berada di zon kelabu. Jika betul caranya, FB benarkan untuk iklan… tapi jika tak kena cara insyaAllah FB akan ban anda.

Antara produk yang dalam kategori sensitif adalah produk kurus, jerawat dan suami isteri .

Tapi, jika beriklan dengan cara yang betul, anda masih lagi boleh menjual di FB tanpa perlu risau kena Ban.

3 cara ni insyaAllah boleh bantu anda untuk iklankan produk sensitif di FB.

#1- Sample Percuma

Funnel produk percuma

Kebiasaannya ramai yang gunakan medium FB untuk terus menjual. Apa kata anda ubah sedikit “gameplan” anda? =)

Siapa yang tak suka barang percuma? Jadi, berikan sample percuma pada prospek anda. Gunakan FBads untuk iklankan yang anda ingin beri sample percuma.

Gunakan CTA whatsapp pada iklan, berikan arahan minta prospek whatsapp anda jika mahukan sample percuma.

Ya, anda mungkin perlu laburkan sedikit modal untuk berikan sample percuma… tapi anda dapat database percuma. Bila dah dapat no whatsapp prospek tu, anda boleh mula blast iklan untuk menjual produk pada prospek anda.

Tak perlu dah risau ada perkataan sensitif pada ayat iklan anda.

#2- Ebook Percuma

Okay, mungkin anda adalah ejen dan tidak mampu untuk berikan sample percuma… tapi, anda boleh juga berikan ebook percuma.

Sebagai contoh, anda jual produk supplement untuk sado… anda boleh buat iklan untuk berikan ebook “27 senaman Untuk Dapatkan Chest Tebal dalam Masa 3 Bulan” pada prospek anda.

Sama macam cara #1, minta prospek whatsapp anda jika mereka mahukan ebook tu.

Nak buat ebook tak perlu keluarkan modal wang, anda hanya perlu keluarkan modal masa untuk buat ebook anda sendiri.

#3- Video Percuma

Sebenarnya, ramai prospek lebih berminat untuk dapatkan video panduan berbanding ebook.

Cuma, video perlukan masa untuk anda rakam dan edit… dan mungkin juga anda perlukan model atau pelakon tambahan untuk buat video.

Namun, percayalah video mampu berikan impak yang lebih tinggi. Anda mungkin boleh hasilkan video percuma tentang teknik mencuci muka yang betul. Di hujung video tu, anda selitkan sedikit iklan produk anda.

Bukan tu je, dengan database yang anda miliki, anda boleh blast berapa kali pun iklan dan tak perlu langsung fikir iklan boleh lepas untuk buat ads atau tak.

Kesimpulan

prospek lapar

Tujuan utama ketiga-tiga cara diatas adalah untuk dapatkan database nombor telefon prospek.

Selain dari gunakan whatsapp, anda juga boleh gunakan pemasaran email. Ianya lebih memudahkan anda kerana ianya boleh di set untuk berjalan secara autamatik. Tapi, tu anda kena belajar ilmu pemasaran emel. =)

Satu perkara lagi yang saya nak tekankan, minta prospek yang hubungi anda bukan anda hubungi mereka. Sebab, anda perlukan database yang berkualiti.

Kalau nak beri barang percuma pun mereka masih minta “PM-PM” bagai, tu maknanya mereka bukan prospek berkualiti. Apa yang penting adalah kualiti database dan bukan kuantiti semata-mata.

 

Belajar sesuatu dari artikel di atas? Jika ya, boleh klik butang di bawah untuk share dengan rakan lain @ tinggalkan sebarang soalan @ cadangan di bawah apa yang anda belajar. 👇🏻

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *